Member Aku:

Selasa, 30 Mac 2010

Kafir... ahli neraka... hahahahaha...

Salam,

Aktiviti malam aku cam biasa kalau dh x de bende nk wat kat umah.. mana lagi.. hehehehe.. lepak kat kedai kopi di pekan Tambun.. sembang tentang pelbagai hal dunia mahupun politik.. wakakakaka... kalah President Amerika..
Tapi malam nie ada komen yg tak berape sedap aku dengar yg terkeluar dari mulut Jaydin...

"biasa la, tu semua bakal ahli neraka" kata Jaydin kpd golongan orang yg tak sembahyang..

"Tuhan ke kamu nie?" tanya aku

"betul laa apa yg aku cakap.. kalau kamu Islam tapi tak sembahyang.. apa tu?" Jaydin cuba pertahankan fakta

"kalau kamu.. kamu SEMBAH yang mana?" tanya aku lagi.

"aik kamu nie..." Jaydin mula tak puas hati dengan aku..

"jangan la marah... aku gurau aje.. cuma pandangan kamu tu kurang memuaskan ati aku.. hidup kita ni kepunyaan Allah" balas aku dengan senyuman.

"apa la daya upaya kita nie atas dunia" celah Wak

"betul tu Wak.. tiada daya upaya kita.. tp apakah humkumnya kalau orang tak sembahyang?" sampuk Cikgu Rahim.

Jaydin mula membisu, mulut umpama terkunci rapat. Keadaan menjadi sunyi sekejap. Bagi aku ada pekara yg boleh kita bicarakan, ada yg boleh dibuat jenaka (halwa) dan ada yg tidak boleh dibuat sebagai mainan.

"haram.. kerana sembahyang itu adalah wajib walau dalam apa keadaan sekali pun" jawab Wak lagi.

"betul la apa yg saya kata tadi" Jaydin masih nak menang juga.

"haram juga hukumnya pada kita utk menghukum sesorang tanpa usul periksa. Kamu kata jiran kamu tak pernah sembahyang, tak pernah ke surau selama 5 tahun kamu berjiran dengan dia. Adakah kamu tu sentiasa dengan dia?" balas aku, memang aku tak boleh b'tolak ansur dalam bab yg cam nie.

"memang la aku bukan sentiasa dengan dia. Tapi dia memang tak pernah ke surau, time orang azan pun dia boleh selamba kaluar rumah"

"aku sayang ko Din.. aku takut nanti dia tak masuk neraka tapi ko yg masuk neraka.. bab neraka dan syurga nie biar Allah Taala saja yg tentukan.. Islam dan kafir pun bukan hak kita sebab kembalinya anak Adam itu bukan kpd kita tapi kpd Allah s.w.t dan tak akan ada seorang pun orang Islam yg dijanjikan syurga kecuali kpd org yg beriman.. biarkan dia dan lebih baik kamu doakan utk dia semoga t'buka pintu hati utk b'jemaah dgn korang"

Jaydin mula tersenyum, menandakan yg dia juga b'setuju dengan jawapan aku. Kekadang nie susah bila kita b'hadapan dengan org yg lebih tua drpd kita. Malah lebih buruk kalau org tua yg merajuk. Walau apa pun mereka ini adalah sahabat aku dan tempat utk aku bertukar fikiran. Malam yg agak tegang pada awalnya mula menampakkan wajah ceria apabila Jaydin dengan tetiba saja membayar duit minum kami semua.
Wak Lebai pula melemparkan senyum kambing ke arah aku. Bukan mudah untuk kita menghukum seseorang dari luaran sahaja tanpa bukti dan saksi yg boleh dipercayai. Takut tuduhan itu merupakan satu fitnah yg akhir sekali memakan diri kita sendiri. Sembahyang itu hanyalah satu lakonan kita sebagai seorang mahluk utk menyaksikan kewujudan Zat yg Maha Kuasa (Afaaltullah) dan perlakuan itu adalah kerana Sifatnya yg berkeinginan utk menyembah Zat yg Maha Esa (Wahdaniah).


Wallahualam.....

Sabtu, 27 Mac 2010

Apa akan terjadi... pasti akan terjadi...

Salam,

Dah macam lagu M.Nasir la plak.. itulah kebenaranya kalau dah hidup atas muka bumi Allah nie. Tiada yg lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t sahaja.

Apa nk jadi pada negara Palestin setelah Yahudi laknatullah akan membina penempatan haram di bandar Baitulmaqdis.. Amerika Syarikat... cisss nama pun dah syarikat, mana bleh caya lagi kerana yg pasti mereka hanya mementingkan keuntungan.

Pendatang Yahudi yg merempat dibumi para ambia secara keganasan cuba merampas negara Palestin itu supaya menjadi negara Israel.. Rundingan damai sehingga ke hari ini tak jadi2 jugak.. Yang pasti Yahudi nie semakin hari dok rampas tanah dari penduduk Palestin sedikit demi sedikit..

Kenapa?.. Ini juga adalah disebabkan salah satu sebab musabab yg mana membuktikan
kebodohan para pemimpin Islam dinegara itu sendiri. Politik di Palestine juga tidak stabil kerana perebutan kuasa pemerintahan. Tapi yg peliknya sehingga ke hari ini tiada mana parti politik Palestine yg berjaya menubuhkan kerajaan untuk memerintah negara Palestine sebagai mana negara2 lain yg mempunyai kerajaan didunia ini.

Apakah masyarakat Palestine juga berpuak2? Atau mereka masih mementingkan darah keturunan? Ini adalah parasit didalam diri umat Islam yg akhirnya menjadikan masyarakat itu berpecah belah.. kalau nak citer tentang Palestine nie.. hmmm aku rasa dah banyak entry aku sebelum ini menyentuh tentang pekara nie..

Kali ini kita hanya dapat melihat sahaja.. Suatu hari nanti dapatlah kita sama2 berasa bangga apabila Yahudi laknat itu dapat menguasai sepenuhnya negara Palestine.

"Sakit dada aku bila kenangkan Palestine"

Khamis, 25 Mac 2010

Devil Of Lucifer...... part 2

Salam,


huhuhu...
nk citer cikit tentang pengalaman aku berhadapan dengan JIN yg di kategorikan sebagai syaitan Khanzab dan Walhan.. rasa cam tok bomoh plak waktu itu.. walhal dlm dada aku ni kosong dan tak ada ilmu apa-apa pun. Hanya berbekalkan rasa yakin aku pada Allah s.w.t yang membuat aku berasa berani pada ketika itu...
Cerita dia lagu nie...

Ada la dikalangan kawan aku yg dok taksub dengan benda-benda ghaib nie.. bagi aku, itu pekara biasa yg tak ada apa2 keistimewaan pun.. sehingga satu hari sampai satu perkhabaran kepada aku yg seorang 'polan' nie hebat sangat sampai wali songo bleh masuk ke dalam badan dia... hehehehe hebat...

Bila dah dengaq cerita yg cam tu, maka berdetik dlm hati aku.. "ish.. tak bleh jadi nie..tak pa..aku nak jumpa dengan wali songo nie"
aku pun pesan la kat kawan yg sorang ni, aku berminat nak jumpa dengan wali songo.. kekawan yg lain dok perati aje aku atas bawah, atas bawah..

"awat yg dok tengok saya lagu tu"

"aku heran tengok hang, selalu kalau bab yg cam nie hang mesti tolak, tapi kali ni nampak cam hang betul2 serius"
kata Wak Lebai..

"hihihihi... sebab yg nie power Wak" kata aku sambil senyum2 kambing. Dalam hati aku dok kata "power cap setan".

"kalau macam tu aku pun nak ikut sama. Li kamu setkan tarikh perjumpaan dengan orang tu" pesan Wak Lebai pada si Rosli ayam (memang champion bab tangkap ayam hutan).

Maka perbincangan kami pada malam itu di pekan Tambun hangat memperbincangkan cerita2 mistik nie.. selalunya aku ni hanya jadi pendengar sahaja.. tak reti aku nak cerita atau mereka cerita yg cam tu.. Kekawan aku kebanyakkan semua dah separuh abad, veteran dan majoriti adalah datuk... hihihihi... datuk bukan dato'.

Inilah aktiviti aku di masa lapang kalau tak ada aktiviti dengan keluarga aku.. Melepak dekat kedai kopi bersembang kekadang sampai ke pagi.. pernah aku bersembang dengan Wak Lebai nie sampai azan subuh.. punya asyik sehingga tak sedar udah ke subuh.. Wak Lebai memang ngam dengan aku.. umur dia 70 lebih... ilmu banyak.. kalau kami dh mula sembang bab ilmu.. memang boleh sampai ke subuh...

Selang beberapa hari selepas itu, Cikgu Rahim call aku..
"Nak jumpa.. dekat mana.. ooo orang tu mai ka?"

"Li Ayam ajak jumpa.. Tambun pot biasa.. sebab orang yg dia cerita mlm tu pun nak mai"
kata Cikgu Rahim..

"Ok..set"

Maka dengan izin Allah pada malam tu aku dapat la berjumpa dengan Abang Zambri.. Tengok dari air muka.. hmmm no komen.. kami dok cerita laa bab itu dan ini.. Wak Lebai bukan main mesra dengan brader nie.. cam dh kenal 50 tahun... hmm Wak memang cam tu sikap dia mudah mesra... Jadi pada malam itu tak dapat la aku nak berjumpa dengan wali songo.. cuma dapat jumpa dengan Abg. Zambri ajee.. Tak kiasah laaa.. dia pun dok citer cam ner dia bleh dapat wali songo dan cam ner wali songo tu datang pada dia.. Aku pun dok dengar citer dia..sambil mata aku sesekali dok pandang pada Wak Lebai.. yg Wak pun sesekali dok pandang aku.. hihihihi.. geli gak hati nie.. perangai aku memang tak elok.. kena pula dlm bab yg cam nie.. kira nak pekena orang ajee..

Sebenarnya brader Zambri nie bleh berubat selain mengajar silat secara ghaib.. Wak pun bertanyalah perkakas yg perlu kalau berhajat nk berubat ke atau mandi silat.. Kesimpulan yg bleh aku wat pada malam tu..perjumpaan kami tak sia-sia.. sebab contact brader tu kami dapat, peralatan pun kami dah tau.. hehehehe... perjumpaan pada malam itu habis cam tu ajee.. bila masing2 pun pakat nak balik sebab esok nak kerja... Tapi sebelum aku nak balik Wak ada bisik pada aku..

"Wak ada projek.. engko jangan gtau sesaper.. nanti Wak call..ko stanby ajee" kata-kat Wak tu membuat jantung aku dh cam nak berhenti... aduhh... projek ape plak orang tua nie...

BERSAMBUNG...

Sabtu, 20 Mac 2010

AKU..an

Salam,


Dibawah ini merupakan petikan dari Buku "Sirrul Asrar" oleh As-Syeikh
Abdul Kadir Al-Jailani, muka surat 10 hingga 16.



Makhluk yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Ruh Muhammad
saw. Ia diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah. Sebagaimana firman
Allah di dalam hadis Kudsi "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat
Ku".

Nabi Muhammad saw, juga bersabda:
"Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruh ku. Dan yang pertama
diciptakan oleh Allah ialah cahaya ku. Dan yang pertama diciptakan oleh
Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal".

Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu iaitu hakikat
Muhammad.

Hakikat Muhammad di sebut "nur", kerana bersih dari segala kegelapan
yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah
"Telah datang kepada mu cahaya dan kitab penerang dari Allah".

Hakikat Muhammad di sebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala
sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam kerana ia yang menjadi sebab
perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam
huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni
sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk sesuai dengan sabda
Rasulullah saw:
"Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku".

Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di alam
'Lahut' dalam bentuk yang terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh
manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri bagi seluruh manusia.
Allah menciptakan Arasy dari cahaya zat Muhammad saw. Bagitu juga
makhluk lain berazal dari zat Muhammad.

Selanjutnya ruh-ruh di turunkan ke alam yang terendah, di masukan pada
makhluk yang terendah iaitu jasad. Sebagaimana firman Allah "Kemudian
Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah" Proses turunnya adalah
setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka di turunkan ke alam Jabarut
dan di balut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram
lapis kedua ini di sebut ruh 'Sultani'.

Selanjutnya ia di turunkan lagi ke alam Malakut dan di balut dengan
cahaya Malakut yang di sebut ruh 'Ruhani'. Kemudian di turunkan lagi ke
alam Mulki dan di balut dengan cahaya Mulki. Lapis ke empat ini di
sebut ruh 'Jismani'.

Selanjutnya Allah ciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana
firman Allah:
"Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikan mu. Dan
dari bumi pula lah aku mengeluarkan mu".

Setelah terujud jasad, Allah memerintahkan ruh agar masuk ke dalam
jasad, maka ruh
masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah:
"Ku tiupkan ruh dari Ku ke dalam jasad".

Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam
Lahut iaitu hari perjanjian: "Bukankah Aku ini tuhan mu" Ruh menjawab,
"Benar, engkau adalah Tuhan kami".

Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke
alam Lahut sebagai tempat asal. Kerana itu, dan kasihnya Allah menolong
mereka (manusia) dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan
tentang negeri asal mereka, sesuai dengan firman Allah "Berikanlah
peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari pertemuan
antara Allah dengan seluruh arwah (ruh) di alam Lahut. Lain halnya
dengan para nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya
di bumi, sedangkan ruhnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan
ini.

Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan
sampai ke alam asal mereka. Kerana sedikitnya manusia yang mampu
kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung
Muhammad Rasulullah, penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam
terang. Ia di tulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka
hatinya. Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu
dengan 'Jamal Allah' yang azali, sesuai dengan firman Allah:
"Katakanlah, Ini adalah jalan Ku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan
pandangan yang jelas. Aku dan para pengikut Ku".

Nabi bersabda "Para sahabat ku seperti bintang-bintang, mengikut yang
mana pun kamu akan mendapat petunjuk".

Pada ayat tadi di jelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada
Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut
'basyirah'. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada 'Mata Hati'
bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan Ilmu Zahir
saja, tetapi untuk membukanya harus dengan Ilmu Ladunni Batin (ilmu yang
langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah "Kepada dia Ku berikan
ilmu yang langsung dari Ku".

Wasalam....

Sabtu, 6 Mac 2010

Devil Of Lucifer......

Salam,

Ari ni aku nk kupas cikit tentang satu persoalan iaitu tentang devil, setan, iblis, syaitan, satan dan sebagainya....

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu asal setan nie.. asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut iblis laknatullah.. Fuhh hebat..hebat... ciptaan Allah s.w.t sememangnya hebat.. oleh kerana rasa hebat maka Malaikat Azazel ini berasa angkuh, sombong, bongkak, riak... yang akhir sekali memakan diri sendiri.

Setan ni ada 7 peringkat.. .Tsabr, A'war, Miswath, Dasim, Zaknabur, Khanzab dan Walhan. Setiap nama ini mempunyai tugas2 yg berbeza dalam usaha utk sesatkan manusia, nasihat aku kepada para pembaca kalau nak bubuh nama anak jangan bubuh dengan 7 nama diatas. Nanti kalau anak tu perangai mcm setan saper yg salah?

Setan dan hantu adalah sama... kerana setan ni pun lebih kurang mcm jin juga yg dijadikan drpd api... Jin yg suka ganggu manusia itulah setan, ada orang yg tak berapa faham tentang jin... Walaupun jin adalah mahluk yg paling taat, tetapi jin yg paling tak boleh percaya..
"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Oleh kerana manusia itu ketandusan ilmu maka dengan mudah setan ni mempengaruhi sesorang itu... Bukan susah pun, sekali bagi 'nombor ekor' yg boleh kena 1st prize... dh tentu lepas tu berduyun2 manusia mai nk minta nombor... Sesatlah manusia2 itu didalam terang... "ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)
"Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka." (7:27)

"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah," (4:119)

"Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir," (2:102).




