Member Aku:

Rabu, 28 Oktober 2009

Aku bukan orang politik....

Salam,


Ketua cawangan pn bukan, ketua bahagian pn bukan, ketua pemuda pn bukan, ketua makan minum pn bukan... aku pn tak pernah daftar dengan mana2 parti politik sehingga hari ini. Aku bukan penyokong parti politik namun harus diingat bahawa aku adalah salah seorang pengundi di antara berjuta pengundi di Malaysia....

Disebabkan arena politik maka agama itu dipermainkan baik dari pihak PR mahupun BN. Tuan Guru kata orang UMNO kafir..yang UMNO pulak petikai statement PAS.. nape Dato' Nik Aziz tu tuhan ke?

Alamak korang ni cam lembu...............

UMNO adalah parti politik orang Melayu yg tak sedar diri dan sehingga ke hari ini pun masih banyak kekurangan baik dalam urusan pentadbiran negara mahupun pelaksanaan pelembagaan negara. Akhirnya agama Islam itu sudah tiada nilai dan dengan mudah dipermainkan seperti negara2 sekular dan nasionalisme yang lain didunia.

PAS pula sebuah parti Islam yg mana hasrat dan tujuan mereka adalah untuk menegakkan agama Allah sebagai undang2 negara dan pelembagaan berlandaskn Al Quran dan Hadith.

Kalau dilihat dari kedua cabang fahaman politik yg berbeza ini dan dalam masa yg sama mereka mengakui bahawa mereka berkongsi Tuhan yang sama. Sejarah telah mengajar tetang apa yg terjadi kepada salah sebuah empayar kerajaan Islam yg terbesar dan terkuat didunia suatu masa dulu hasil peninggalan Rasulullah s.a.w.

Apakah kita lupa pada sejarah?
Apakah yg ada dari peninggalan empayar itu?
Haruskah kita terus mabuk dan lalai bersama arus pembangunan?
Apa yg negara Islam sekarang boleh buat bagi membantu negara Palestin?


Zaman sekarang negara Islam dunia hanya mampu melihat kekejaman yg berlaku di Palestin. Kerana Palestin bukan hanya bermusuhan dengan Yahudi laknat tetapi mereka juga memusuhi sesama parti politik mereka. Ada persamaan dengan Malaysia tak?

Selepas Rasulullah s.a.w wafat, tiada sorang sahabat pn yg sanggup untuk menjadi khalifah kerana mengenangkan tanggungjawab yg harus dipikul. Hari ini orang berebut nak jadi khalifah siap mempromosi diri lagi.

Kepada penyokong-penyokong PAS jangan dok buat kacau lagi.. Sebab hari ini di Perak, Persidangan DUN akan dibuka. Sekarang ni kita tak kisah la siapa pun speaker dan apa yg mampu kita buat? Kalau undang-undang makamah boleh dijual beli, so kita nak buat kecoh apa lagi. Walau pada hakikatnya segala perjalanan kerajaan UBN tak betul. Semua orang tahu. Berdoa semoga pilihanraya akan datang PAS dapat memerintah kerajaan Malaysia dan aku yakin kepada PAS akan berjaya.

Kepada penyokong-penyokong kerajaan UBN.. buat masa ni korang boleh la kaut segala kekayaan yg korang mampu.. Buat la kerja yg tak betul... Segala kes berprofil tinggi korang bleh la mula tutup siap2.. Korang pengaruhlah para mufti dan ulama dunia.. Sementara korang ada masa. Insya Allah kerana kebenaran itu tetap akan datang kpd setiap mahluk baharu dan sesungguhnya Tuhan tidak pernah b'sikap kejam kpd mahluk melainkan mahluk itu yg melakukan kekejaman pada diri mereka sendiri.


"Pelakuan UMNO pasti akan memakan diri sendiri"

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam