Member Aku:

Khamis, 30 Disember 2010

Reunion...


ST. MICHAEL INSTITUTION IPOH



GENG 1993'S



CADANGAN LOGO UNTUK T-SHIRT



SALAH SATU CONTOH LOGO LAGI



X MICHEALIAN



TEMPAT LEPAK LEPAS HABIS SEKOLAH DI TEPIAN IPOH PADANG BERHADAPAN DENGAN SEKOLAH AKU.



Setelah bebelas tahun aku dh tinggalkan alam persekolahan. Pada tanggal 26/12/2010 aku bersama rakan2 telah berkumpul semula buat kali pertama dan aku abadikan gambar ini sebagai kenangan terindah dalam tahun 2010.

Dunia ana yang punya...

Assalamualaikum...

Esok merupakan hari yg terakhir dalam kalendar Masihi dan aku rasa semua orang tahu tentang perkara ini cuma kalau kita tanya tahun Hijrah mungkin tak ramai yg ingat atau tahu.. hmmm... En3 sebelum nie aku tulis pasai program buang anak dan kali nie aku nak citer tentang hobi budak2 muda zaman sekarang suka buang anak.

KEPADA SELURUH WARGA PERAK MAHUPUN WARGA MALAYSIA.. datanglah ke Stadium Perak semperna sambutan tahun baru 2011 dan sekali dengan sambutan Krismas.. hihihi dua dalam satu... nak tau citer selebihnya sila baca yg aku copy/paste nie..

21/10/2010 - Sambutan Krismas dan Tahun Baru serentak di Stadium Indera Mulia

Kerajaan negeri menganjurkan serentak sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru pada 31 Januari ini di perkarangan Stadium Indera Mulia.

Ketua Bahagian MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong berkata, sambutan berkenaan dianjurkan hasil kerjasama kerajaan negeri dan gereja-gereja di Ipoh.

"Sambutan perayaan ini bukan hanya untuk individu beragama Kristian sahaja tetapi terbuka kepada orang awam yang ingin hadir dan memeriahkan lagi sambutan ini.

"Tujuan program ini dianjurkan adalah sebagai salah satu usaha untuk merapatkan hubungan harmoni dengan semua bangsa tidak mengira agama.

Dianggarkan kira-kira 4,000 orang awam akan hadir untuk memeriahkan sambutan ini sempena menyahut seruan kerajaan pusat iaitu prinsip 1Malaysia dan seterusnya 1Perak.

"Konflik agama yang melanda baru-baru ini tidak menghalang pihak kami untuk menganjurkan sambutan perayaan ini kerana saya masih percaya hanya segelintir sahaja yang melakukan perkara terbabit," katanya.

Program berkenaan dijangka menerima kehadiran daripada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan beberapa pemimpin-pemimpin kerajaan negeri.

Selain itu, sambutan perayaan berkenaan turut menerima kunjungan daripada biskop gereja Methodist Malaysia, Dr Hwa Yung dan biskop Katolik, Anthony Selvanayagan serta diselitkan persembahan penyanyi popular dari Taiwan, Yoga Lim dan Juwita Suwito dari Malaysia.


Nampaknya bertambah meriah sambutan kali nie dan aku percaya program KPJ-ISH lepas nie akan mendapat sambutan yg hangat hasil daripada program kerajaan negeri ini...

maklumat dari: http://www.perakbn.com.my/index/news/748.html?res=360

KPJ-Ipoh menjadi contoh pertama

Assalamualaikum...

Sibuk...sibuk...sibuk... tak abeh-abeh.. Tahniah kpd skuad bola Malaysia yang berjaya memenangi piala AFF Suzuki... Rajagobal memang pandai mengatur anak buah utk skuad Harimau Malaya... Pemain muda semangat dia orang lain dari pemain senior.. hihihi... sebab pemain senior nie lemak dh berlebihan dlm badan apatah lagi kalau dh ada nama... Kepada pemain muda Malaysia diucapkan syabas atas usaha anda tapi jangan sampai setakat nie saja...

Merujuk kepada tajuk diatas, ewah dah cam nk tulis surat plak... Citer nie pun berkaitan dgn golongan muda yg keliru dan buta perut (kata org Kedah). Kalau kerajaan Melaka menubuhkan sekolah hamil... emmm betoi ka ayat aku nie.. Perak dengan berbesar hati menubuhkan pusat anak luar nikah di Pusat Pakar Ipoh-KPJ. Mungkin ada kebaikan usaha ini dibuat dan mungkin ada keburukan kerana ia dilihat akan menggalakan anak muda kita melahirkan anak luar nikah dan akhir sekali apa akan jadi pada anak itu?... Islam ke... kafir ke?


Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman turut dihadiri Pengarah Perubatan KPJ ISH, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah. Dari sudut positif memang ia dapat mengelakan bayi2 yg tidak berdosa ini dari mati di tong sampah atau dimakan haiwan liar. Persoalan disini apakah ini jalan terakhir kepada kita bagi menyelesaikan permasalahan sosial yang kian meningkat dari sehari ke sehari.


Seharusnya kerajaan patut mencari satu formula yg lebih mirip kepada Islam dengan menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai rencah utama bagi resepi ini. Lepas nie mudah bagi mereka yg nk lahirkan anak luar nikah.. Harus ingat, setiap perbuatan kita diperhati dan setiap tindakan kita akan dipersoal sekiranya kita benar2 percaya bahawa wujudnya Zat Allah, percaya kpd Afaaltullah dan berzikir dgn Asma' maka kita juga wajib mencari formula untuk resepi ini...

SUMBER: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPJ-ISHwujudkanpusatperlindunganbayipertamadihospital/Article

Jumaat, 19 November 2010

19 November 1985 - Al Fatihah

Assalamualaikum...

berapa ekoq lembu dh terkorban?.. hihihihi... Sempena Raya Haji nie ramai yang sibuk dok buat korban sama naik dgn aku gak.. Tempat aku saja ada 7 ekor lembu dan 6 ekor kerbau... hmmm jenuh mkn daging minggu nie... sampai badan pun dok bau lembu lagi ni...

Balik pada tajuk en3 aku kali nie.. kepada para sahabat yang dok melawat blog aku nie tanpa rasa jemu jom la kita bersama2 sedekah Al Fatihah kepada para syuhadah yang gugur pada peristiwa Memali.. Aku maleh nak cerita tentang peristiwa nie, saper yg rajin check en3 aku tahun lepas...

Kita dok seronok korban haiwan kekadang tu kita lupa pada yg terkorban demi menegakan keadilan dalam Islam... Tunggu gambar majlis korban tahun nie kat tempat aku yer... Wasalam...

Jumaat, 12 November 2010

Apa nak jadi nie..

Malaeh nak tulis panjang lebar tentang cerita nie... korang baca la sendiri link dibawah nie... cerita nie dah lama cuma nak ulang tayang balik... refresh...


http://brotherericson.multiply.com/journal/item/7

Khamis, 11 November 2010

Dunia akhir zaman...

Assalamualaikum...

Adakah kita ini manusia di akhir zaman?
Melihat kepada perubahan iklim dan politik yang sentiasa tidak menentu sekarang membuktikan bahawa kita berada di akhir zaman. Apakah kita sedar tentang fenomena ini atau masih belum sedar selagi hayat dikandung badan?

Aku terkejut bila baca article dari http://mahasiswakini.com/2010/11/hub-hiburan-malam/ tentang hasrat kerajaan utk mewujudkan sebuah hub hiburan. Apakah mereka ini telah hilang akal atau salah satu helah untuk mendapat sokongan masyarakat bukan Islam dalam PRU akan datang? Sekiranya perancangan ini terjadi maka Malaysia juga akan bertukar menjadi hub maksiat dan hub buang anak. Gejala masalah sosial sehingga kini tidak dapat kita bendung sepenuhnya, apakah kita mampu mewujudkan sebuah hub hiburan yang bebas dari segala permasalahan ini.

Bagi pendapat aku, hiburan di Malaysia dah cukup bagus walaupun tidak setanding dengan Thailand yang mana negara mereka bebas menyediakan hiburan secara terbuka sedangkan Singapura juga merupakan salah sebuah hub hiburan bagi benua Asia yang telah diwujudkan sekian lama. Mengapa perlu kita tiru dan baru nak buat? Seharusnya kita jadikan Malaysia ini sebagai sebuah hub pendidikan dan perubatan. Panggil balik profesional kita yang tinggal diluar negara sejak sekian lama balik untuk membantu membina negara ini semula. Ketandusan idea para pemimpin yang tersedia ada akan membawa Malaysia ke arah yang salah demi kekuasaan untuk memerintah.

2010/11/10/JAKARTA: Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama mengenakan tudung kepala ketika melawat sebuah masjid di sini, hari ini, walaupun ia bukan satu peraturan kepada bukan Islam tetapi menunjukkan penghormatan pentadbiran Barrack Obama terhadap dunia Islam. Article nie aku copy dari Cina Islam... Apakah pendapat anda berkenaan perkara ini? Mungkinkah ini salah satu cara mereka untuk meraih sokongan dari umat Islam supaya Yahudi dapat terus berkuasa di dunia ini?


p/s: jom tepuk tangan ramai2....

Khamis, 4 November 2010

Sejarah baru nak mula

Assalamualaikum..

Kebelakangan ini aku mula x aktif nak update blog aku. Banyak sangat urusan yang nak kena bagi selesai dulu. Hari nie aku nak komen cikit berkenaan saranan Tim. PM kita yang berucap sewaktu perhimpunan sarkas baru2 nie.. Aku memang sokong sangat kalau matapelajaran sejarah menjadi subjek wajib lulus. Cayalah TPM...

Aku berharap sangat kerajaan dapat menitik berat tentang fakta2 sejarah negara dan Islam untuk memberi pengetahuan kepada para anak2 kita supaya bila besar tak buta sejarah.. Kalau boleh ajaq sekali tentang sejarah diri... tapi mau ka depa nak ajaq? hahahaha...

Kenapa aku sokong? Sebab aku juga buta sejarah suatu masa dulu walaupun SPM aku dapat kredit subjek sejarah.. Dulu aku tak kenal pun Yahudi. Siapa Yahudi, dari mana mai Yahudi nie semua tu aku tak pernah tahu.. Akhirnya bila berlaku perang Teluk pertama baru aku perasan wujudnya bangsa Yahudi. Dalam subjek Pendidikan Islam ada sentuh tentang bangsa Yahudi tetapi tidak dijelaskan secara formal.. Aku terpaksa laa belajaq sendiri tentang sejarah Islam dan dunia baru aku tau Yahudi laknatullah nie adalah pendatang haram di bumi Palestine...

Bila sidang sarkas baru2 nie TPM kata nak wajib lulus subjek sejarah. Akulah orang pertama yang setuju dan sokong. Nampaknya PRU akan datang kena pangkah dacing laa.. hihihihi... Harapan aku kerajaan Malaysia suatu hari nanti dapat memperbetulkan beberapa fakta sejarah baik yang didalam negara mahu pun luar negara supaya dapat melahirkan generasi intelek. Kalau setakat sejarah Melaka cikit, Tanah Melayu cikit, Negeri2 Selat... aku rasa tak ada subjek tu pun tak pa.. sebab tak ada perbezaan.

Masyarakat kita seharusnya berpandangan jauh kehadapan.. untuk melihat jauh ke hadapan kita seharusnya tahu tentang sejarah silam supaya pandangan itu tidak menjadi sekadar angan2 dan sejarah tidak berulang lagi...

Akhir kata.. pelajarilah sejarah diri... hihihihi... ilmu tu untuk sepanjang zaman.

Rabu, 27 Oktober 2010

Kehidupan...

Assalamualaikum...

Hari ini telah tertulis beberapa bencana keatas kita. Ada orang sibuk dok cerita tentang seekor sotong yg bernama Paul dan ada yg dok cerita tentang Tsunami di barat Indonesia dan tak kurang tentang Galas serta Batu Sapi.

Aku masih dok lagu nie.. Menjalani rutin harian untuk mencari rezeki bagi meneruskan sisa kehidupan yang masih ada. Melihat akan kelakuan sesetengah manusia aku mula berasa pelik tetapi apabila melihat keagungan Allah s.w.t aku mula boleh terima sesuatu kebaikan dan keburukan itu kerana Dia Maha Sempurna.

Dunia yang sementara menjadi pentas ujian keatas manusia supaya sentiasa mengingati kepadaNya. Cuma kekadang kita sendiri yang lupa akan janji dan diri seolah2 segala kekuasaan dan ketetapan milik kita.

"Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa)". Surah Al Insan ayat 27.

Maka tertipulah kita oleh diri sendiri yang sentiasa merasakan tidak cukup dengan nikmat dunia ini, yang merasa belum sempurna dengan apa yang kita miliki dan terus tersesat didalam terang pada masa yang sama kita juga bertuhankan Allah s.w.t

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"Surah Ar Rahman ayat 26 - 28.

Selasa, 12 Oktober 2010

10.10.10.10.10...

Assalamualaikum...

Hihihihi... 10 satu... Orang lain dok sibuk menceritakan detik dan sejarah yang berlaku pada tanggal 10.10.10... tetapi aku plak menjadikan angka ini untuk menjadi seorang usahawan... hihihihi cam projek besar..

Foot patch detox.. itulah barangan yang cuba aku promosikan kepada kawan2 serta jiran2 aku kat umah... Asal cerita nie bermula bila aku menggunakan foot patch, tetapi waktu itu aku beli kat kedai ubat.. Harga dia RM35.oo untuk 10 keping, hasil dari penggunaan koyok ni aku dapat kesan positif.. Oleh kerana harga dia RM35.00 maka tak dapat la aku pakai selalu.


Nak jadi rezeki rupa2nya cikgu sekolah aku menjadi stokis untuk foot patch dan harga yang ditawarkan lebih murah dari apa yang aku jangkakan.. hmmm aku borong laa pastu aku packing balik dan jual.. Alhamdullilah tak sampai seminggu dah dapat modal balik.. Semalam sewaktu perjumpaa meja kopi kat pekan Tambun aku berjaya jual 40 keping kat ahli2 aktif meja kopi... hihihihihi... siapa nak bleh contact aku... khas untuk member blog aku harga bleh runding...

Selasa, 5 Oktober 2010

Siapa yang sembahyang???

Barangsiapa menyembah Allah kerana suatu yang diharapnya daripadaNya atau kerana menolakkan ia dengan taatnya akan datang siksa daripadanya, maka tiadalah ia berdiri pada Haq segala SifatNya kerana bahawasanya Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah... dah cam khutubah jumaat plak... bantai ajeee...

Dimaksudkan "Menyembah Allah" bukanlah semata-mata dengan maksud mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan menlaksanakan hak-hak yang dituntut oleh syarak, dan bukanlah pula hanya bermaksud kepada pengabdian diri yang berkaitan dengan seluruh hal-ehwal diri sama ada yang berkaitan dengan makhluk atau pun yang bersangkutan dengan ketuhanan, bahkan jika benar-benar ditahqiq maksud penyembahan itu ialah sesuatu yang melampaui kepada setiap tilikan dan pandangan hati kita. Sesuatu, sebagaimana yang terisyarat di sebalik firman Allah;

"Ke mana sahaja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah".

Dengan itu adalah tidak wajar sekali bagi kita yang kadang2 dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang yang ala kadar itu mengandungi bersama sesuatu hajat kebaikan, kononnya sebagai penghargaan kepada apa yang telah kita kerjakan. Walaupun bukan kejahatan yang ditujui bahkan kebaikan diri yang diharapkan namun adalah tidak patut sekali kita pertaruhkan harapan yang baik itu sebagai galang-ganti (balasan/pahala) di atas amal taat yang kita buat... ini cuma nasihat... nak dengar pun boleh, tak mau pun boleh....

Dan adalah tidak wajar juga, dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang dipelihara itu kita dasarkan keinginan untuk keselamatan diri di dunia, kesejahteraan hati, keberkatan hidup, keistimewaan-keistimewaan tertentu yang kononnya boleh menyelamatkan diri kita daripada bala musibah dan azab siksaNya di Hari Kiamat nanti.

Sekiranya dalam diri kita masih ada perasaan seperti diatas didalam ibadat.Kamu belum lagi berada di atas jalan ibadat yang lurus, jalan yang tidak dimurkai, jalan yang diredhoiNya. Apa yang sepatutnya ditiliki oleh seorang hamba yang sempurna Ubudiyahnya ialah kepada Keesaan Zat itu dengan Kesempurnaan Segala Sifat-SifatNya Yang Indah. Ini adalah kerana Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah yakni Haq Ketuhanan yang wajib dilaksanakan oleh hamba-hambaNya yang ta'bud kepadaNya ialah memerhati dan memandang kepada Segala Keindahan SifatNya Yang Kamalat (Yang Maha Sempurna) itu. Memerhati sesuatu dengan disandarkan itulah kenyataan Sifat-Sifat Tuhan Yang Qahar, Yang Qhani, Yang Rahim dan lain-lain Sifat yang disedari olehnya.

Mereka sembahyang kerana sedar kepada kenyataan Sifat-SifatNya Yang Maha Tinggi dan Agung; Mereka berpuasa kerana sedarnya kepada kenyataan Sifat-Sifat Yang Menahani, Yang Menyempitkan dan Yang Empunya Kehendak. Mereka berzakat kerana sedar tentang Sifat-SifatNya, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah, dan Yang Maha Adil . Mereka mengerjakan Haji kerana sedar tentang Panggilan Dan Seruan TuhanNya menghadapNya.
Inilah Haq Tuhan atas segala hambaNya iaitu Menghendaki bahawa menyembah mereka itu akan Dia adalah kerana sedar akan nyata wujudnya segala Sifat Allah yang Jamiilah di setiap yang terzahir pada amal ketaatannya.

Jika kita hendakkan syurga sebagai ganjaran dari amal-ibadatmu, di manakah kemurahan Tuhan di situ?.

Jika amal yang kita hendakkan ganjaran itu pun bukan kepunyaan kita, bagaimanakah mungkin anda pandang kepada amal anda itu?

Dengan demikian barangsiapa menyembah Allah kerana inginkan sesuatu selain dariNya, maka mereka adalah hamba kepada sesuatu yang diingini itu, dan tertutuplah pandangan mata hati mereka daripada memandang Keesaan Allah.

Inginkan barakah, hamba bagi barakah. Ingin nama, kedudukan dan kemasyhuran di sisi manusia, maka jadilah hamba bagi manusia. Inginkan terbuka alam ghaib, hamba bagi alam. Inginkan balasan pahala, hamba bagi pahala. Inginkan syurga, hamba bagi syurga.
Di mana semuanya itu adalah makhluk Allah. Memandang kepada makhluk dengan melupakan Yang Ampunya Haq menjadikan mereka terhijab daripada maksud ibadat yang sebenarnya yakni memandang kepada Segala Sifat-SifatNya Yang Jamil. Maka sayugianya atas hamba itu bahawa mengerjakan amal ia bagi TuhanNya 'Azzawajalla, kerana JalalNya dan 'AzomahNya, dan barang yang atasNya daripada segala Keelokan SifatNya yang tiada sekutu dalamNya.

Di sisi ahli sufi ialah Wajib. Maka wajib atas mereka mengerjakan amal-taat yang dituntut oleh syarak, dengan kerana sedar dan dapat memandang Keagungan dan Kebesaran Tuhan dengan segala KesempurnaanNya daripada segala Keelokan SifatNya yang Esa. Bukan kerana inginkan itu dan bukan dengan kerana inginkan ini, bukan pula dengan maksud itu dan maksud ini, tetapi semata-mata tunduk dan sedar kepada KeagunganNya. Jika tidak maka selama-lamanya diri akan berdosa dan menderhakai Allah dengan kerana masih bersyirik dalam amal taat yang dikerjakan.

Jika mereka masih tagihkan itu dan ini, mahukan itu dan ini kerana merasa punya sedikit kebaikan yang dilakukan, maka yang demikian itu semata-mata kerana ingin memenuhi bahagian nafsunya yang tersembunyi. Amat perlu sekali disedari bahawa segala keinginan selain daripada memandang Allah itu adalah daripada runtunan keperluan hawa nafsunya. Jika sudah berdiri kepada bahagian nafsu mereka, maka sama sekali tidak akan berdiri pada Haq Sifat TuhanNya.
Bukankah memilih keinginan nafsu dengan meninggalkan Haq KetuhananNya menunjukkan betapa mereka ini adalah termasuk ke dalam golongan mereka yang Jahil dan Qaflah dan tiada kasihnya bagi TuhanNya dan tiada makrifatnya. Tidak kenal kepada TuhanNya. Yang Bersyirik dan yang menyembah diri mereka sendiri.

Sungguhpun begitu, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia Mengatur dan Menyusun aturan kehidupan hamba-hambaNya mengikut maqam dan martabat yang dikehendakiNya. Dengan itu perbezaan akan sentiasa ada. Sama ada dari segi maqam atau martabat atau tahap pemahaman dan kesedaran mereka terhadap Allah. Berlainan maqam, maka berlainan lah hal ehwal dan pengertian mereka kepada hakikat.

Maka barangsiapa menyembah Allah kerana mengharapkan pahalaNya dan takut siksaNya, maka sah ibadatnya pada hal ijtima'. Ini berkenaan khilaf atau perbezaan pendapat mengenai apakah akan diterima amal-ibadat mereka yang mengharapkan pahala dan siksa Allah???.
Kita bersyukur kerana melalui ijtima' ulama di atas, mereka yang masih bersyirik dengan pahala dan siksaNya masih berpeluang diterima ibadatnya . Sesungguhnya ini adalah satu kebaikan dan limpah kurnia yang besar dari Allah 'Azzawajalla.

Namun demikian tersangat jauhlah beza keikhlasan dan siddiq amalan mereka yang menyembah kerana Allah dengan mereka yang menyembah Allah kerana bahagian dirinya.
Maka jauh lah antara orang yang menyembah kerana Allah dan antara orang yang menyembah akan Dia kerana bahagiannya.

