Member Aku:

Rabu, 28 Oktober 2009

Aku bukan orang politik....

Salam,


Ketua cawangan pn bukan, ketua bahagian pn bukan, ketua pemuda pn bukan, ketua makan minum pn bukan... aku pn tak pernah daftar dengan mana2 parti politik sehingga hari ini. Aku bukan penyokong parti politik namun harus diingat bahawa aku adalah salah seorang pengundi di antara berjuta pengundi di Malaysia....

Disebabkan arena politik maka agama itu dipermainkan baik dari pihak PR mahupun BN. Tuan Guru kata orang UMNO kafir..yang UMNO pulak petikai statement PAS.. nape Dato' Nik Aziz tu tuhan ke?

Alamak korang ni cam lembu...............

UMNO adalah parti politik orang Melayu yg tak sedar diri dan sehingga ke hari ini pun masih banyak kekurangan baik dalam urusan pentadbiran negara mahupun pelaksanaan pelembagaan negara. Akhirnya agama Islam itu sudah tiada nilai dan dengan mudah dipermainkan seperti negara2 sekular dan nasionalisme yang lain didunia.

PAS pula sebuah parti Islam yg mana hasrat dan tujuan mereka adalah untuk menegakkan agama Allah sebagai undang2 negara dan pelembagaan berlandaskn Al Quran dan Hadith.

Kalau dilihat dari kedua cabang fahaman politik yg berbeza ini dan dalam masa yg sama mereka mengakui bahawa mereka berkongsi Tuhan yang sama. Sejarah telah mengajar tetang apa yg terjadi kepada salah sebuah empayar kerajaan Islam yg terbesar dan terkuat didunia suatu masa dulu hasil peninggalan Rasulullah s.a.w.

Apakah kita lupa pada sejarah?
Apakah yg ada dari peninggalan empayar itu?
Haruskah kita terus mabuk dan lalai bersama arus pembangunan?
Apa yg negara Islam sekarang boleh buat bagi membantu negara Palestin?


Zaman sekarang negara Islam dunia hanya mampu melihat kekejaman yg berlaku di Palestin. Kerana Palestin bukan hanya bermusuhan dengan Yahudi laknat tetapi mereka juga memusuhi sesama parti politik mereka. Ada persamaan dengan Malaysia tak?

Selepas Rasulullah s.a.w wafat, tiada sorang sahabat pn yg sanggup untuk menjadi khalifah kerana mengenangkan tanggungjawab yg harus dipikul. Hari ini orang berebut nak jadi khalifah siap mempromosi diri lagi.

Kepada penyokong-penyokong PAS jangan dok buat kacau lagi.. Sebab hari ini di Perak, Persidangan DUN akan dibuka. Sekarang ni kita tak kisah la siapa pun speaker dan apa yg mampu kita buat? Kalau undang-undang makamah boleh dijual beli, so kita nak buat kecoh apa lagi. Walau pada hakikatnya segala perjalanan kerajaan UBN tak betul. Semua orang tahu. Berdoa semoga pilihanraya akan datang PAS dapat memerintah kerajaan Malaysia dan aku yakin kepada PAS akan berjaya.

Kepada penyokong-penyokong kerajaan UBN.. buat masa ni korang boleh la kaut segala kekayaan yg korang mampu.. Buat la kerja yg tak betul... Segala kes berprofil tinggi korang bleh la mula tutup siap2.. Korang pengaruhlah para mufti dan ulama dunia.. Sementara korang ada masa. Insya Allah kerana kebenaran itu tetap akan datang kpd setiap mahluk baharu dan sesungguhnya Tuhan tidak pernah b'sikap kejam kpd mahluk melainkan mahluk itu yg melakukan kekejaman pada diri mereka sendiri.


"Pelakuan UMNO pasti akan memakan diri sendiri"

Selasa, 27 Oktober 2009

Hikayat tiga bedul

Salam,


Minta nyawa...minta nyawa..minta nyawa... wakakakakaka

Lawak btul, tapi dlm lawak ada kebenaran kerana manusia dari dulu sampai sekarang memang dok minta nyawa supaya dipanjangkan usia agar dapat menikmati kehidupan didunia yang penuh penipuan ini..

Dialog diatas aku ambik dari cerita Tiga Abdul arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dari usia kecik sampai la sekarang memang aku suka tengok citer beliau yang penuh dengan mesej yang tersendiri.

Rentetan dari entry aku "Babi dalam makanan" hari ni, aku nak citer tentang hikayat tiga bedul... huhuhuhu... citer dia sama dengan tiga abdul cume citer ini aku sendiri yang karang..wakakakaka...

