Member Aku:

Sabtu, 22 Mei 2010

Nafsu...

Assalamualaikum,


Nafsu merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Besar lagi Maha Sempurna, maka pada setiap mahluk itu diberikan NAFSU supaya mahluk itu mempunyai KEHENDAK dan kehidupan mahluk itu akan terus berkembang.

Pada dunia hari ini kita dapat melihat manusia yg mempunyai nafsu yg luar biasa sehingga mampu mengatasi kelebihan yg ada pada ILMU/AKAL. Mengapa ini terjadi? Adakah disebabkan dunia dan sejenis penyakit yg sememangnya telah ada pada manusia iaitu LUPA.. Apabila dunia itu jadi rebutan dan ditambah dengan sifat PELUPA maka tidak hairanlah jika Nafsu dpt mengatasi Ilmu seseorang manusia itu kerana mereka akan menjadi pelupa pada janji asal/tujuan kehidupan didunia ini.

Hari ini ramai yg cerdik pandai, tetapi kesejahteraan dalam kehidupan itu tiada nilai lagi. Hasad dengki, bermusuh sesama sendiri, fitnah menjadi biasa, hukum bukan lagi penghalang dan masing-masing mempunyai hujah tersendiri bagi menegakan kebenaran dalam setiap perkara yg dilakukan. Ini berlaku adalah disebabkan demi untuk mengcapai kehendak nafsu itu sendiri.


Dia salah, mereka salah, itu tak betul, semua itu menjadi batu ukuran dalam kehidupan manusia.
Mengapa tidak kita melihat kepada keindahan kejadian Tuhan yg Maha Sempurna ini?
Mengapa kita tidak membetulkan pada perkara yang salah?
Mengapa kita harus menghukum sehingga hukuman itu menjadi permusuhan sesama kita?
Idealogi Yahudi dan Nasrani untuk menjatuhkan empayar Islam suatu masa dulu bukanlah dari luaran tetapi dari dalaman.. Mengapa kita masih belum sedar yang anasir-anasir ini telah lahir didalam masyarakat kita.

13 Mei memberi satu tamparan kuat kepada kaum Cina di Malaysia.. Apakah akan ada peristiwa seperti 13 Mei yg mana Melayu sesama Melayu pula yang berperang disebabkan berlainan fahaman?
Para Ulama dan para Wali pada zaman dahulu bertanggungjawab bagi mengIslamkan manusia pada zaman itu.. Seharusnya para Ulama pada zaman sekarang adalah mengIslamkan orang Melayu yg telah jauh terpesong dari landasan yang sebenarnya, tetapi dimanakah mereka ini semua???? Dimanakah nilai Ilmu yang tinggi pada Ulama zaman sekarang???


Wallahualam...

Khamis, 13 Mei 2010

Pada masa ini aku mencari sejarah Tuan Ngah Impol di Malim Nawar... Sesiapa yg tahu tolong post infor dia.. Sekian terima kasih..

Assalamualaikum...

Aku rasa-rasa nak mula simpan sejarah dan salasilah tokoh-tokoh ulama dulu-dulu.. Sesiapa yg tahu tentang sejarah dan ilmu TUAN NGAH IMPOL dan A. TALIB NAIM AL HAJ AS SAUPI tolong beritahu aku... Makam Tuan Ngah Impol di Malim Nawar bersebelah Sg. Kampar.. aku pernah ziarah tapi citer nie dh lama, cuma salasilah dia aje yg aku tak ada...

Abdul Talib Naim Al Haj As Saupi nie seorang ahli perniagaan pada suatu masa dulu.. Beliau mengajar Saufime dan makam beliau ada di Ipoh..

Aku amat berbesar hati sekiranya ada dikalangan pembaca blog ini dapat berkongsi maklumat berkenaan individu diatas bersama-sama..

Sekian, terima kasih............

Rabu, 12 Mei 2010

Firaun di zaman moden..

Assalamualaikum...

Rentetan dr en3 aku sebelum nie, aku rasa macam tak puas lg utk bercerita tentang Firaun nie.. Bagi pendapat aku yg tak cerdik nie, dizaman moden seperti sekarang masih wujud lg Firaun yg hidup bersama-sama kita. Kalau zaman dulu Firaun itu nyata boleh dilihat tetapi berbeza sedikit di zaman sekarang kerana dizaman ini Firaun itu hanya terletak pada sifat dan sikap seseorang manusia itu.. Itulah kesimpulan aku.

Kebanyakan manusia dizaman sekarang nie dah takut pada kematian sedangkan kematian itu merupakan janji kita pada Allah s.w.t. Bagaimana utk kita nk elak drpd mati? Lebih kurang dengan Firaun juga yg takut pada mati sehingga sanggup meminta supaya mayatnya diawet drpd reput, membina piramid sebagai rumah selepas kematian agar dia peroleh kehidupan baru atau supaya malaikat maut tak dpt nak cabut nyawa.. hihihihi.. orang Melayu pun dah ramai yg nak jadi lagu tu.. Bila duit banyak, rumah besaq, kereta besaq, hati pun mulalah lupa pada janji asal kita.. Takut sanggat hilang harta di dunia ini..

Persamaan yang lebih jelas ialah cubaan utk menjadi Tuhan.. Yang nie pun ramai juga yg dok ikut cuma beza dia belum ada lagi orang Melayu minta supaya diri dia disembah. Tak payah la kita cerita lebih dalam, persoalan biasa saja tentang solat.. sebenar-benar siapa yg solat?.. ada Ulama dahulu kata solat itu hanya pada niat.. lagu mana pulak tu?.. tetapi rata-rata masyarakat kita anggap bahawa diri mereka yg sembahyang dan ini akan menimbulkan sedikit sebanyak rasa riak didalam diri kalau masih belum sedaq diri.. Seperti yg pernah yg aku cerita dulu dlm en3 aku tentang kisah Tabligh..

Manusia mula hilang arah sehingga yg Hak itu sudah hilang akan kebenarannya pada mata masyarakat.. Kerana Islam itu telah bercabang2 dengan dunia dah semakin tua.. Negara Mesir pun dah mula banjir, gempa bumi, gunung berapi, buang anak, maksiat dah jadi lali kepada masyarakat kita seperti tiada siapa yg kisah lagi. Zaman aku kecik2 dulu laa.. kalau maksiat nie memang jarang2 dengaq.. kalau ada pun org panggil tangkap basah, apatah lagi kes buang anak, beranak dalam tandas..

Walau apa pun, semuanya adalah Afaal Allah s.w.t jua.. sama ada yg baik mahupun yg buruk supaya manusia itu menjadikan iktibar dari segala kejadian. Kita sebagai manusia biasa juga terhukum oleh kesalahan dan dosa masyarakat disekeliling kita. Jadi dalam perkara yg cam nie, kita sama-sama bersalah kerana kepimpinan yg ada terbukti gagal untuk menerajui negara sebagaimana kehendak Islam.. Jom la kita pikiaq sama-sama...

Wallahualam...

Rabu, 5 Mei 2010

Firaun.. awat yg hang jadi lagu tu.....

Assalamualaikum,

Firaun merupakan gelaran bagi pemerintah Mesir pada abad ke 31 SM. Bila aku tengok balik sejarah lama nie kekadang tu rasa pelik pun ada.. sedih pun ada..

Yang buat aku pelik nie pasai apa yg si Firaun ni bersifat dungu dan bagaimana dia dapat mempegaruhi manusia pada zaman itu utk menggangkat beliau sebagai pemerintah @ Raja? Apakah Firaun nie menggunakan sihir sehingga masyarakat percaya bahawa beliau adalah Raja, Pemerintah, Tuhan @ Pemimpin mereka?

Yang buat aku sedih pula, sbb Firaun nie tak sedaq diri.. pasai tu orang tua2 dok suruh kita sedar diri supaya kita kenal akan diri kita sendiri.. Nak kata tidak ada penunjuk, tak juga sbb para Rasul dh hidup pada zaman Firaun lg dan ada juga para Nabi dan Rasul yg dibunuh oleh Firaun.. Tu la pasai, sbb "ketegaq" (degil) dia jadi lagu tu..

Manusia ni (Firaun) merasakan yg dia takkan mati malah dapat menyambung kehidupan setelah kematian.. huhuhuhu hebat2.. lagi hebat dr Isa a.s yg dapat menghidupkan manusia. Apa pun kita sebagai manusia wajib muhasabah diri.. wajib menggenal diri bukan untuk tujuan kuat tapi sekadar sedar akan hakikat kehidupan kita. Apabila manusia itu tidak kenal diri maka pelbagai masalah akan timbul kerana dalam sedar atau tidak manusia itu akan bersikap seperti Firaun yg cuba untuk menjadi Tuhan..

Sejarah telah mengajar kita, walaupun Firaun dapat membina Piramid yg gah besar sehinggakan manusia zaman sekarang masih benggong memikirkan kaedah dan teknologi Firaun nie tapi pada hakikatnya Firaun itu tetap tidak dapat kekal. Kemana perginya Firaun? Tetap akan kembali kpd Allah s.w.t juga.. Apa yg Firaun boleh bawa setelah kematiannya? Tarak apa.. hanya Allah s.w.t yg meninggalkan kpd kita lipatan sejarah supaya manusia itu sedar akan kebodohan diri sendiri..

Wallahualam....

Yahudi musuh Islam