Memang berbeza kerana percakapan mereka pun berbeza, hal-ehwal mereka pun banyak bezanya, mengikut kehampiran dan kefahaman mereka berkenaan dengan Allah Taala. Maka orang yang Muhaqiq itu iaitu orang yang menyembah akan Dia kerana malu dan ta'zim.

"Mai la kita sama2 pikiaq akan hal diatas... memang ramai yang sembahyang dan merasakan diri mereka dah cukup sempurna oleh kerana ibadat itu... sedarkah kita siapa yang memberi kuasa untuk kita bersolat? Apakah ibadah itu dari kita?"

Isnin, 27 September 2010

Pas tolak tuah... tolak RM4b

Assalamualaikum....

Ada baca surat khabaq ka?... Naik lemaih dengan cerita RM4b...

Pengerusi IDA World terkilan dakwaan Nik AzizOleh Sophia Ahmad

2010/09/24
PETALING JAYA: Pengerusi Eksekutif IDa World Group Sdn Bhd (IDA World) terkilan dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya.

Kepada syarikat berkenaan, kalau dah PAS tak sudi biaq pi laa... hampa bukan rugi apa pun kecuali hampa ada makna lain... RM4b tu kalau di agih-agih kepada rumah anak2 yatim atau keluarga miskin lagi bagus. Berapa ramai rumah anak yatim yang perlukan dana, hang pi masuk kampung2 pendalaman cikit masih ada lagi orang dok guna lampu pelita dengan air telaga lagi... Hampa pi tolong... pi bantu... yang nak bagi kat PAS sangat tu pasai apa? Heran betul laaa dengan gelagat manusia zaman cyber nie..

RM4b tu banyak boleh round satu Malaysia dan dapat bantu ramai orang yang susah serta daif.. Hampa pi la cari rumah2 org yang dah bukan macam rumah lepas tu bantu buat balik ka bagi elok.. Bukan setakat negeri Kelantan saja tapi semua negeri-negeri di tanah Melayu nie hampa boleh bantu...hihihi..


Hmm itulah resam manusia... persoalan aku sampai laa nie masih bermain dibenak fikiran aku ialah mana mai RM4b tu???... LHDN x mau siasat ka tentang duit tu atau SPRM yang patut siasat... Nasihat aku "jangan dok penaya orang takut nanti kita kena penaya balik"

p/s: aku nie pun anak yatim juga... boleh laa hampa huluq cikit...

Ahad, 26 September 2010

Suatu hari di hari raya... 2010

Permulaan perjalanan........


Dalam perjalanan nak balik kampung....


Hero-hreo aku nie....


My lovely famly...


Udah ler...jom bila nak sampai nie...


Malaysia yang kaya dengan kehijauan........ Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi


Dah sampai ke kampung aku....


Tu dia... ada Jusco... fuhhh banyak sungguh perubahan... dah lama aku tak balik...


Sekolah rendah aku.... bangunan sekolah lama dh x ada... siap ada rumah pangsa sebelah sekolah... dulu tempat tu cuma bendang... jalan simen pun dh x ada...


Dulu tapak nie cuma bangunan setingkat saja.... bila tahun jadi tiga tingkat nie...


Jom pi Kg. Siam.... bukan Siam laa... Kg. Siam... kita tengok ada apa kat sana..


Setelah sekian tahun aku tak menjejak kaki ke sini... akhirnya aku datang juga...


Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke dentinasi yang memang aku nak tuju... Shukran...


Kubur arwah abah....



Kubur arwah abang aku..........



Selamat tinggal...Al Fatihah... Aidilfitri kali ini berpeluang aku jenguk ke sini... Alhamdulillah... syukur kepada Allah s.w.t


round-round pekan BM sat... sebelum nak pi ke Tmn Guar Perahu rumah kakak aku...


BM Supermarket... apa sudah jadi... dulu kat sini laa klu nak shopping raya... abeh riung satu pekan BM dok kena marah dengan mak sepanjang jalan... sbb aku nie baik sangat kot... hihihi


Anak-anak aku dan anak-anak mereka bermain bunga api....



Famly kakak aku bergambar dengan mak aku...


Anak siapa pulak nie... ehh... anak aku yang kecil sekali... aku ada tulis en3 tentang kelahiran dia dalam blog aku nie...


Anak buah aku dengan Tok dia orang.....

Khamis, 23 September 2010

Apa yang perlu kita cari....????

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak menulis tentang isu semasa cuma semalam sewaktu dok tengok berita TV baru aku terfikir tentang "pencarian". "Apa yang kita cari?"kepada sesiapa yang sudi nak bagi komen dipersilakan.

Timbul persoalan dibenak fikiran aku setelah melihat beberapa siri pembunuhan kejam yang berlaku kebelakangan ini. Boleh dikatakan mangsa dari golongan yang berduit dan mereka ini adalah wanita. Bukan bertujuan untuk mengaitkan mangsa tetapi sekadar buah pandangan aku kepada wanita2 diluar sana untuk menjadikan ia sebagai pengajaran.

Zaman sekarang ini segala-galanya adalah wang dan manusia sentiasa berusaha untuk memiliki kekayaan di muka bumi ini. Faktor kemiskinan dan kesusahan dalam kehidupan kadang kala memberi motivasi diri kepada kita untuk terus berusaha keras demi untuk memajukan diri. Tapi mungkin juga pembunuhan yang berlaku sebelum ini dapat kita elak jika kita tahu "apa sebenarnya yang patut kita cari".

Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki walaupun ianya kurang atau pun lebih kerana kita harus faham itu semua adalah pemberian Allah s.w.t kepada kita. Kerana kekayaan yang berlebihan akan membinasakan kita oleh kerana itu Islam menyuruh kita bersederhana sahaja.

Kepada kaum wanita diluar sana jika sudah bersuami, wajib patuh, setia dan taat kepada suami anda selagi dia tidak mendatangkan kemudaratan keatas diri anda. Perkhawinan itu adalah cara untuk manusia itu berkembang bagi menjalani kehidupan maka adalah lebih elok jika wanita itu tahu dan faham adat sopan serta tahu menjaga aurat daripada fitnah manusia.

Akhir kata, apakah yang kita perolehi sesudah mati? Apakah kekayaan yang kita cari didunia selama ini dapat menyelamatkan kita di alam kubur? Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t terhadap fitrah kita di muka bumi ini?


Tepuk dada tanya selera....

Rabu, 15 September 2010

Terkilan....

Assalamualaikum...

Raya tahun nie boleh dikatakan meriah la juga sebab anak-anak dah pandai minta itu ini... hihihi lagu macam aku gak kecik2 dulu. Baju raya aku tahun ini hanya sepasang aje iaitu baju melayu teluk belanga, untuk anak2 dapat sorang dua tiga pasang. Mercun dok meletup sana sini bermula pada malam raya dengan percikan bunga api mengamatkan lagi suasana malam disini. Cuma aku ajee yang terperangkap dengan projek cat rumah... huhuhuhuhu... sedih betoi... ini semua idea aku juga yang tetiba aje nak cat rumah tapi akhirnya dapat juga aku siapkan.

Hari raya aku hanya ziarah saudara mara terdekat dari pagi sampai ke malam dok melilau rumah adik beradik. Perut dah nak sebu dengan lemang, ketupat, laksa, nasi briyani dan macam2 lagi.. sebut pasai makan nie aku nak cerita cikit tentang pengalaman aku pada hari raya ketiga.

Pada hari raya ketiga oleh kerana dah abeh semua rumah anak pinak kami dah ronda jadi untuk raya ketiga nie aku ambil keputusan untuk ronda 'outskirt' dari Ipoh. Aku bawa anak bini pi ke Kuala Kangsar, kebetulan pulak ada sebuah bazar jualan dekat Lembah Kuala. Berjalan punya jalan perut pun mula rasa lapaq, oleh kerana alang2 dah mai Kuala aku pun lajak cikit ke Taiping nak cari mee udang banjir.

Keadaan trafik waktu itu memang sesak, dari Ipoh ke Kuala aku ikut jalan lama dan dari Kuala ke Changkat Jering aku itu 'hiway'. Ribuan kereta membanjiri lebuhraya, jalan 'jem' dari arah utara ke selatan (dari tol Kuala hingga ke tol Jelapang trafik bergerak perlahan) nasib baik aku nak ke utara. Jam waktu itu lebih kurang pukul 8.30 malam dari Kuala dan aku keluar tol Changkat Jering lebih kurang pukul 9.45 malam dan sampai ke Kuala Sepetang dalam pukul 10 lebih.


Salah sebuah warung mee udang yang famous di Kuala Sepetang ialah Warung Mak Teh yang dah dua tiga kali masuk TV. Waktu aku sampai orang memang penuh dalam kedai dia.. Aku dengan anak bini aku pun order mee udang dua dengan satay.. Last sekali dah dekat pukul 12 yang sampai satay dengan air saja.. Adoi frust betoi hati aku nie dan yang buat aku lebih terkilan bila orang yang sampai kemudian dari aku pun dah dapat mee udang..

Sesiapa yang nak makan sini tolong pikiaq 100 kali..

Kepada Mak Teh Mee Udang Banjir Kuala Sepetang tolong laa update service tu dan lagi satu aku nak pesan belajar laa minta maaf kepada pelangga yang teraniaya seperti aku nie.. Jangan dok ingat business banyak hampa tak payah nak ambil tahu tentang perasaan pelangga. Kalau dalam sehari ada dua tiga pelanggan senasib dengan aku dan dalam sehari dua tiga kali hampa kena sumpah dengan pelanggan Insya Allah tuhan akan tunjuk kepada hampa satu hari nanti. So, kesimpulannya jangan la jadi bodoh sombong.

Rabu, 8 September 2010



Sempena hari baik bulan baik nie aku menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin dari semua para sahabat yang melawat blog aku nie kiranya terdapat salah bahasa yang mungkin menyentuh hati dan perasaan tanpa kesedaran aku. Kiranya suatu hari nanti datangnya perkhabaran kepada semua yang aku ni dah tiada lagi, aku memohon sekali lagi kepada semua untuk memaafkan dan menghalalkan segala kesalahan atau hutang yang aku sedar atau tanpa aku sedari sekali lagi... SeLaMat HaRi RaYa MaAf ZaHiR DaN BaTiN.

Isnin, 6 September 2010

Shopping...

Assalamualaikum...

Dah nak raya.. raya merupakan salah satu peristiwa yang mengembirakan kanak2 kerana waktu inilah mereka akan dapat baju baru, bermain bunga api, duit raya, berjumpa saudara mara dan dapat makan lemang dgn ketupat.

Itulah juga perasaan aku suatu masa dulu.. Dulu kalau nk shopping cukup susah, kebiasaannya aku dgn mak aku kena tunggu bas dari Juru ke BM. Bas no. 909 nie pun satu masalah, berjam2 baru sampai. Tempat shopping biasa ler BM Supermarket (atas pasaraya dan bawah pasar basah) dengan tangga seribu cam kuil Batu Cave, sekarang nie tak tau ada lagi ke tidak tempat tu.

Bila beli baju nak yang cantik2, harga gua tak mau tau janji yang gua berkenan mesti dapat dan kalau tak dapat aku merajuk.. Hmmm puas la mak aku nak kena pujuk. Waktu itu susah senang mak aku tak pernah aku peduli. Susah payah orang tua tu dok berjalan kaki satu pekan BM disebabkan tuntutan aku dan keadaan. Turun stesen bas jalan kaki ikut depan IPK BM untuk ke bank bagi mengeluarkan pencen, pas tu jalan kaki balik ke BM Supermarket bila dh abeh shopping dh berbeg2 kiri kanan berjalan kaki balik ke stesen bas. Itulah pengorbanan mak aku yang aku tak pernah peduli waktu itu... Kejam betoi.

Zaman berubah dan masa sentiasa berjalan. Kali nie kena pulak time aku melayan kerenah anak2. Cuma mereka nie bertuah sebab kenderaan semua ada depan mata. Tak payah nak tunggu berjam2 bas ke pekan. Bila tengok telatah anak2 aku kekadang tu baru aku sedar bertapa sabarnya mak aku untuk membesarkan aku.

Sabtu, 4 September 2010

Kebun Sireh, Bukit Mertajam.

Assalamualaikum...

..rentetan dari en3 aku sebelum nie berkenaan pengalaman berpuasa di kampung telah memberi idea baru utk aku menulis tentang seberapa sedikit pengalaman aku sewaktu tinggal di Kampung Kebun Sireh suatu masa dulu.


Seingat aku setelah kematian arwah abah aku sekeluarga berpindah dari kuaters KTM di Jalan Conolly, Ipoh ke Kampung Kebun Sireh. Aku mula sekolah di sekolah Tadika Kebun Sireh pastu ke SK Kebun Sireh sampai darjah 6. Guru kelas aku sewaktu darjah 6 dh meninggal iaitu arwah Cikgu Sabireen juga anak kepada kakitangan KTM. Semoga Allah merahmati rohnya di dalam bulan Ramadhan nie... aminDisebabkan rumah aku terletak dibelakang SK Kebun Sireh jadi kenderaan ke sekolah adalah dengan berjalan kaki ramai2. Semasa itu Pakcik Hamdee yg jadi tokey kantin, berhadapan sekolah terdapat 2 kedai runcit satu kedai runcit cina (Ah Kau) dan satu lagi kedai runcit melayu (Pak Pie). Habis waktu pembelajaran nak kena pergi mengaji Al Quran di Kampung Siam yang terletak berselahan dengan kampung aku.

Tok guru mengaji aku pun dah lama tak ada.. Arwah Tok Haji Dak dan Arwah Tok Piah.. merupakan iman besar masjid Kampung Siam dan guru sekolah pondok. Mereka nie laki bini, Tok Haji ajar Al Quran dan bini dia nie ajar Muqadam.. Kalau nak balik kena tunggu semua habis baru boleh balik sekali, tidak dibenarkan balik dulu. Bila keluar saja dari madrasah semua pakat cari penyapu lidi sebab kami kena bersihkan seluruh kawasan rumah guru kami... best...best.

Bagunan SK Kebun Sireh... asal dulu SK Kebun Sireh cuma mempunyai 2 blok bangunan setingkat.. loceng sekolah pun jenis pakai tarik dgn tali... Aku merupakan salah seorang pelajar pertama yang dapat belajar di bangunan baru nie sewaktu darjah 4.

Marilah kita bersama2 sedekah Al Fatihah kepada mereka yang nama disebut diatas.. Al Fatihah

nanti sambung lagi.........................

Khamis, 2 September 2010

Bulan Puasa...

Assalamualaikum...

Ramadhan kembali lagi... hehehehe tanpa jemu sentiasa menetapi masa. Manusia sentiasa sibuk dan masa berlalu tanpa jemu.. Pasar2 Ramadhan tumbuh seperti cendawan disana sini dan manusia yang sibuk macam aku nie memang tak lepas peluang untuk mencari juadah untuk berbuka..

Hmmm.. petang tadi sewaktu aku balik dari sebuah kilang dengan bos aku. Kami telah melalui satu kawasan pasar Ramadhan, jalan mula sesak dengan kereta. Tetiba bos aku tanya

"Bulan puasa u orang tak masak ke?"
"Masak.. tapi kalau beli lagi senang, pilihan pun banyak" jawab aku. Soalan bos aku tu buat aku terkenang dengan satu kenangan sewaktu aku kecik2 dulu.

Bulan puasa nie kira bulan rahmat dan yang paling meriah buat aku. Juadah berbuka nie tak payah nak cerita.. kat kampung siapa yang tak kenal dengan aku "Chop". Muka nie la bila tiba waktu petang dok hantar juadah ke rumah2 jiran sambil bertukar2 makanan. Bila tiba time berbuka.. tu dia.. penuh satu meja. Zaman berlalu dan manusia berubah mengikut peredaran.

Waktu malam setelah selesai berbuka mula la dok main 'polis sentri' habis sampai dlm jamban (tandas) org pun jadi tempat nyorok.. time itu hantu setan dah tak wujub buat aku.. Apakah anak2 aku nanti dapat merasa semua itu?

Kalau moreh makan dalam talam besar.. kuah aku pi kat hang, kuah hang mai kat aku.. itu pun tak kisah, langsung tiada perasaan jijik. Tiada perasaan hasad sesama kami.
Pagi raya setelah habis solat raya, kewajiban aku adalah pergi ke kubur arwah abah. Anak kecik yang dipimpin oleh seorang perempuan tua akan melalui di celah2 nisan untuk membersihkan pusara arwah abah dan anak kecik itu juga sentiasa mendapat perhatian orang ramai yang ada dikawasan itu.. Ihsan orang dapat la aku duit raya..

"Kenapa tiba2 aku terkenang balik peristiwa ini semua?"

Khamis, 26 Ogos 2010

Boikot

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan Al Mubarak..

Kebelakangan ini kita sering terdengar dengan beberapa cerita tentang sijil halal. Sempena bulan Ramadhan ini kebanyakan hotel mengambil peluang untuk mempromosikan juadah2 utk berbuka dan pelbagai promosi dapat kita lihat sama ada pada sependuk mahu pun di media cetak dan elektronik...

Dalam kerakusan manusia untuk beribadat kekadang kita terlupa untuk menentukan status halal/haram pada makanan yang kita makan. Ini sedikit sebanyak akan memberi implikasi kepada diri kita (hati) dan keturunan kita (darah) maka persoalan makanan ini tidak harus dipandang mudah. Selain individu itu sendiri, kerajaan juga wajib memainkan peranan pro aktif bagi memastikan status makanan untuk umat Islam (bukan Melayu saja) di Malaysia ini adalah halal. Jika dilihat seperti Old Town Kopitiam yang mana rata2 pelanggannya terdiri dari bangsa Melayu tetapi adakah premis itu mempunyai sijil halal yang sah? Kerajaan seharusnya tidak teragak2 untuk memaklumkan tentang perkara ini kepada umum jika mahu mendidik bangsa Melayu di negara ini menjadi umat Islam.

Selain membuat pemeriksaan atau serbuan dan sebagainya, mengapa tidak Jakim itu sendiri menyediakan satu platfom kepada umat Islam di negara ini untuk menceburi dalam bidang perniagaan?
Mengapa tidak Jakim memberi modal kepada umat Islam tidak kira Melayu, Cina atau India untuk membuka perniagaan yang mempunyai nilai daya saing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka?
Mengapa tidak Jakim menyediakan senarai barangan atau premis yang nyata tidak halal? Sebagai contoh jika seperti Kopitiam yg menjual mee yang mana rencangnya mempunyai kandungan arak atau babi maka wajib Jakim melabelkan premis ini sebagai premis haram.
Jakim wajib menyedikan rumah sembelih yang mana mewajibkan setiap ayam dipasaran di hantar ke rumah2 sembelih yang disahkan oleh Jakim bagi mendapatkan sijil halal, mengapa Jakim masih menunggu?
Mempromosikan premis2 halal bagi membantu pengusaha Islam supaya terus maju dalam bidang perniagaan dan mengapa Jakim hanya suka mempromosi kerja penguatkuasaan dan tangkapan keatas orang yang tidak berpuasa? Adakah ini akan manjadi kebanggaan mereka?

Sehingga ke hari ini pihak kerajaan kekadang nampak seperti bermain tarik tali dengan pengguna khususnya umat Islam. Permakanan ini merupakan satu elemen yang penting kerana ianya dianggap satu rutin yang wajib bagi setiap manusia. Jika permakanan yang kita makan itu tidak sihat maka ia akan memberi kesan kepada kita melalui penyakit tetapi jika makan itu tidak halal maka kesannya dapat kita lihat seperti gejala buang bayi, maksiat dan sebagainya.

Kerajaan dengan lantang ingin membasmi masalah sosial yang manjadi isu semasa, tetapi adakah mereka dapat melihat punca masalah ini adalah daripada permakanan. Seharusnya kita yang tinggal di negara Islam tidak sepatutnya menghadapi permasalah yang seperti ini. Di mana pihak kerajaan yang wajib dan bertanggungjawab dalam memastikan bahawa kita tidak sepatutnya berasa was2 dengan makanan yang kita makan..

"Nak makan ayam golek pun takut... kat mana laa depa beli ayam tu.. Tesco?? Siap proses?? Bangla sembelih??"

Sabtu, 14 Ogos 2010

Uthmaniah...

Assalamualaikum...

Berbalik pada en3 aku sebelum nie tentang sebuah kerajaan sekular atau lebih manis lagi boleh dikatakan sebagai sebuah kerajaan Islam moden. Turki tidak pernah aman setelah kejatuhan Empayar Uthmaniah dan bermulannya pemerintahan Ataturk yang dilihat lebih pro kepada negara Barat. Atas keinginan menjadikan Turki sebagai sebahagian dari sekutu Barat pada ketika itu beliau telah menghalau dan mengakhiri pemerintahan kesultanan di Turki pada 1 November 1922. Kesemua hukum syariah dihapuskan dan diganti dengan hukum sivil yang dilihat lebih adil dan berperikemanusiaan. Bertitik tolak dari situ maka berakhir sebuah pemerintah Islam yang terbesar dan terkuat didunia disebabkan seorang manusia yang bernama Mustafa Kemal Ataturk. Pada 29 Oktober 1923 dengan rasmi Turki telah mengistiharkan sebagai sebuah negara Republik dengan sistem pendidikan diubah dan satu draft pemakaian juga dibuat supaya mereka lebih kelihatan seperti negara Barat dari Islam.