Manusia sentiasa tamak.. tamakkan harta kebendaan yang menjurus kepada kekufuran... kenapa??? Kerana mereka tidak pernah b'syukur dengan nikmat yang Allah s.w.t telah berikn?. Atau mungkin fakto kesibukan membuat manusia lupa kepada kejadian dan matlamat kejadian manusia di muka bumi ini?.

Materialistik merupakan salah satu penyebab yang membolehkan manusia itu melalukan apa saja pekerjaan walaupun ianya bertentangan dengan akidah umat Islam. Apa yang nak dihairankan pada zaman yang serba canggih ini perbuatan maksiat telah menjadi rencah dalam kehidupan kita.. So apa nak hairan kalau ada sang isteri yang sanggup meninggalkan suami tanpa keizinan demi memenuhi kehendak sendiri untuk mencari kesenangan.. Adakah menjadi keganjilan jika orang yang kaya semakin kaya dan miskin terus miskin? Pecah amanah, rasuah, tiada kejujuran dan tiada jati diri menjadi satu virus baru didalam kehidupan manusia yang dikatakan semakin maju. Namun adakah kita sedar tentang pekara ini?

Sanggupkah manusia itu hidup dalam kemiskinan? Pastinya tidak... kerana kemiskinan juga boleh membawa kepada kekufuran. Itulah kata-kata mereka yang jahil dan buta kepada kebenaran tentang kejadian oleh Allah s.w.t. Jika pada diri manusia itu tidak diisi dengan benteng ketahanan yang kuat maka sememangnya kemiskinan membawa kepada kekufuran. Menurut pengarang Tuhfath al-Ahwazi Syarh Jami` Tirmizi ketika menghuraikan hadis ke 3525 Tirmizi, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu`aim dalam al-Hilyah daripada Anas sebagaimana tersebut dalam al-Jami` al-Saghir. Al-Munawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa sanadnya adalah amat lemah (wahin). Al-Qari pula mentafsirkan kefakiran itu sebagai kefakiran jiwa dan hati bukannya kefakiran harta. Kefakiran jiwa sememangnya membawa kepada kekufuran.


"Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian." (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no
2924)


NANTIKAN SAMBUNGAN 'HIKAYAT TIGA BEDUL' DI EPISOD AKAN DATANG

"JANGAN MARAH HAA.. NANTI KENA JUAL DAN SEGALA HARTA ANDA AKAN DIRAMPAS"

Sabtu, 24 Oktober 2009

Najib semakin matang...BAJET2010

Salam,




Dalam kemelut politik yang tak menentu baik di pihak BN mahupun di pihak PR.. Namun semalam Datuk Najib kita telah membuat satu perubahan pandangan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan beliau..

Belanjawan yang dibentang oleh beliau semalam di Parlimen menampakan kematangan beliau didalam arena politik negara. Oleh kerana rata-rata rakyat merasakan beberapa barangan akan dinaikan harga berikutan kenaikan cukai dan duti kastam namun belanjawan semalam menafikan dakwaan yang seumpama itu. Mungkin beliau juga memahami keadaan politik dalaman BN yang semakin tenat dan mula ditolak oleh rakyat maka diharap belanjawan semalam dapat menambat hati rakyat semula.

Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak:

* RM100 juta untuk kegunaan dalam bidang pendidikan sahaja dimana 48juta bagi mengubah kemudahan & kurikulum pra sekolah, 32juta bagi meningkatkan kadar literasi & numerasi bagi murid-murid Tahun 1 dan 20juta lagi bagi meningkatkan pretasi sekolah tinggi dan geran autonomi kepada pengurusan sekolah bagi melahirkan pelajar cemerlang.

* Pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan individu drpd 27% kpd 26%.

* Pelepasan cukai peribadi dinaikkan drpd RM8,000.00 kpd RM9,000.00.

*Peningkatan dalam pelepasan cukai peribadi sebanyak RM6,000.00 yg disumbangkan kpd KWSP dan premium insuran nyawa kpd RM7,000.00.

* Pelepasan sebanyak RM1,000.00 yg diberi dalam skim pembayaran premium anuiti kpd syarikat-syarikat insurans.

* Pelepasan cukai bagi langganan jalur lebar sebanyak RM500.00.

* Menyediakan klinik kesihatan didalam komuniti perumahan.

* Pengurangan defisit negara.

Manakala terdapat juga cukai yang diperkenalkan semula seperti:

* Cukai pendapatan hartanah.

* Cukai perkhidmatan kad kredit & kad caj sebanyak RM50.00 dan RM25.00 setahun.

Walau bagaimana pun pelaksanaan saluran pembelanjaan selepas ini yang memainkan peranan kerajaan untuk membuktikan ketelusan yang mana "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Jika pelaksanaan saluran belanjawan masih mengikut trend lama, maka rakyat tetap akan terus menolak UBN dimasa hadapan.

Namun jika dilihat kembali kepada belanjawan PakLah untuk 2009 terdapat satu peruntukan sebanyak 35 bilion untuk sekto perkhidmatan pengangkutan awam bagi tempoh 2009 sehingga 2014. Pada hari ini sekto pengangkutan awam yang masih tidak menunjukan tanda-tanda penambah baikan?.

Najib seharusnya memberi penerangan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi kerana didalam pembentangan bajet2010 tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan penukaran corak ekonomi dari 'lowage' kepada 'high income economi'?. Pada 23 Okt lalu, kerajaan bersama MIER dalam peringkat akhir kajian bagi pelaksanaan dan implikasi GST kpd rakyat.


"MASIH TERDAPAT TANDA TANYA DALAM PELAKSANAAN BELANJAWAN 2010"

Jumaat, 9 Oktober 2009

Babi dalam makanan... (Part 2)

Salam,



Dewasa ini kekadang kita dh tak kisah tentang halal/haram dalam permakanan harian.. Manusia sentiasa sibuk dari awal bangun tidor sehingga sampai waktu tidor.. Masing-masing sibuk untuk mencari kehidupan yang selesa diatas dunia yang fana ini.


Mungkin disebabkan kesibukan yang amat sangat maka kita mula lalai dan mengambil mudah dalam bab permakanan..asalkan ada tanda halal maka boleh la kita bedal.. Baru-baru ini aku gi ke pasaraya dgn famly aku dan amat mengejutkan bila aku periksa makanan ringan dan beberapa jenama coklat terkenal.. rupe-rupenya kebanyakan makanan tu tak halal..


Aku dah tak tau nak kata apa lagi.. sedangkan selama ini makanan-makanan itu menjadi santapan aku suatu masa dulu. Kenapa pihak kerajaan tak betul-betul mengambil berat dalam isu pemakanan ini..?? Kalau betul nak jadikan Malaysia sebagai negara Islam maka kerajaan wajar melihat akan permasalahan ini secara mendalam.. Jangan dok ambik mudah. Makanan itu akan bertukar manjadi darah daging kita.



Permasalahan sosial sekarang ini pun berpunca dari permakanan yang tidak halal...

"Jakim jangan dok jadi Jakun, lakukan sesuatu"

Khamis, 8 Oktober 2009

Babi dalam makanan


Salam,

Hahahaha... dah memang betul babi buat ape nak sorok.. cume kekadang tu ramai yang tak tahu dan tak sedar.. setahu aku memang babi..dan babi..

Ni aku nak citer tentang babi.. walaupun haiwan ini adalah mahluk Allah s.w.t tetapi ia adalah haiwan yang bernajis atau haram kepada umat Islam... mungkin zaman berubah kekadang orang tak berapa kisah sangat bab halal/haram.. bagi aku adalah wajib untuk aku memberitahu setakat yang aku tahu supaya dapat dimanafaat oleh umat Muhammad yang lain..
Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya. Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Di bawah ini aku senaraikan 'E-CODES' yang diperolehi daripada Syeikh Sahib yang bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan:
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481,E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Rabu, 7 Oktober 2009

AWAS haram kalau disentuh...

Salam,



Cantik tak?

Tapi sebelum beli tengok bahagia dalam dulu...

Terdapat bintik-bintik dalam bentuk segi tiga... tahukah anda bahawa kasut ini diperbuat dari kulit babi??

Kalau shopping tu kena tengok-tengok sama, takut nanti barangan yang kita pakai memang branded tapi pada hukum adalah haram kerana dihasilkan dari bahan yang haram..

Berhati-hati di pasaraya...

Khamis, 1 Oktober 2009

Mana nak cari yang lagu nie...???

Salam,

Setelah sebulan kita berpuasa dan telah pun kita menyambut hari kemenangan iaitu Aidilfitri.. Aku tak mau sentuh apa-apa cerita.. cuma nak korang tengok gambaq kat bawah nie kot-kot ada insan yg dalam gambaq tu korang kenal..






Apa punya Menteri Besaq laa..ada ka patut dok pi tolak lori tu... ish..ish..ish.. biaq pi la tayar lori tu terbenam...

hahahahahahaha....itulah bukti pemimpin berjiwa rakyat.. walaupun gelaran Dato' Sri tapi disebabkan rasa tanggungjawab.. pangkat dan kedudukan dah tak dak makna.. Dato' Sri Ir Nizar memang ada tokoh sebagai pemimpin dan pemimpin yang macam nie kalau pi perang dia takkan lari tinggal askar utk selamatkan diri tapi dia akan bersama tenteranya hingga titisan darah terakhir...


"Aku bangga pemimpin PAS yang berhemah sebegini"

Yahudi musuh Islam