Member Aku:

Rabu, 29 Julai 2009

Cour internationale de justice

Salam,




Apa lagii...hehehehehe...
Ini kisah kerajaan negeri Kelantan yang dikatakan akan membawa isu minyak ke Mahkamah Antarabangsa...huhuhuhu

Tu pasal...kalau betul jadi memang gempak satu dunia tentang isu blackgold di Kelantan.. Apa la salahnya kalau isu ni kita settle secara dalaman.. Tak payah laa sampai ke ICJ, Netherland.

Kalau dah hak orang tu tetap hak orang... tak payah dok tahan-tahan lagi.
Bayar saje royalti kepada negeri Kelantan dan biaq PAS yang agihkan duit tu untuk rakyat dia. Takkan la PAS pun nak songlap duit rakyat...

Kesian dengan rakyat Kelantan dah berkurun-kurun dok tunggu duit royalti minyak...



Selepas ni kalau ada pulak individu yang tak pueh hati dengan mahkamah di Malaysia boleh rujuk kes-kes dia orang ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang mana kedua-dua mahkamah ni mempunyai bidang kuasa global......

IKLAN: Nasi Ganja....

Salam,




Ipoh, 23hb. July 2009. Terdapat sebuah kedai mamak di bandaraya Ipoh ni ada jual ganja...ehh silap nasi ganja...biar betoll... iyeee... betul.

Hahahahaha...itulah salah satu kelebihan Ipoh, sebab kat sini bukan setakat ketagih ganja saja malah ganja tu boleh dimakan dengan nasi... hehehehehehe. Kepada sesiapa yang baca 'infor' aku nie boleh survey la kalau datang ke Ipoh. Memang rugi kalau korang tak cuba makan nasi ganja Ipoh.


Okey, restoran ni asalnya berada didalam sebuah kedai kopi Cina terletak di Jalan Yang Kalsom yang menjadi tarikan ialah kuah special nasi ganja dan ayam masak merah.
Kalau tengahari kedai dia kena beratur sampai ke jalan. Aku tak tipu, kalau tak caya datang la ke Ipoh tengok sendiri. Kedai nasi ganja ni memang famous kat Ipoh.



Oleh kerana lokasi kedai ni dekat dengan Balai Polis Pekan Baru maka nama dia pun telah ditukar kepada nama Restoran Vanggey Sdn. Bhd... hahahhaha sbb tokey takut kena tangkap.. tapi orang Ipoh rata-rata dah tau nasi ganja nak cari kat mana.

Retoran Vanggey ni aku rasa dah sampai ke generasi yang ke 3. Kalau dulu dia orang tumpang dalam kedai kopi cina tapi hari nie mereka dah ada 2 lagi cawangan. Satu dekat Greentown dan satu lagi dekat Falim.

Kepada mereka yang nk try makan nasi ganja... apa lagi mai la Ipoh.. kita pekena nasi ganja...huhuhu


Restoran Nasi Vanggey Sdn. Bhd. (810039-K)
5A, Lebuh 1,
Greentown Business Centre,
Ipoh, Perak.

Dibuka 24 jam..

Sekian.

Ahad, 26 Julai 2009

Suatu masa dulu...dulu....

Salam,


Simpang tiga Bukit Tengah, Mukim Kebun Sireh... hehehehehe... kampung aku tu.
Tempat aku dibesarkan. Kampung halaman aku, dulu-dulu kat kampung aku ada bendang (sawah). Fuhh... kehidupan yang sememang tak beri masalah langsung... Kehidupan yang simple dan sederhana.. Makan nasi berlaukkan haruan bakar cicah air asam dengan ulan kangkung rebus.. Alamakk... kena nasi panas-panas.. makan dalam pondok kat tengah bendang.. basuh tangan guna air dari ban(tali air). Lepas musim menuai.. satu kampung akan turun bendang tangkap ikan didalam lopak-lopak air yang tinggal. Ikan-ikan tu buat plak pekasam yang di simpan dalam tempayan tanah... goreng pekasam ikan sepat dengan bawang dan cili kering... lawan dengan asam pedas ikan temenung(ikan kembung) yang mak aku masak... Yaa Allahh..