Akhir pemerintahan Ataturk pada tahun 1938, setelah itu Turki terus menjadi sebuah negara yang malang atau lebih tepat sekali boleh dikatakan sebagai sebuah negara tentera. Sistem demokrasi di Turki tidak pernah telus dan adil, ini adalah disebabkan kepala otak Ataturk yang telah meletakkan satu garis panduan dan menjadi bidang kuasa pihak tentera untuk melakukan rampasan kuasa jika pemerintah Turki pada bila2 masa dilihat bercirikan Islam. Maka kita dapat lihat beberapa siri rampasan kuasa oleh tentera Turki dalam lipatan sejarah selepas pemerintahan Ataturk.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah Taala yang menentukan segalanya.. Pilihanraya Turki pada tahun 2002, satu perubahan dalam sistem pemerintahan Turki telah terjadi tanpa kesedaran dari pihak tentera. Recep Tayyip Erdogan yang merupakan salah seorang banduan di Turki pada tahun 1998 telah tercalon menjadi Perdana Menteri Turki. Seperti biasa ianya cuba dihalang oleh pihak tentera dengan memberi beberapa alasan dan salah satu sebab yang kuat adalah kerana beliau dilihat sebagai seoarang yang pro Islam. Edorgan juga merupakan salah seorang bekas datuk bandar Turki yang mempunyai ramai penyokong yang telah muak dengan sistem sekular pemerintahan tentera Turki.


14 March 2003 sekali lagi Edorgan mendapat laluan mudah untuk menjadi Perdana Menteri Turki oleh Abdullah Gul. Pihak tentera yang cuba untuk membuat rampasan kuasa terpaksa berfikir seribu kali memandangkan Edorgan memperolehi jumlah majoriti yang banyak dari rakyat Turki. Tapuk pemerintahannya yang baik telah mempu membawa Turki keluar dari krisis ekonomi (1998-2004) yang dihadapi oleh Dunia pada ketika itu dan beliau terus mendapat sokongan rakyat Turki yang cintakan keamanan dan Islam.


Untuk menjadi sebuah negara Islam keseluruhan bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi dengan pemerintahan tentera Turki yang begitu taksub dengan idea nasionalis Mustafa Kamal Ataturk. Puak sekular tidak mahu Abdullah Gul menjadi Presiden Turki kerana beliau dilihat Islamik, pendirian yang bertentangan dengan sekular dan akan memundurkan semula Turki. Isterinya memakai jilbab - pakaian Islam yang jelas dilarang di Turki. Edorgan yang bijak dapat melihat sekiranya beliau melantik Presiden Turki iaitu Abdullah Gul, maka pihak tentera akan mengambil tindakan keatasnya dengan alasan cuba untuk memecah belah pemerintah sekular Turki. Dengan bijaksana beliau telah mengistiharkan pilihanraya Presiden yang pertama di Turki pada 2007 sekali dengan pilihanraya umum Turki dan beliau telah mencalonkan Abdullah Gul sebagai calon Presiden. Dengan keyakinan kuasa rakyat maka calon beliau telah menang dengan majoriti yang banyak sebagai Presiden dan sekali lagi pihak tentera tidak dapat berbuat apa2 kerana pemilihan ini adalah melalui rakyat.

Turki yang terletak di Eropah tetapi beragama Islam dan menyatakan berpihak kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat tanpa dolak-dalih lagi telah menyebabkan majoriti penduduknya ingin kembali kepada Keagungan Islam Turki sebelum Kamal Ataturk.

Pada Sabtu, 31 Januari 2009, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) berhubung konflik di Gaza di Davos, Switzerland.Ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel , Shimon Peres . Pengerusi majlis ialah David Ignatius, penulis Washington Post. Erdogan hanya diberi 12 minit untuk berucap sementara Peres diberi 25 minit. Kesal dengan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak : “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” Erdogan meninggalkan majlis itu. Kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul disambut oleh rakyat Turki sebagai wira .Tindakan Erdogan itu menyamai tindakan Nikita Khrushchev yang membaling kasut di PBB pada 1960.

Apakah kali ini Turki akan bertindak keatas Israel?? Dunia semakin keliru dengan perubahan pemerintahan Turki yang selama ini dilihat pro A.S dan merupakan sekutu rapat Israel...

Rabu, 4 Ogos 2010

Apakah Turki akan menempa sejarah baru..???


Assalamualaikum....


Apabila insiden kapal bantuan kemanuasian Mavi Marmara dan kematian sembilan aktivis Turki ditembak oleh komando rejim Yahudi dipaparkan oleh media global, tiba-tiba sahaja negara Turki mendapati imejnya berada dipersada konflik yang telah sekian lama menghantui Asia Barat.
Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang sepatutnya dianggap sebagai mengejutkan kerana beberapa tahun sebelumnya, isu atau konflik yang sama telah mula menampakkan putiknya apabila pada 2008, tentera rejim Yahudi telah melancarkan serangan yang kejam terhadap kawasan penempatan Palestin di Gaza dengan alasan mahu memusnahkan kemampuan kumpulan militan Hamas dari terus melancarkan roket terhadap wilayah Israel. Dalam episod tersebut, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah dengan lantang dan terbuka mempamerkan perasaan marah beliau terhadap kerajaan Israel yang diwakili oleh presidennya, Shimon Peres dalam satu forum terbuka di Davos, Switzerland pada awal 2009. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan banyak pihak, terutamanya apabila ia datang dari seorang ketua negara yang dianggap sekian lama sebagai satu-satunya negara yang penduduk majoritinya beragama Islam yang mempunyai hubungan akrab dengan rejim Yahudi. Apa yang berlaku kepada Turki sebenarnya adalah sesuatu yang kini diberikan perhatian serius oleh banyak pihak, terutamanya kuasa-kuasa utama dunia yang mempunyai kepentingan dalam mencorakkan masa hadapan Asia Barat, apa lagi yang berkaitan dengan masalah Israel dan Palestin. Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Turki dan ke arah manakah negara tersebut kini menempa haluannya, sama ada ke Barat atau ke arah Timur adalah sesuatu yang masih belum terjawab.

Apabila Perang Korea meletus pada 1950, Korea telah mengantar kontijen seramai 5,000 anggota dari tiga batalion infantri, satu batalion infantri dan unit bantuan. Keberanian dan kesungguhan pasukan tentera Turki dalam pertempuran Kunu-Ri apabila berhadapan dengan tentera China di Korea dikatakan telah benar-benar meninggalkan kesan kepada pihak Amerika Syarikat. Ini kerana pertahanan yang dilaksanakan di Kunu-Ri dikatakan telah berjaya menyelamatkan sebagaian besar dari Divisyen Kedua, infantri Amerika Syarikat dan pasukan PBB yang ketika itu berada dalam bahaya untuk dipintas dan dikepung oleh kemaraan tentera China yang pantas.

Pada Februari 1952, mungkin sebagai menghargai pengorbanan yang telah dilakukan ketika Perang Korea, Turki telah dibenarkan untuk menjadi salah sebuah negara anggota NATO dan peluang ini telah digunakan oleh kerajaan dan angkatan tentera negara tersebut untuk melakukan program pemodenan yang komprehensif terhadap angkatan tenteranya, baik darat, laut mahupun udara. Sebahagian besar dari sistem, kelengkapan dan peralatan yang telah usang digantikan dengan kelengkapan yang rata-ratanya dibekalkan oleh Amerika Syarikat.

