Member Aku:

Khamis, 22 Julai 2010

Gawat... gayat...

Assalamualikum...

2-3 minggu yang lepas aku rasa hidup ni cam dh tak cukup nyawa.. Nasib baik aku ni muda lagi, tak dak penyakit lemah jantung kalau tak dah lama aku pi... Ni semua berpunca dari agensi kerajaan. Orang dah bagi amanah, buat la kerja elok2 cikit..org Melayu tu yg susah bila dh ada jawatan... sombong nak mampuih.

Aku bukan nak berpolitik tetapi apa yg cuba aku nak luahkan kat sini adalah rasa tidak puas hati aku tentang cara dan layanan jabatan kerajaan ni (bukan semua jabatan). Menteri kata lain tapi yang dok kat bawah ni dok buat benda lain. Bila ada pangkat cikit abeh dia jadi "perak buih". Lagu tu tak boleh, lagu ni tak boleh, nak kena ikut lagu dia juga. Kalau benda yg dia minta tu boleh dapat, tak pa.. nie dia minta yg bukan2.. Serabut perut betoi dengan kerenah birokrasi nie..

Dari pengalaman aku yang baru setahun jagung nie, mai aku nak cerita cikit.. Ipoh nie bukan besaq mana pun dan industri di Ipoh nie pun tak banyak mana. Tahun 1997 sewaktu ekonomi Asia tengah gawat, kami didalam industri perkapalan nie rasa tak banyak terjejas sebab waktu itu negara A.S dan Eropah tidak terjejas teruk. Eksport waktu tu kira maintain lagi. Tapi krisis ekonomi kali nie aku dapat rasakan yang paling buruk sebab A.S dan sekutu dia pun teruk terkena. Di Eropah ada negara yang hampir bankrup..hmmm...


Oleh disebabkan faktor yang sebegini maka 'order' (pesanan) dari Eropah dan A.S dah semakin berkurangan dan pengeluar (pengilang) di sini terasa terjejas sampai ada yang kilang kerja seminggu 3 hari saja..gaji potong. Syarikat2 perkapalan antarabangsa pun ada yang gulung tikar, jual kapal dan sesetengah tu bergabung untuk menghadapi senario krisis ekonomi kali ini..


Cuma satu saja yang aku nak ingatkan kepada mereka yang berkenaan.. Menteri hari2 dok keluaq TV dok kata ekonomi kita semakin baguih..semakin meningkat.. Menteri2 kita sanggup pi luaq negara buat perjanjian dengan negara2 luar untuk tingkatkan eksport negara supaya ada putaran ekonomi setempat bagi rakyat jelata dan menambah pelaburan luar supaya masuk ke Malaysia.. Yang buat aku geram dan nak tercabut jantung aku nie dengan sesetangah agensi2 kerajaan. Depa nie lebih pandai pulak dari Menteri... Aduh haii... sepatutnya kita kena profesional dan ada intergriti pada diri. Ambik contoh cam Singapore... kenapa rasuah di Singapore tak teruk? Sebab mereka telus dan ruang untuk makan rasuah nie kecik. Tak cam Malaysia.. dapat jadi Pegawai kerajaan dah cukup untuk kita gubal undang2 sendiri, belum jadi Pengarah lagi tu... lain kali aku ceritakan secara detail tentang masalah aku dan agensi yang terbabit.

Isnin, 19 Julai 2010

Buat renungan....

Assalamualaikum...



Aku terjumpa article nie dari salah seorang blogger.. marilah kita fikir2kan...

Jumaat, 16 Julai 2010

Hairan...

Assalamualaikum...

En3 kali nie nak komen la cikit tentang isu semasa sebab aku dah naik lemaih.. Hari2 cerita dlm surat khabaq, tv tak abeh2 pasai curi pasiaq.. Yang pelik sekali sampai hari nie pasai apa yg tv dan surat khabaq tak mau interview MB Selangor???



Dok gebang sana sini buat apa?.. Tanya dia pasai apa yang dok bagi orang curi pasiaq negeri Selangor?.. Kalau tak boleh nak jaga negeri suruh dia letak jawatan... abeh cerita... bagi jawatan tu kat Khir Toyol sebab dia lagi pandai dari MB yang dok ada la nie.. boleh dia tambah rumah bagi lagi besaq...

Nak kata jakun, semua belajaq sampai luaq negeri.. Jangan la dok perbodohkan rakyat.. akhir nanti kita juga yang rugi sebagai bangsa Melayu dok gaduh sama sendiri sebab kepentingan peribadi... BODOH betoi!!!

Sabtu, 10 Julai 2010

Pentas

Terbit matahari memberi cahaya,
Cahaya memulakan kehidupan,
Manusia jaga melihat dunia,
Yang tak pernah cukup,
Rakus dan tamak bernama nafsu,
Akal dipajak dan digadai,
Demi kenikmatan dunia penipu,

Cahaya yang terang tak dihiraukan,
Kerana cahaya hanyalah cahaya,
Nafsu dikuasai,
Dunia dimiliki,
Segala hajat akan dituruti,
Tiada hukum dapat menghalang,
Hidup didalam sumbang,

Anak haram dijalanan,
Merintih kasih ibu dan ayah,
Nilai nyawa tiada harga,
Demi maruah yang nak dijaga,
Bila sedap segalanya alpa,
Sedap nafsu dari akal sedemikian rupa,
Bila kaki tersadung,
Kepala dah terhantuk,
Dan air mata menjadi lautan,
Kerana takut dan malu bermain difikiran,
Bukan kesal yang membawa kemaafan,

Hanyutlah anak Adam itu bersama cahaya,
Putaran mentari yang menghitung masa,
Bertapa besarnya keagungan yang maha Esa,

Rabu, 7 Julai 2010

Ana...

Akukah yang keliru dalam kehidupan ini,
Atau merekakah yang terkeliru oleh kehidupan ini,
Pernah dulu aku berdiri dipintu salib,
Mencari makna dalam kehidupan abadi,
Pernah dulu aku menjelajah dalam kesesatan,
Ingin mencari Tuhan yang manjadikan,

Dunia dan kehidupan umpama pentas,
Hakikat diri yang belum terkupas,
Berjalan sehingga ke satu persimpangan,
Keinginan hati mencari yang kekal,
Hanyutlah aku bersama arus yang deras,

Pencarian yang tiada kesudahan,
Kerana pencarian itu di pertengahan,
Yang dibawah tak kelihatan,
Yang diatas tak tercapai,
Mabuklah aku bersama kehidupan,
Pencarian aku tiada kesudahan,

Datang perkhabaran mambawa aku kembali,
Melihat pencarian yang tak memberi erti,
Aku selami erti abadi,
Baru aku faham apa yang patut di cari,

Dunia hancur lebur menjadi fana,
Manusia hancur bersama tanah,
Harta musnah yang memberi padah,
Hanya Ilmu yang membuka jalan,
Aku melihat diri yang dalam kesesatan,


Akhirnya aku mengerti,
Bagaimana sukar mengenal diri sendiri,
Bukan dunia dan harta jadi ukuran,
Bukan pangkat dan darjat menjadi nilai,
Kerana rahsia pada diri,
Memberi penilaian yang abadi....

Jumaat, 2 Julai 2010

Tidoq dalam jaga.....

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak nie pala otak aku jadi blurr.. Aku sendiri pun taktau pasai apa yg jadi lagu nie...hmmmm.. Apa yang aku pasti setiap hari ada saja berita di surat habaq kisah buang bayi... Subahanallah.. Maha Suci Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Mengguasai. Nak komen ke tak mau.. nak, tak mau... Aku nak komen juga laaa.. Kali nie aku nak bagi komen tentang perihal perkara ini.. BUANG BAYI...

Yang aku geram bukan lagi pada haiwan2 yang dok buang bayi depa tu.. Nak buat cam ner, dah terbukti pun yang depa tu haiwan. Jadi kes buang bayi nie bukan lagi kesalahan depa sbb haiwan memang sifat dia lagu tu.. Yang aku tak berapa berkenan nie pasai NGO2 yang dok ada lagu macam kayu.. Kononnya nak tolong remaja yang bermasalah dengan menyediakan tempat perlindungan bagi remaja yang mengandung anak luar nikah...

Mengapa alim ulamak dan orang2 yang cerdik pandai tentang Islam nie tak mau buat post mortem tentang masalah nie? Memang bagus kita sediakan tempat perlindungan agar bayi2 nie tak dibuang begitu saja akan tetapi dari sudut negatifnya, ia membuka peluang lagi kpd remaja bermasalah untuk mengandungkan anak luar nikah.

Jabatan ke atau Kementerian ke yg bertanggungjawab tentang perihal agama Islam wajib melihat serius akan perkara nie. Bukan senang kita dok pikul tanggungjawab sebab last sekali kita juga yang nak kena jawab. Hidup atas muka bumi nie memang seronok kalau ada duit banyak, tetapi apa guna kekayaan didunia kalau di akhirat kita dapat penghinaan dan azab yang pedih.. Malas nak kata apa dah.. Hampa yang berjawatan dan cerdik pandai jawab la sendiri nanti.

Perkara yang macam nie dah jadi kebiasaan sekarang nie.. Aku masih ingat suatu masa dulu dikampung.. Kalau ada kes tangkap basah (khalwat) abeh satu kampung tau. Orang akan menjadi hairan atau jakun dan memperkatakan tentang kes tu setiap hari. Tapi zaman sekarang nie, jangan kata tangkap basah.. kes buang anak pun orang dah tak ambik tau sebab dah terlalu banyak dan biasa. Aku ingat kalau orang tua2 dulu masih hidup zaman sekarang nie mau ada yang mati terkejut bila dok dengaq pasai kes buang bayi nie.. Manusia zaman sekarang boleh relax dan tersenyum bila baca kes2 cam nie di akhbar... hmmmmmm ikut suka hampa laaa...

Jangan dok ikut sangat budaya Barat.. Di Barat memang ada tempat untuk bayi2 terbuang. Kononnya menjaga kebajikan bayi2 terbuang, tetapi masalah itu tetap berterusan.. Kita tak mau jadi lagu tu sebab negara kita negara Islam.. Jadi yang dok berani declare negara Islam tu wajib ada tanggungjawab.. Kembalilah kepada Al Quran.. selagi Al Quran tu kita tak jadikan landasan dalam kehidupan, tok sah declare negara Islam. Aku sendiri pun tak marah. Contoh macam Thailand, depa bukan negara Islam. Pelacuran, dadah, masalah sosial, rasuah dah jadi biasa. Kalau aku duduk kat Thailand pun aku tak boleh nak marah.. nie yang aku marah sebab kita kata negara kita negara Islam tapi aku tengok kita masih menggunakan hukum dunia demi kepentingan sendiri..

Wallahualam....

Yahudi musuh Islam