Bila musim menanam pulak sama jugak.. satu kampung akan turun untuk tolong tanam padi (team work).. Tak ada masalah pun.. Belum citer bab kenduri kendara lagi.. Tapi hari ni, semua tu hanya tinggal kenangan dalam lipatan hidup aku. Bendang dah jadi kebun jagung.. anak-anak muda dah keluar kampung cam aku nie cari rezeki kat tempat orang..



Masing-masing dok kalut cari duit.. dah tak ada haruan bakar lagi..kalau ada pun nak kena beli.. tu pun mungkin haruan makan taik..hehehehehe


Kenduri kendara guna catering service... dah tak ada gotong royong... dah tak ada kenduri pakatan... jarang-jarang la orang buat kenduri cam nie kat pekan.

Musim bulan puasa...hehehehe... Ramadhan dah dekat nie.. Tak payah susah-susah pi pasar Ramadhan. Hari ni mak aku masak gulai daging...bila dah petang aku la jadi runner pusing satu kampung hantar lauk.. nanti waktu berbuka.. tu dia lauk penuh satu meja.. gulai daging rumah aku akan ada dalam hidangan setiap jemaah kampung aku.. sama jugak lauk dia orang akan ada dalam hidangan berbuka aku..hehehehehe.. sedih hati aku bila kenang balik suatu masa dulu... mana bleh aku dapat sekarang nie.. mungkin anak-anak aku langsung tak merasa pengalaman yang cam tu.

Apa yang aku nak citer ialah tentang kehidupan di kampung.. tak sama dengan kehidupan di pekan.. Di pekan manusia terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.. Yelaa...orang kampung mana tau pasai kereta mewah...rumah mewah..dll
Kehidupan orang kampung dengan bersahaja.. kalau kat rumah tak ada lauk.. pergi ke bendang cari ikan... kalau dah muak makan ikan, sembelih aje ayam yang berlambak kat belakang rumah.. Tapi kalau kat pekan semua nak kena beli... kat mana nak tangkap ikan bebb!... kat loji kumbahan ada la ikan...uwekk!!!


"Kenangan yang tak bisa dikembalikan"

Jumaat, 24 Julai 2009

Specially dedicated to my lovely wife......

Salam Sayang,

Buat yang tersayang dengan ucapan Selamat Ulangtahun Hari Lahir pada 24hb. 7. 2009..yang ke... yang ke.. yang ke.. yang ke brape ? ? ?.... hehehehe bukan aku lupe umor bini aku... saje aje tak nak bagitahu..huhuhuhu...



"Bersyukurlah kerana pada hari ini kita masih dapat menikmati kehidupan di dunia ini, walau dengan serba kekurangan dan serba kedaifan"


Jangan jadi hamba kepada dunia yang penuh dengan tipu daya...

Selasa, 21 Julai 2009

Minta sekupanggg.....

Salam,

Ada orang kerja minta sedekah, ada orang kerja menipu orang, ada orang kerja merompak, ada orang kerja gaji besauu, ada orang kerja gaji ciputt dan ada orang kerja meniaga.. huhuhuhu... tak lupa jugak, ada orang kerja goyang kaki makan pencen.
Walau apa pun pekerjaan kita, matlamatnya adalah kerana ongkos, duit, wang....

Matikah kalau tak de duit ? hehehehehehehe....

Bagi aku laa, duit hanya sekadar keperluan bukanlah satu kepentingan hidup atas dunia nie.. Tak macam nyawa yang memang perlu sebab kalau takde nyawa batang tubuh pun tak boleh gerak. Apa yang cuba aku nak katakan hanyalah sekadar pendapat.

Hairan.. hairan.. kenapa sebab duit kekadang tu manusia boleh bertindak di luar batasan. Pelik... pelik... kenapa boleh jadi macam nie? Sedih... sedih aku tengok manusia-manusia ni yang percayakan Allah s.w.t tapi dalam pekerjaan mereka dah tak kira hukum - hakam. Main belasah ajee janji ongkosnya lumayan dan boleh bergaya..

Suatu masa dulu, aku nak sangat hidup kaya raya sebab hidup aku waktu itu amat susah. Aku pun nak kereta besar, rumah besar dan keluarga besar.. hihihihi
Baru sekarang aku sedar yang semua benda tu tak penting. Alhamdullilah... shukran..
Hidup, mati, jodoh dan rezeki adalah ketentuan Tuhan. Sejauh mana kita yakin kepada ketentuanNya.

Buat apa la kalau gaji besar tapi hari-hari dok pening kepala. Duduk rumah besar tapi jual dadah. Ada kereta besar tapi kerja jual perempuan.. Aduhhh ! !
Apa yang mendorong kepada pekara ni berlaku ? ....sebab masyarakat juga. Apa taknya, kalau ada hamba Allah bawa kereta besar...fuhh cam nak keluar biji mata. Nampak aje bende-benda yang mahal mesti rasa kagum.. Itu yang membuat manusia itu berlumba-lumba untuk mendapatkan apa yang mereka katakan "yang terbaik". Akhirnya pekara itu makan diri.

Harta benda dunia tak akan membawa kepada kebaikan. Tak hairan la kalau Tok Guru Nik Aziz boleh duduk rumah kampung. Menteri Besar tu !.. Malu...malu...malu.. aku malu pada Tok Guru, kenapa aku tak boleh jalani kehidupan macam dia. Aku nak rumah besar.. rumah besar jugakkk ! !

Bangang betul aku nie... rumah kecil atau rumah besar tetap sama. Janji rumah daripada tinggal dalam kolong. High class atau low class itu istilah bagi manusia bangang yang tak kenal diri, yang tak tau asal usul diri sendiri. Apa kejadah nak kira class-class plak. Dah macam 'time' sekolah plak.

Itulah asam garam dunia.. Hidup bagaikan menongkah arus, bila kita berhenti berdayung maka kita akan hanyut. Aku betul tak pahamm.. ada yang dh tua gayut pun masih sibuk dok pikir pasal duit.. SubahanaAllah... Cukup-cukup la, dunia ni tak boleh bawa ke mati. Kepada sesiapa yang ada duit berlebih-lebih tu sedekah la cikit pada orang yang memerlukan. Tak rugi pun..

Mengapa manusia begitu taksub dengan wang ringit ? Kerana wang ringit ni takkan cukup..orang yang gaji 500, bila tanya "cukup tak gaji ?".. "mana cukup bang, sebulan 500 nak bayar rumah sewa lg, makan minum, mana boleh bang"... betul jugak..
tanya plak yang gaji 5k "cukup tak gaji kamu sekarang".."mana cukup bang, nak bayar rumah, kereta, kredit kad, bil tepon, itu, ini"... arghh ! ! !

Memang duit takkan buat manusia itu berasa cukup. Aku tak kisah la apa yang orang nak cakap pasal diri aku.. miskin ke, low class ke, tak de masa depan ke.. Aku tak kisah.. Asalkan aku tak menjadi hamba kepada dunia nie..huhuhuhu..
Kepada manusia yang mabuk dengan tipu daya dunia..biarkann.. tak merugikan aku pun. Inilah yang menyebabkan masalah rasuah samada secara langsung atau tak langsung kerana manusia sentiasa akan mencari jalan untuk mendapatkan duit.

Cuma yang aku harap bila aku mati nanti, anak-anak akulah yang menjadi harta aku untuk memelihara darah keturunan aku agar terjaga baik dari tipu muslihat dunia.. Kalau dia orang pun mabuk jugak dan buta mata hati...Nauzubillah
Aku mohon agar harta-harta aku yang ini dipelihara oleh Allah s.w.t

"Aku yang miskin, hina, papa dan daif"

Sabtu, 18 Julai 2009

KPI... harus telus dan adil.



Salam,

KPI – Key Performance Indicators (Petunjuk Prestasi Utama), KPIs are frequently used to "value" difficult to measure activities such as the benefits of leadership development, service, and satisfaction. KPIs are typically tied to an organization's strategy using concepts or techniques such as the Balanced Scorecard. Hahahahahaha…

So, apakah perlu semua pemimpin melalui proses KPI ? Demi untuk kebaikan rakyat memang perlu ada supaya penilaian dapat dibuat, bukan saja untuk para pemimpin malah untuk semua kakitangan dan penjawat kerajaan. Untuk memastikan negara menuju ke arah negara maju pada 2020, sistem yang seperti ini harus ada sejak dulu lagi.

Apa guna kalau sistem yang canggih kalau perlaksanaan tidak telus ? Ini juga merupakan satu masalah negara..hihihihi.. Siapa yang nak kita nilai, bagaimana nak menilai dan apakah mutu nilai yang dibuat jika perlaksanaan tidak telus dan adil ? Jawapannya ialah perlaksanaan KPI hanya sebagai syarat saja untuk semua orang tengok tetapi tidak memberi apa-apa faedah.

Permasalah diatas adalah untuk kita semua fikirkan bersama. Kekadang tu ada masalah yang benar masalah tapi tak ada orang yang nak ambik tahu pun…

Jika KPI ini memang telus dan adil, aku rasa kerajaan tidak akan mendapat tentangan langsung dari rakyat malah rakyat akan terus menyokong kerajaan yang telah tersedia ada.. Zaman sekarang ada pemimpin yang tinggal dirumah yang berharga puluhan juta, tak ada saper pun yang nak siasat, nak ambik tahu… Semalam ada pulak hamba Allah yang terjun bangunan dari salah sebuah bangunan yang menempatkan agensi kerajaan.. Cam ner tu ? Memang yang terjun tu ‘orang kafir’ tapi dia tetap hamba juga kerana ‘orang kafir’ dan orang Islam tu tetap dijadikan Allah s.w.t

Kalau nak cakap tentang rasuah sampai sekarang pun belum habis-habis lagi. Kemana arah tuju kita sebenarnya ?

Suatu masa dulu, orang Melayu memang berada di zaman kegelapan. Kekurangan pendidikan menyebabkan orang Melayu diperbodohkan oleh British sehingga Dato’ Onn Jaafar mula memperjuangkan hak pribumi orang Melayu.





















Akhirnya beliau sendiri tidak mendapat tempat didalam Persekutuan. Salah seorang yang mempunyai pendidikan dalam jurusan sastera Inggeris yang mula-mula memperjuangkan kemerdekaan negara.

Kesimpulan yang boleh aku buat ialah sikap tamak yang tak pernah berasa cukup dengan apa yang telah kita ada. Bersyukurlah walaupun kita hanya mampu makan nasi dengan kicap saja dan berusahalah dengan akal yang waras pastinya membuahkan kejayaan.
Kali ini aku minta agar sistem KPI harus telus dan adil demi kepentingan rakyat. Mana yang tak boleh harap harus dipancung walaupun mereka mempunyai potensi dan kita naikkan mereka yang boleh dipercayai. Kenapa kita takut memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni kita ?

Walau apa pun, yang penting bagi aku adalah kemajuan negara dan kesejahteraan. Kekadang bila kita dahaga, pasti kita ke kedai untuk minum. Bila sampai ke kedai kita dah jadi keliru, air apa pulak yang kita nak minum.. sedangkan pada hakikatnya kita hanya perlu air untuk hilangkan dahaga walaupun dengan air sejuk..tetapi disebabkan nafsu kita 'terlupa' tujuan asal kita ke kedai untuk apa ? ? ?


"Kesempurnaan manusia itu adalah disebabkan diri, nafsu, akal dan nyawa"

Rabu, 15 Julai 2009

Tabligh ooh tabligh..jangan terbalik ! ! !


Salam,

Semalam aku minum dengan kekawan, secara tak sengaja terbuka topik Tabligh. Aku pun teringat kembali pengalaman satu masa dulu ketika aku di Pasir Gudang, Johor. Bukan nak mengutuk sesaper kerana niat aku cuma nak kongsi pengalaman apa yang pernah aku lalui selama hidup atas muka bumi ni..