Walaupun proses pendemokrasian Turki dilihat semakin subur dengan kebenaran untuk mengadakan pilihanraya yang disertai oleh pelbagai parti pada 1946. Sepanjang tahun 50an dan 60an menyaksikan Turki mengubah haluan menjadi sebuah negara industri, namun keadaan ini tidak berpanjangan apabila krisis ekonomi, kadar inflasi yang tinggi serta hutang negara yang meningkat telah menjadikan kerajaan yang dilantik secara sah melalui pilihanraya mengahadapi pelbagai masalah. Pada Mei 1960, dengan diketuai oleh Jeneral Cemal Gursel, pihak angkatan tentera Turki telah merampas kuasa dan melucutkan jawatan presiden serta perdana menteri. Pada Oktober 1961, tampuk pemerintahan dikembalikan kepada pemerintahan pihak awam. Akibat langsung dari rampasan kuasa yang telah berlaku, kerajaan-kerajaan yang memerintah selepasnya kerap gagal mengekalkan kerajaan yang stabil dengan tampuk pemerintahan bertukar ganti antara pihak parti ‘Justice’ yang berhaluan kanan serta ‘Republican People’s Party’ yang berhaluan kiri. Pada 1971 dengan keadaan negara yang tidak stabil arena politiknya, pihak angkatan tentera Turki telah mengemukakan satu memorandum yang memberikan amaran kepada kerajaan awam ketika itu yang dipimpin oleh perdana menteri Sulevman Demirel. Sekali lagi pihak angkatan tentera merampas kuasa dan menubuhkan kerajaan sementara. Pada 1974 sebuah kerajaan awam ditubuhkan melalui satu pilihanraya. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan bagaimana kestabilan politik kerajaan awam sukar dicapai dan apabila sekali lagi keadaan ekonomi Turki merudum serta pertelingkahan antara penyokong kumpulan ultranasionalis dan komunis berlaku secara berleluasa di negara tersebut, pada 1980 pihak tentera yang kali ini diketuai oleh Jeneral Kenan Eyren telah merampas kuasa dan mengistiharkan keadaan darurat di kesemua wilayah Turki. Selang dua tahun, pihak angkatan tentera telah mengembalikan tampuk pemerintahan kepada pihak awam namun kali ini aktiviti politik negara tersebut dipantau dengan teliti oleh pihak tentera.

Selasa, 3 Ogos 2010

Kebangkitan Islam di Eropah Barat...

Assalamualaikum....

Republik moden Turki telah ditubuhkan pada Oktober 29, 1923 oleh Mustafa Kamal (Ataturk) merupakan presidennya yang pertama kepada Republik moden Turki yang ditubuhkan pada Oktober 29, 1923. Dari saat tersebut pihak pemerintah telah melaksanakan reformasi yang drastik untuk memperkenalkan satu sistem pengurusan negara yang moden berasaskan kepada sistem negara-negara Eropah Barat dan mengetepikan undang-undang dan institusi-institusi yang dilihat mempunyai kaitan dengan pemerintah sebelumnya, iaitu Kesultanan Uthmaniah. Ini termasuklah penyeragaman sistem pembelajaran, melucutkan kesemua gelaran berunsurkan keagamaan, memansuhkan sistem perundangan Islam dan menggantikannya dengan sistem perundangan sivil yang dimodelkan dari sistem perundangan sivil Switzerland serta kod penal yang berasaskan kepada penal kod Itali, persamaan hak antara jantina dan memberikan kebebasan politik yang penuh kepada wanita. Selain itu beberapa perkara yang dianggap mempunyai kaitan dengan kesultanan Uthmaniah juga cuba dihapuskan, umpamanya pemakaian topi Fez yang diharamkan serta penggantian huruf Uthmaniah yang berasaskan kepada tulisan bahasa Arab yang digantikan dengan huruf Roman. Malah pada 1924, keseluruhan keluarga diraja Turki telah dipaksa berpindah atau dihalau keluar negara.


Sejak dari awal penubuhannya, kepimpinan Republik Turki telah meletakkan batu asas sebuah negara sekular sebagai landasan untuk masa hadapannya. Ini juga bermakna sebagai sebuah negara yang secara geografinya terbahagi antara benua Eropah dan Asia, golongan politik dan elit dilihat lebih cenderung untuk melihat Turki sebagai negara Eropah yang maju dan dinamik berbanding negara-negara Asia Barat yang dilihat sebagai mundur. Pada Julai 1932, Turki telah menjadi ahli kepada ‘League of Nations’ yang merupakan versi pertubuhan yang sama seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini. Ketika Perang Dunia Kedua, Turki mengambil sikap neutral sehingalah apabila perang telah sampai ke penghujungnya walaupun mengalami tekanan dari kedua-dua pihak. Hanya pada 1945 barulah republik tersebut mengistiharkan perang terhadap pihak Jerman dan Jepun.

Pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana Turki merasakan ia terasing dari dua kuasa utama global yang baru, iaitu Amerika Syarikat dan juga Soviet Union walaupun ia menyertai organisasi yang menggantikan ‘The League of Nations’ iaitu PBB pada Oktober 1945 sebagai salah sebuah negara ahli asalnya. Sikap kerajaan Turki yang dilihat lebih cenderung untuk menghalang penyebaran pengaruh komunis dan menegakkan demokrasi telah menyebabkan pihak Amerika bersedia untuk membantu republik tersebut dengan menjalin hubungan yang lebih akrab. Pada 1949 pertubuhan perjanjian Atlantik Utara atau NATO telah ditubuhkan yang melihat negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat berpayung dibawah satu organisasi ketenteraan yang berkemampuan untuk menangani ancaman pihak Soviet Union dan Pakatan Warsaw. Turki walau bagaimanapun tidak dijemput untuk menyertai pertubuhan pertahanan ini dan sekali lagi seakan merasakan ianya terasing dari kelompok masyarakat negara-negara Eropah.

Isnin, 2 Ogos 2010

Sapa yg nak cepat kaya tolong baca en3 nie...

Assalamualaikum...



Hmm minggu lepas kita digemparkan dengan berita polis tangkap tokey2 MLM bersama kereta mewah mereka.. Dalam dunia yg semakin maju ini manusia masih tidak dapat berfikir secara waras disebabkan oleh Nafsu. Ribuan rakyat pernah ditipu sehingga ke hari ini masih ada yang ditipu, menipu dan tertipu..

Mencari rezeki serta untuk menambah pendapatan tidak salah cuma kekadang itu kita terlalu ghairah untuk mencapai sesuatu cita2 yang besar dalam masa yang singkat. Hari ini kita berceritakan kepada rakan2 tentang skim yang bakal memberi pulangan yang tinggi dengan tujuan untuk mencari atau menarik minta orang untuk terjebak dalam pelaburan ini. Akhirnya apabila skim2 ini terkubur dan apabila rakan2 mula bertanya tentang pulangan mereka maka kita juga dengan selamba mendakwa bahawa diri kita juga tertipu oleh skim ini seperti mana personaliti TV yang mendakwa bahawa dia tertipu dengan skim MLM ini.

Mengapa pada peringkat permulaan kita tidak terfikir tentang akibat yang bakal kita hadapi kemudian hari? Mungkin kerana kerakusan Nafsu untuk hidup mewah di dunia ini maka kita tidak terfikir tentang akibatnya atau sengaja demi mencapai cita2 sendiri.

Tiada jalan mudah untuk mendapat keuntungan besar... melainkan dengan usaha yang gigih. Tertipulah Melayu kerana Melayu dan tertipulah diri kerana Nafsu..
Dunia ini hanya sekadar pentas yang sementara buat kita. Kemewahan tidak pernah kekal buat sesiapa sahaja.



Puasa dah nak dekat nie.. tinggal seminggu lagi.. raya bakal menjelang.. jangan dok kena tipu lagi wahai saudara2 aku diluar sana.. biarlah hidup susah asalkan kita tak menipu dan ditipu... kalau dh gatai sangat nak melabur...hahaha Ramadhan nie bulan pelaburan khusus untuk umat Muhammad ke akhirat...

p/s: sanggup hidup susah asalkan hati tenang dari hidup mewah dengan hati yang serabut..... huhuhuhuhu....

Yahudi musuh Islam