Member Aku:

Sabtu, 22 Mei 2010

Nafsu...

Assalamualaikum,


Nafsu merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Besar lagi Maha Sempurna, maka pada setiap mahluk itu diberikan NAFSU supaya mahluk itu mempunyai KEHENDAK dan kehidupan mahluk itu akan terus berkembang.

Pada dunia hari ini kita dapat melihat manusia yg mempunyai nafsu yg luar biasa sehingga mampu mengatasi kelebihan yg ada pada ILMU/AKAL. Mengapa ini terjadi? Adakah disebabkan dunia dan sejenis penyakit yg sememangnya telah ada pada manusia iaitu LUPA.. Apabila dunia itu jadi rebutan dan ditambah dengan sifat PELUPA maka tidak hairanlah jika Nafsu dpt mengatasi Ilmu seseorang manusia itu kerana mereka akan menjadi pelupa pada janji asal/tujuan kehidupan didunia ini.

Hari ini ramai yg cerdik pandai, tetapi kesejahteraan dalam kehidupan itu tiada nilai lagi. Hasad dengki, bermusuh sesama sendiri, fitnah menjadi biasa, hukum bukan lagi penghalang dan masing-masing mempunyai hujah tersendiri bagi menegakan kebenaran dalam setiap perkara yg dilakukan. Ini berlaku adalah disebabkan demi untuk mengcapai kehendak nafsu itu sendiri.


Dia salah, mereka salah, itu tak betul, semua itu menjadi batu ukuran dalam kehidupan manusia.
Mengapa tidak kita melihat kepada keindahan kejadian Tuhan yg Maha Sempurna ini?
Mengapa kita tidak membetulkan pada perkara yang salah?
Mengapa kita harus menghukum sehingga hukuman itu menjadi permusuhan sesama kita?
Idealogi Yahudi dan Nasrani untuk menjatuhkan empayar Islam suatu masa dulu bukanlah dari luaran tetapi dari dalaman.. Mengapa kita masih belum sedar yang anasir-anasir ini telah lahir didalam masyarakat kita.

13 Mei memberi satu tamparan kuat kepada kaum Cina di Malaysia.. Apakah akan ada peristiwa seperti 13 Mei yg mana Melayu sesama Melayu pula yang berperang disebabkan berlainan fahaman?
Para Ulama dan para Wali pada zaman dahulu bertanggungjawab bagi mengIslamkan manusia pada zaman itu.. Seharusnya para Ulama pada zaman sekarang adalah mengIslamkan orang Melayu yg telah jauh terpesong dari landasan yang sebenarnya, tetapi dimanakah mereka ini semua???? Dimanakah nilai Ilmu yang tinggi pada Ulama zaman sekarang???


Wallahualam...

2 ulasan:

zakir932 berkata...

assalamualaikum

mungkin ada ulama yang hanya suka melihat dari dalam tempurung ajer kerana ianya terlupa bagaimana nak melihat dari mata burung

hentian berkata...

IM ingat-ingat lupa peristiwa 13 Mei. Yang masih boleh dibayang ialah pemuda-pemuda kampung IM mengasap keris di gelanggang takraw...

Yahudi musuh Islam