Tabligh, kalau tak silap aku ia diasaskan oleh seorang Maulana yang bernama Maulana Muhammad Ilyas Khandalawi dari India dalam tahun 1920an. Aku tak ingat sangat tapi lebih kurang cam tu la.

Satu hari aku ke Pasir Gudang atas urusan kerja. Bila masuk waktu solat Asar aku pun cari la surau ke masjid untuk berjemaah. Kebetulan aku jumpa sebuah surau kat area perumahan, so aku pun berjemaah sekali. Lepas selesai aje solat Asar, aku pun lepak la kejap kat anjung surau tu dan aku ternampak satu group Tabligh (khuruj) kat satu sudut anjung tu.

Disebabkan aku sesorang aje, aku pun ambik la rokok dari poket ingat nak hisap sebatang lepas tu nak balik sambung kerja aku. Belum sempat aku nak cucuh rokok, tetiba aku dengar bunyi piss…piss…piss… Aku pun toleh. Oooo rupa-rupanya salah sorang Karkun panggil aku. Disebabkan cara dia panggil aku tak betul, aku pun buat bodoh dan terus aku nyalakan api. Kali ni aku dengar suara pulak …hoii..hoii. Oleh disebabkan panas telinga aku dengar panggilan yang cam tu, aku pun tak jadi nak cucuh rokok. Save duit aku, time itu rokok DUNHIL sebatang 35sen. Aku terus menuju ke arah Karkun yang tak ada bahasa tu dengan serban kat kepala dan mata bercelak.

“Assalamualaikum” sapa aku.

“Walaikumsalam” jawab Karkun tu dan jemaah dia.

“Nape bang panggil saya. Saya ada buat salah ke?”

“Ini tempat beribadat, tak boleh hisap rokok sebab haram. Dah la datang surau tak bersembahyang lepas tu nak buat bende yang haram pulak” kata si Karkun tu..

Fuhhh… berdesing telinga aku dengar kata-kata dia. Mula la aku nak bertukar rupa jadi gaban..huhuhuhu.. Aku tengok ke dalam mata dia dan akhirnya…

“Hanya sifat yang layak menyembah Zat. Memang tak ada manusia yang mampu bersembahyang tanpa Afaaltullah” balas aku. Lantas aku pun bangun belah tinggalkan karkun-karkun yang bangang tu dalam keadaan terpinga-pinga.

Disini aku nak katakan, apa ilmu pun yang kita ada jangan pandang rendah pada orang lain sebab kekadang tu kita nampak seseorang tu macam gila tapi mana tahu dia tu bertaraf Wali…huhuhu

Bukan aku nak kondem Jemaah Tabligh ni. Apa yang cuba dia orang usahakan tu bagus. Cuma kekadang tu ada sesetengah jemaah terlalu taksub sangat yang akan membuat dia rasa dia lebih bagus dari manusia yang lain.
Zaman sekarang ni mana ada orang buat aktiviti macam Tabligh buat seperti Khuruj, Ta’lim, Jaulah, Bayan, Mudzakarah, Karkuzari dan Musyawarah. Aku akui semua tu benar dan bagus demi memperjuangkan agama. Imam Al Ghazali ada menulis dalam sebuah kitab Ilyah Ulumuddin.. “pada manusia itu ada 2 jenis penyakit hati yang boleh membawa kesesatan didalam terang, iaitu riak dan suma’ah. Nauzubillah….

Tentang rokok pulak…ada yang kata haram dan ada yang kata makruh. Aku sendiri pun tak tahu apa hukum yang sebenar sebab dulu kat kampung Tok Guru aku pun hisap rokok gulung. Kalau haram tak payah jual, mansuhkan Akta Tembakau dan letak rokok bawah Akta Dadah.

Aku tak marah. Cuma terkilan aje dengan sikap dan sifat Karkun tu. Tak patut dia panggil aku cam anjing. Dari segi pakaian dan penampilan memang nampak bagus tapi cara pendekatan dia salah terhadap orang awam. Cam ner nak berdakwah kalau dah cam tu? Adakah itu yang diajar oleh Maulana dia.

