Member Aku:

Rabu, 5 Mei 2010

Firaun.. awat yg hang jadi lagu tu.....

Assalamualaikum,

Firaun merupakan gelaran bagi pemerintah Mesir pada abad ke 31 SM. Bila aku tengok balik sejarah lama nie kekadang tu rasa pelik pun ada.. sedih pun ada..

Yang buat aku pelik nie pasai apa yg si Firaun ni bersifat dungu dan bagaimana dia dapat mempegaruhi manusia pada zaman itu utk menggangkat beliau sebagai pemerintah @ Raja? Apakah Firaun nie menggunakan sihir sehingga masyarakat percaya bahawa beliau adalah Raja, Pemerintah, Tuhan @ Pemimpin mereka?

Yang buat aku sedih pula, sbb Firaun nie tak sedaq diri.. pasai tu orang tua2 dok suruh kita sedar diri supaya kita kenal akan diri kita sendiri.. Nak kata tidak ada penunjuk, tak juga sbb para Rasul dh hidup pada zaman Firaun lg dan ada juga para Nabi dan Rasul yg dibunuh oleh Firaun.. Tu la pasai, sbb "ketegaq" (degil) dia jadi lagu tu..

Manusia ni (Firaun) merasakan yg dia takkan mati malah dapat menyambung kehidupan setelah kematian.. huhuhuhu hebat2.. lagi hebat dr Isa a.s yg dapat menghidupkan manusia. Apa pun kita sebagai manusia wajib muhasabah diri.. wajib menggenal diri bukan untuk tujuan kuat tapi sekadar sedar akan hakikat kehidupan kita. Apabila manusia itu tidak kenal diri maka pelbagai masalah akan timbul kerana dalam sedar atau tidak manusia itu akan bersikap seperti Firaun yg cuba untuk menjadi Tuhan..

Sejarah telah mengajar kita, walaupun Firaun dapat membina Piramid yg gah besar sehinggakan manusia zaman sekarang masih benggong memikirkan kaedah dan teknologi Firaun nie tapi pada hakikatnya Firaun itu tetap tidak dapat kekal. Kemana perginya Firaun? Tetap akan kembali kpd Allah s.w.t juga.. Apa yg Firaun boleh bawa setelah kematiannya? Tarak apa.. hanya Allah s.w.t yg meninggalkan kpd kita lipatan sejarah supaya manusia itu sedar akan kebodohan diri sendiri..

Wallahualam....

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam