Member Aku:

Sabtu, 10 Mac 2012

Politik vs Pembinaan Ummah

Assalamualaikum,

Hari ini rata-rata diantara kita sibuk berbicarakan tentang politik semasa tanah air. Bagi mereka yang terlalu taksub sudah pasti yang kelihatan pada pandangan mereka adalah kelemahan dan kehinaan pihak lawan. Sedar atau tidak pada hari ini kita hanya berlawan dan menentang semasa kita sahaja sedangkan masyarakat yang bukan Islam berpegang teguh dengan pendirian mereka supaya Malaysia ini dapat di pecah belah seperti mana pecahnya kekuatan empayar Othmaniah suatu masa dulu.

Bukan nak menyokong mana-mana pihak tetapi lewat hari ini kita boleh melihat masyarakat Islam dan bangsa Melayu semakin lemah disebabkan 'kemabukan' politik.

BN semakin tempang dengan kecelaruan dalaman yang berpuak-puak dan masalah rasuah tidak dapat dihapuskan 100%. Manakala PR juga tempang disebabkan DAP adalah parti yang tidak akan menerima Islam 100%.

Andaikata pihanraya pada bulan 5 atau 6 ini di menangi oleh PR,siapakah bakal akan jadi PM? Dan siapa pula akan jadi TPM? Adakah PM kita nanti dari parti PAS? Itu adalah amat mustahil sekali. Jika PM kita yang baru nanti dari PKR, adakah PKR berani untuk melaksanakan hukum Islam sepenuhnya? Juga mustahil kerana sudah pasti PKR akan menjaga sensitiviti DAP untuk sokongan akan datang. Jika calon PM kita tak dapat putuskan, apatah lagi untuk jawatan TPM.

Kerapuhan PKR adalah disebabkan tiada perjanjian asas dalam pembahagian kuasa jika Pakatan ini dapat menawan Putrajaya malah corak pentabiran akan semakin teruk dari BN dalam pembahagian kuasa. Apakah PAS sedar tentang perihal ini? Mungkin tidak, kerana keasyikan untuk menawan Putrajaya menjadi agenda utama mereka dan bukan corak pemerintah akan datang. Apakah kita sedar yang PAS bersendirian tidak akan berjaya mencapai objektif politik mereka. Jangan cuba berani bermain dengan api jika persedian kita hanya untuk jangkamasa pendek sahaja.

BN sememangnya tidak akan bertahan juga oleh disebabkan rasa tidak puas hati rakyat dalam banyak pekara. Rasuah adalah masalah utama kita selain dari masalah sosial yang lahir didalam masyarakat Melayu.

Apa yang penting pada hari ini kedua-dua parti utama ini (PAS dan UMNO) melihat kepimpinan untuk 20 tahun akan datang atau 50 tahun akan datang. Bermula hari ini juga mereka seharusnya berusaha melahirkan generasi baru masyarakat Melayu yang faham dan berpegang teguh pada Islam. Jawapan yang sebenar adalah melahirkan generasi Islam semula yang jitu dan kuat, kerana Islam adalah jawapan untuk semua permasalahan.

Sekiranya kita masih berpegang dengan pendapat sendiri yang dirasakan benar maka amat rugi jika masyarakat kita terus hanyut dalam kecelaruan dalam membina jati diri Islam yang sebenar.
Sama-samalah kita fikir dan sama-samalah kita pilih nanti....

Ahad, 26 Februari 2012

Tahun Baru dengan Azam Baru

Assalamualikum,

Dari Disember 2011 sampai ke hari ini jadual aku terlalu padat sehingga nak meluangkan masa utk menulis pun tak de. Bukan setakat tak de masa malah idea pun tak de kerana kepenatan dok mengumpul dunia nie yang tak pernah cukup-cukup.

Hari ini aku dah jadi tokey kedai makan. Aku nak kongsi serba sedikit berkenaan pengalaman aku agar ianya dapat dirakam dlm blog nie. Mana tau satu hari nanti kalau aku dah tak ada mungkin anak cucu aku masih dapat membaca tentang pengalaman hidup aku disini.

Permulaan meniaga nie memang susah, bermula jam 9.00 pagi sampai ke 10.30 mlm dok jaga kedai dah jadi cam Bangla. Nasib aku baik kerana sentiasa ditemani oleh seorang isteri yang tidak pernah kenal erti kesusahan bersama aku. Terima kasih aku ucapkan kerana dirimu begitu bermakna buatku.

Perancangan awal dah ada cuma persediaan tu ter'kurang cikit.. hihihi...
Hampir sebulan aku dan isteri bekerja lebih 12 jam sehari namun hasil pendapatan masih tidak berbaloi. Namun kami terus berusaha untuk mencuba nasib agar usaha kami membuahkan hasil suatu hari nanti.

January 2012 baru aku dapat 2 orang pekerja. Barulah boleh isteri aku uruskan rumahtangga seperti biasa... (klu tak rumah dah macam tongkang pecah) Namun dugaan dan cabaran terus menguji tahap kesabaran aku dengan sikap 2 org pekerja lelaki nie.. Pening kepala dibuatnya.. Suruh datang pukul 2, dia datang pukul 4 ptg... Suruh masuk pagi, dia datang tengahari.. aduhhhh... Ya Allah Engkau lebih mengetahui... tup..tup dah cuti pulak ikut suka ajee... Ada pulak satu ari tu datang keje kul 5 ptg pas tu kul 7 mlm minta nak balik plak... Kekadang tu dah jadi cam aku sorang jee yang keje kat kedai tu...

Feb. 2012... Aku ambik 3 org pekerja pompuan pulak... Yang jantan 2 org tu aku minta dia orang cari keje lain laaa... Ada diorg pun cam x de... Bila ada pekerja pompuan nie baru la aku dapat rehat cikit.. Segalanya berjalan dengan baik cuma "sales" aje yang masih kureng ckit.. Namun aku akan cuba untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada.. Aku tetap bersyukur kepada Allah s.w.t sekurang-kurangnya bebanan kerja aku dah kurang cuma aku berdoa agar perniagaan aku nie terus maju dimasa hadapan.. Korang yang sesama baca blog aku nie pun tolonglah doakan untuk kejayaan aku juga yee...

Wassalam...

Yahudi musuh Islam