Kalau ada salah dan silap aku minta maaf bebanyak dan tulisan aku ni bukan terhadap semua jemaah Tabligh tapi ini adalah kisah benar yang aku sendiri alami. Bukan fitnah atau umpatan.

WASALAM

“MA’ANI AKU HANYA MENGHARAP PADA NAFSIAH DAN SALBIAH. PUJIAN AKU HANYA PADA MAKNAWIYAH DAN ITULAH AFAALTULLAH”

Selasa, 14 Julai 2009

Rahsia Musang Berjanggut


Salam,

Hehehehe…pecah perut aku sewaktu tonton filem Musang Berjanggut … Memang patut la Allahyarham P.Ramlee digelar sebagai seniman sepanjang zaman. Padahal citer tu aku dah tonton dari kecik lagi..

Apa yang aku nak citerkan kali ini ialah simbolik di sebalik citer nie. Lawak memang la lawak tapi yang tersirat disebalik yang tersurat tu yang buat aku memang minat dengan filem P.Ramlee.

Dalam sebuah negeri yang mempunyai seorang Sultan yang tak punyai zuriat dan memanda Menteri yang tak boleh harap. Nasib baik ada Tun Nilam Utama…hehehehehe yang nak berkahwin dengan seorang perempuan tetapi bukan betina… Kan dah kena, zaman sekarang nie pun memang banyak betina dari perempuan kekadang yang pakai tudung tu lagi teruk pelakunya dari pompuan yang tak bertudung..Sedih aku tengok dengan nasib pompuan zaman sekarang yang semakin hayut dalam kegelapan yang mereka sendiri cari dan mereka sendiri pilih…. Ok kita tinggal bab tu, takut komen lebih-lebih kang ada plak kaum hawa yang tak pueh ati…..

Oleh kerana memanda Menteri Pulau Cendana tak boleh harap termasuk laa Sultannya sekali yang tak boleh pakai sampai menantu sendiri pun dia orang nak ‘adjust’… huhuhuhu..
Kita sesame tengok petikan dialog dibawah:

“Kekanda, boleh dinda bertanya cikit” tanya Puspa Wangi kepada Dato’ Nikah Kawin

“Tanya la, banyak pun boleh” jawab Dato’ Nikah Kawin

“Undang-undang dalam negeri, kalau lelaki masuk ke rumah perempuan bukan muhrim. Apakah menjadi kesalahan?”

“Oooo…. Itu kesalahan besar itu.”

“Jadi kanda ni salah laa” usik Puspa Wangi

“Salah jugak. Tapi undang-undang dalam negeri kanda yang punya, kanda yang buat. Boleh dipadam itu”

Bila dialog yang last tu buat aku pecah perut ketawa dengan sikap Dato’ Nikah Kawin. Dia sendiri pun tak tahu yang dia bakal menjadi Musang Barjanggut. Itu la lumrah dunia bila nafsu menguasai akal maka undang-undang manusia itu sendiri boleh di pinda sesuka hati. Manusia…manusiaa…

Bukan takat itu ajee.. Bendahara Paduka Raja boleh plak jadi ‘pepatung’ dengan erti kata lain memang bendahara tu patung kepada Raja…huhuhuhu… sedih betul aku tengok pentadbiran Pulau Cendana.. Apa tak nya, ada Menteri yang jadi ‘tikus almari’ dan Bentara Mangku Bumi boleh jadi ‘katak’ yang suke lompat-lompat. Kah..kah..kah…kah…
Cam ner P.Ramlee boleh dapat idea citer yang cam nie ?

Mungkin ada orang rasa boring bila tengok citer lawak bodoh yang cam ni. Tapi bagi aku dalam lawak ada kebenarannya.. Sehingga Sultan menjadi kuda yang ditunggang oleh nafsu.

“Sesungguhnya seni itu halus yang kekadang kita tak perasan oleh kerana kehalusannya”

Isnin, 13 Julai 2009

Along oh Alongggg!!!


Hairan bin ajaib nape zaman sekarang nie masih terdapat mangsa along yang tak berhati perut? Mungkin disebabkan desakan hidup yang membuat sesetengah orang memilih jalan mudah. Kalau nak pinjam dari bank terlalu banyak syarat yang harus dipatuhi dan memakan masa beberapa hari.

Alahai Abang-Abang Along nape la buat kerja cam nie. Mula-mula tolong orang kira dah bagus la tu kalau kita dapat tolong orang yang dalam kesusahan tapi akhirnya nak makan orang pulakk.. Apa boleh kita buat? Nak cari along bukannya susah belambak iklan kat tepi jalan, kat tiang letrik, kat bus stop, kat mana-mana ajee..

Kat sini aku cume nak bagi buah pikiran aje yang tak seberapa nie…
Kerajaan harus peka dengan masalah rakyat, terutamanya yang kerja swasta dan kerja sendiri sebab kakitangan kerajaan sekarang nie boleh dikata dah ‘kepeng’. Kekadang ada orang terdesak nak guna duit dalam 1 ke 2 ribu. Bila pergi bank dah macam-macam syarat yang nak kena ikut dan belum tentu leh dapat pinjam.
Jalan yang paling mudah ialah pergi ke tiang letrik cari nombor tepon Abang Along kita minta tolong. Cepat dan mudah.

Kenapa kerajaan tidak buat satu dana untuk rakyat buat pinjam kecil-kecilan tanpa syarat dan kelulusan dalam masa yang singkat. Sebab kalau ada aku pun nak pinjam..hahahaha
Apa susah sangat ?Dana ni bagi kat bahagian-bahagian UMNO jaga, baru rakyat lepas nie pangkah BN. Ini BUKAN RASUAH tapi PINJAMAN yang wajib bibayar balik.. Tapi bahagian-bahagian UMNO ni mesti jujur dalan proses pinjaman ni jangan la nak ‘pau’ si peminjam pulak… Takut nanti kalah lagi teruk…

Cam ner idea aku nie ? Kalau kerajaan BN rasa idea ni tak menarik tak pe. Aku akan ketengahkan kepada pihak Pakatan Rakyat. Nama pun dah Pakatan Rakyat mesti kena tolong rakyat. Kalau idea ni diguna pakai mesti along-along diluar sana akan gulung tikar. Last sekali Abang Along kita pun boleh pencen dan join politik bahagian pinjaman peribadi..hahahahaha

Bukan apa kekadang aku kesian dengan mangsa-mangsa Along yang tak berhati perut.

Kalau ada mana-mana ahli politik yang terbaca blog aku nie minta dimajukan idea ni untuk kepentingan bersama. Polis bahagian Komersial pun tak la sibuk dengan masalah Along sebab kekadang tu dia orang pun pening pala. Komersial siasat pas tu Jenayah pun siasat, abeh saper yang nak ambik kes. Last-last saper pun tak ambik kes, yang Komersial ingat Janayah ambik dan yang Jenayah ingat Komersial ambik… huhuhuhu

Untuk usahawan kerajaan tubuhkan TEKUN dan DLL…Alhamdullilah
Untuk rakyat biasa cam aku ni nak minta tolong kat saper ? ? ? ? ?
Alahai…cian la kat kami nie…hujung tahun anak ada yang nak masuk sekolah.. nak guna duit lagi tuuu….huhuhuhu

"Helo, Abang boleh kasi pinjam ka?..Tarak banyak la 1 ribu saja.. Tolong laaa along"

"Boleh..boleh..1 ribu tarak banyak ma… tapi lu kasi lu punya gambar telanjang boleh ka?"

"Hai ya..itu macam ka"

Ahad, 12 Julai 2009

Wayang kulit


Salam,

Aku nak citer cikit tentang wayang kulit nie..
Suatu masa dulu aku anggap wayang kulit hanya satu hiburan orang kampung aje. Almaklum laa, zaman sekarang ni mana ada orang yang minat sangat dengan wayang kulit. Orang lebih suke tengok wayang gambar.

