Member Aku:

Rabu, 26 Ogos 2009

Shukran...

Salam,



Aku rasa ramai yang dah tau keputusan Permatang Pasiaq...maka terbukti laa yang rakyat masih percayakan PR dari BN...
Kekalahan UBN adalah disebabkan kesilapan UBN memilih calon dan penafian calon itu sendiri dalam beberapa isu..lepas ni Rohaizat lagi pening pala..nak bertempis dgn bini pulak..hahahahaha padan dgn muka hang...


Pada hari baik, bulan baik ni aku tak mau komen bebanyak sangat...
Kepada pengundi Permatang Pasiaq aku ucapkan syabas..

Isnin, 17 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com




"Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri yang telah meningggalkan kita" Al Fatihah

Sabtu, 15 Ogos 2009

Nak ke mana tuuu....

Salam,

Aku masih tertanya kemana arah tuju ahli politik kita ? ? ?....
Sekian hari aku tengok pergolakan politik negara semakin tenat...kepada sesiapa saja yang bergelumang dengan permainan politik nie, nasihat aku sudah-sudah laa..kita belajar la dari sejarah...

Parti Islam Se-Malaysia (ڤرتي اسلام س-مليسيا) juga PAS, ditubuhkan sebelum merdeka lagi setelah pengharaman Hizbul Muslimin oleh penjajah seawal 1948.Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih menonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Bertambahan ramai lagi pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan



Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama. Tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

Zaman sekarang ni yang buat aku pelik ialah kenapa kita nak gaduh sesama sendiri? ? ? Kenapa UBN tolak PAS sekeras-kerasnya ? ? ? Apakah faktor UBN buat cam tu ? ? ? Kalau dulu UBN dah tolak Dato' Onn dari UMNO dan hari ni UMNO tolak PAS...

Perjuangan UBN dalam menegakkan sebuah negara Islam masih samar dan tak menampakkan arah tuju..dah berapa lama UBN memerintah negara..tak ada perubahan yang dibuat dan semakin hari PAS dipandang sebagai ancaman kepada UBN...aku tak paham...adakah kejadian Memali akan berulang kembali demi kepantingan politik sahaja ? ? ?

Lihatlah kepada dunia...belajarlah dari kejadian dunia...Apakah akan terjadi puak-puak di Malaysia yang akhir sekali berperang sesama sendiri ? ? ?

Aku yang bertanya "Nak ke mana tuu"

Khamis, 13 Ogos 2009

Had I told you...

Salam,


What soever lah...but this article just to brief on historical story about UMNO.. Today poeple knew only Y.M Tunku as a Independence Father of Malaya. But I like to share about somebody. Somebody that maybe is no nobody to anybody...huhuhuhu
For me, his such a miracle for us even to Malaya.



Dato' Onn Jaafar was born in 1895 at Bukit Gambir, Johor Bahru. His father Dato' Jaafar Haji Muhammad (1838 ? 1919) was the first Menteri Besar of Johor while his mother, Hanim Rogayah was from Scarcia, Turkey. He was sent to England to study by Sultan Ibrahim of Johor and was the best student in English and French. Upon his return from England he was sent by his father to study Bahasa Melayu in the Malay College Kuala Kangsar. He held many jobs and among them being the editor of Warta Ahad which indirectly lead him to be involved in politics and the struggle for Malays. When he was a member of the Majlis Mesyuarat Negeri Johor, he made two important political contributions to the people of Johor, that is, the setting up of the Sultan Ibrahim Scholarship and issuance of free air fares to perform the pilgrimage in Mecca for Islamic officers serving the Johor government.

The establishment of the Malayan Union in 1946 by the British was greatly opposed by the Malays as it took away the ruling powers of the Sultan and the special rights of the Malays. Dato' Onn then held an All - Malaya Malay Congress (Kongres Melayu Sa-Malaya) to unite the Malays in order to oppose the Malayan Union. The Congress was held from the 1st till the 3rd of March 1946 and it was attended by 41 Malay Associations. Among the decisions taken by the Congress were to boycott the Malayan Union, to mourn for seven days and to wear a white banner on their songkok (headgear). Dato' Onn then initiated the setting up of UMNO (United Malays National Organization) on 4th March 1946 to unite the Malays in order to oppose the Malayan Union. He was appointed the President of UMNO and suggested that UMNO be opened to other races in Malaya in order to resolve the racial issue in politics. However, his suggestion was greatly opposed by the member of UMNO's. Dato' Onn resigned as President in 1951.

Besides being the founder of UMNO, he was also responsible for the social economic welfare of the Malays by setting up Rural Industrial Development Authority (RIDA). Although he failed to win in the General Election in 1955 to become the first Prime Minister of Malaya, he had played an important role in paving the way for Malaya to achieve independence on 31st August 1957. He died in 1962 at the age of 67.

Up to today, people forgoten about this old man and what his had done to our country..

"UMNO..dulu..kini dan selamanya memang mudah lupa"

Selasa, 11 Ogos 2009

Ramadhan....bulan penyucian...

Salam,

Sedih bila aku kenang balik sebab puasa dah dekat..lepas tu nak raya pulak... Hidup dan waktu sentiasa berjalan...cuma kekadang manusia saja yang tak mau ingat...
Aku sedih sebab dah tak dapat makan waktu siang..hahahahahhahahahaha

Yang buat aku sedih lagi bila kenangkan anak-anak Melayu ni...yang lelaki dok merambu sini sana dengan merempit...apa dh jadi dan apa nak jadi ni...yang perempuan pulak kebanyakan belajar sampai ke Universiti tapi perangai...alamak malu nak citer...pelajaran aje tinggi tapi akhlak kurang..

Kebanyakkan remaja perempuan sekarang banyak yang dh terlanjur...belum khawin lagi dah pandai buat kerja tak senonoh...alahai...cam mana la kalau dah khawin besok..kalau khawin dengan lelaki yang sama tak pa..tapi kalau khawin dengan lelaki lain cam ner...?.. pelajaran tinggi tapi otak tarak... tak ada harga diri langsung dah tu nak belagak suci pakai tudung bertutup litup...kena la pulak mak bapak zaman sekarang..kebanyakan tak kisah apa yang anak dia orang dah buat janji belajar mau tinggi...hihihihi cam pelihara binatang dalam sarkas...

Mana silapnya??...hehehehehe...adakah sebab mak bapak itu membesarkan anak-anak dengan duit haram??..kebanyakan orang yang kerja kerajaan memang mudah dapat duit haram tambah pulak jika ada jawatan tinggi...jadi tak hairan la kalau anak-anak tak taji orang tapi binatang...huhuhuhuhu

Aku bukan umpat...tapi kenyataan...kalau setakat aksi bero..., isap b....., dah jadi pekara biasa kepada kebanyakan remaja zaman sekarang...nak kata bodoh ada yang sampai ke Universiti...alahai...ada ijazah pun tak guna kalau perangai cam binatang....baik lelaki mahupun perempuan..

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni...kalau ada sesiapa yang terasa lebih baik la bertaubat...tak payah la kita nak bangga diri dengan kelulusan yang ada kalau perangai tak serupa manusia...hihihihihi


"Jika kamu mengaku yang Tuhan itu ujud, maka wajiblah kamu percaya yang Tuhan itu sentiasa bersama kamu dan memerhati pekerjaan kamu"

Jumaat, 7 Ogos 2009

BABI....

Salam,




babi..babi..babi...
Babi punya pasal manusia yang susah..hehehehe
Ada orang kata sebab manusia tu terlalu jauh tersasar dari landasan kehidupan maka Allah s.w.t turunkan bala..betoi tu...betoi.. Yang baik dan yang buruk dari Allah s.w.t juga..

Selesema babi juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Kes - Kes Baru: 16
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 16
Kes Kematian: 3
Jumlah Kes di Malaysia: 1,492 dengan jumlah kematian 14 orang.



Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.



Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.
Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam. Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A jenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.

Walau apapun kesimpulannya, penyakit ini adalah sebagai ingatan kepada kita...



"Kembalilah ke jalan Allah s.w.t"

Di tepian simpang ini
Sejenak Aku terhenti
Terbayanglah bagaimana
Pengembaraanku bermula
Aku tinggalkan segala yang
Aku sayang dan ku cinta
Hanya untuk mencari
Satu identiti diri yang murni
Setelah terjerat dalam
Dilema aku mengerti
Bagaimana sukarnya
Mengenal diri sendiri
Hanyutlah aku dalam arus
Hidup yang tak menentu
Maka timbul kesedaran
Yang aku selama ini keliru

Selasa, 4 Ogos 2009

kOrAng pIkIr lAA sEndIrI

Salam,

Gambar dibawah ni sebagai renungan...pikir laa sendiri...


























Apa yang jadi disini dan apa yang jadi disana...










Jangan beri mereka peluang untuk ambil kesempatan keatas anda...






















JANGAN SERTAI HIMPUNAN HARAM
............polis hanya jalankan tugas atas arahan.. Yang memberi arahan memang dok tunggu peluang jika ada...so jangan bagi peluang di masa akan datang kepada mereka....

Sedihnyee.....

Salam,


Sedih...sedih....sedih....itulah apa yang aku rasa bila tengok apa yang jadi pada 1hb Ogos lepas... Tak abeh-abeh dengan demonstrasi jalanan.. udah-udah la tu.. menyusahkan orang ajee...


ISA (Internal Security Act)..kalau korang nak tahu ISA ni di draf pada tahun 1960 oleh seorang Yahudi British iaitu Reginald Hugh Hickling.. Undang-undang ni memang zalim dan tak ada perikemanusiaan.. Sebab dibawah arahan seorang Menteri Dalam Negeri sahaja seseorang itu boleh ditangkap dan dipenjarakan selama 60 hari yang pertama tanpa perbicaraan dan boleh disambung sehingga 2 tahun.. Yang lebih zalim lagi tahanan 60 hari itu akan diseksa dari segi mental dan fizikal... Alamakk...manusia ke binatang yang suka dok buat kerja cam ni ? ? Yang sedih lagi mangkuk hayun ni la yang mendrafkan Perlembagaan Malaya, Deklarasi Merdeka dan Kod Tanah Kebangsaan. Alamak sedih betoi laa... tak ada ke anak-anak Melayu waktu itu yang boleh buat... Dalam erti kata lain, kemerdekaan yang Tunku dapat waktu itu pun bukan 100% hak kita laa...sebab draf undang-undang dan perlembagaan disiapkan oleh orang Yahudi...tak heran laa aku bila ada demonstarsi jalanan dah jadi cam kat Palestin dengan Israel....huhuhuhu..

Tu pasal la rakyat pun keluar ke jalan untuk tunjuk perasaan.. Tapi nasihat aku la kepada pemimpin PR ni...jangan la dok buat kerja cam nie lagi...menyusahkan orang tau tak...yang dok meniaga tepi-tepi jalan tu cam mana ? ? ? lagi pun apa yang hampa dapat ? ? ? dapat kena pukul dengan polis dan hujan asid... ishh ishhh ishh tu yang buat aku sedih sangat tengok apa yang jadi di Kuala Lumpur..

Zaman sekarang dah tak boleh guna cara yang cam ni lagi..PR harus ambil hati rakyat supaya pilihanraya nanti boleh pegang tapuk negara..lepas tu nak tukaq ISA ka..nak mansuh kaa..hampa buat.. jangan dok ajak orang ramai-ramai dok pi tunjuk perasaan.. yang kena tangkap tu sapa yang nak jamin ? ? ?

Harus diingat jangan bagi peluang pada UBN untuk pergunakan isu ini sebagai modal dia orang berkempen.. Memang ISA tu kejam tapi tindakan PR tak betoi dan tak berbaloi.. UBN memang dah tak dapat tempat dihati rakyat lagi sebab rakyat dah jelak dengan sikap UBN...apa yang buat PR menang besar dalam pilihanraya lepas pun sebab rakyat nak tunjuk protes pada kerajaan...jangan disebabkan isu remeh temeh cam ni boleh membuat rakyat jemu pulak dengan PR..



"Jangan...jangan... nanti orang benci pada PR"

Yahudi musuh Islam