Apa yang aku cuba nak katakan disini bukan tentang jalan citer atau kualiti antara wayang kulit dan wayang gambar. Aku cube nak citer apa yang tersurat dan tersirat tentang wayang kulit ni. Jika kita lihat secara biasa memang wayang kulit tu boleh di katakan dah ketinggalan zaman. Tapi sedarkah kita apa yang tersirat disebalik wayang kulit itu.

Eleman yang ada pada wayang kulit ialah, cahaya, belulang, kain layar, Pak Dalang, pemuzik dan penonton.. Sedangkan watak dan jalan citer adalah hak milik Pak Dalang sepenuhnya...huhuhu

Tanpa cahaya, layar yang putih itu nampak kelam dan samar. Apabila citer nak bermula maka Pak Dalang akan menyalakan cahaya supaya belulang dapat dihidupkan maka nampaklah bayangan pada layaran.
Apabila citer dah bermula maka pemuzik sibuk bermain muzik untuk menjadikan rencah kepada jalan citer.
Penonton sibuk dengan kutukan dan pujian pada watak atau jalan citer itu.

Aku nak ajak kita sesama fikir.....
Dimana kedudukan kita pada citer wayang kulit itu???
Adakah kita ini ingin jadi penonton yang hanya pandai mengutuk dan menyokong pada pekara yang kita suka dan benci?
Atau kita menjadi pemuzik yang memberi hiburan dan rencah?
Atau kedudukan kita pada Pak Dalang yang menguasai kesemua dalan perjalanan wayang kulit itu?
Atau hanya sekadar belulang yang akur pada Pak Dalang???...

.....

Jumaat, 10 Julai 2009

Tentera Merah & Tentera Putih

Salam,



Aku tertarik untuk menulis disini tentang tajuk diatas. Apa yang merah dan apa yang putih tu? Dari mana datang tentera-tentera ini? Jawapan belum aku temui.



Selepas selesai solat Jumaat aku berjumpa dgn seorang kawan lama di masjid. Bertahun kami tak jumpa, baru tadi secara kebetulan pun. Setahu aku kawan aku nie gengster besar satu masa dulu. Nama dia memang TOP 1...hahahaha.. itu satu kenyataan. Sekarang ni dia dah ok, banyak perubahan yang dapat aku lihat pada diri dia.



Satu masa dulu, aku ada berkawan dengan seorang amoi Cina kira bercinta la senang. Tapi percintaan kami tak dapat restu dari keluarga amoi ni. Pernah satu hari aku dikepung dengan gengster Cina kat pekan Ipoh sebab bapa pompuan tu report kat dia orang punye taiko. Nasib baik la kawan aku tolong settlekan. Taiko Cina tu siap cium tangan member aku waktu itu.. Aku tak ambik pot sangat, janji aku boleh lepas.



So tadi bila jumpa dia balik, kami berciter tentang kisah-kisah silam kami. Dia pun citer tentang Tentera Merah dan Tentera Putih. Mula-mula aku tak paham sangat, lama-lama baru aku faham apa maksud kawan aku tu.



Sekarang ni dia dh tak campur dengan hal-hal Merah/Putih nie..katanya banyak yang terkeluar dari landasan. Aku tak tahu maksud dia.. Yang aku pasti dia ni dulu memang Taiko juga sampai Cina pun tunduk bila jumpe dia..Apa yang aku citer nie memang berlaku pun ke atas diri aku sendiri..Alhamdullilah la kalau member aku tu tahu dimana dia berdiri..



Shukran....

Khamis, 9 Julai 2009

Mana identiti kita.....

Aku cume nak bertanya kepada sesaper pun yang sudi untuk beri komen...

Mana satukah indentiti kita...adakah Islam atau Melayu..??

Apakah Melayu itu Islam atau Islam itu Melayu???

Aku bukan nak mempertikaikan tentang bangsa, tetapi aku takut sesat dalam mencari identiti aku sendiri....

Yahudi musuh Islam