Yang paling teruk sekali apabila manusia itu mudah percaya kpd yg ghaib... itulah masalah manusia yg dungu... Diri yg ghaib tak mau cari... mahluk ghaib yg dok sibuk cari kononnya mereka itu dari kalangan para wali dan anbia... susah nak citer... terutama orang Melayu nie... Semua itu adalah karut hasil drpd kerja setan... bukan aku kata tak betul.. Memang betul sbb org Melayu juga hebat dlm bab ilmu batin nie. Cuma kebanyakan itu adalah tipu muslihat setan sahaja...
"Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (7:30)

"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (43:36-37)








BERSAMBUNG......

Selasa, 2 Mac 2010

Apabila buta mata.....

Salam,

Sejak dua menjak ni aku dok sibuk... sibuk dgn kerja dan keluarga.. lumrah kehidupan di dunia nie... Ada yang sibuk menggumpul kekayaaan dan ada yang sibuk akan hal2 duniawi.. Dah lebih kurang cam aku nie jugak... huhuhuhuhu (padan muka aku)

Masa berjalan tanpa henti, begitu jugak laa perbezaan zaman. Jika nak banding zaman dulu dan sekarang banyak perubahannya. Jika dilihat dari segi hakikat pula, aku rasa lebih kurang sama saja... "aik mana mai perkataan hakikat nie"

Jika dulu orang jahilliah suka bunuh anak.. zaman sekarang pun dah ada..hmmmm
kalau dulu bapa sedara Nabi s.a.w adalah orang yang paling gila dalam sambut hari kelahiran baginda... zaman sekarang pun belambak juga manusia yang dok ikut tanpa fahaman... biaq pi laaa..

Aku nak citer cikit pasal 'hakikat', oleh kerana dah terkeluar perkataan nie maka aku nak ulas cikit laa. Bukan bermaksud nak kata aku ni pandai.. hanya sekadar memberi pandangan dari apa yang aku faham sahaja...

Manusia itu terbahagi kepada tiga (kalau tak silap laa) iaitu Diri Terdiri, Diri Teperi dan Diri Sebenar Diri.. Diri Terdiri itu adalah diri zahir atau batang tubuh kita juga dikenali sebagai Diri Terdiri. Diri Teperi adalah diri yang batin atau diri yang tak dapat dilihat dengan mata zahir kecuali dengan ilmu. Akhir sekali Diri Sebenar Diri...hahahahha.. diri yang nie kalau nak tau kena cari guru mursyid sebab aku cuma nak citer tentang Diri Teperi sahaja buat masa nie...

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ "sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." Surah AT-TIN : AYAT 4
Maka fahamlah kita bahawa yang sebaik2 itu adalah manusia.. tetapi yang dok buat onar pun manusia jugak.. Kesimpulannya yang dimaksudkan 'sebaik2' itu adalah kesempurnaan kejadian keatas manusia..

Jika dilihat pada ilmu sifat 20 yang mana sesetengah ulama mengatakan bahawa Diri Teperi itulah tergolong dalam Sifat Maani dan dikenali juga sebagai Rohul Yaqazah.. Pada Rohul Yaqazah ini terdapat Roh, Nafsu, Akal.. 3 elemen ini yang membentuk keperibadian seseorang manusia itu. Jika dilihat pada jalan ketuhanan, Roh, Nafsu dan Akal itu wajib dicuci dan dibersihkan dengan zikirullah. Itu adalah amalan para ulama dahulu yang selalu melakukan amalan suluk dan khalwat.

Dunia dah semakin moden pekara yang sebegini dianggap remeh temeh... Amat kurang ilmu ke jalan ketuhanan yang di ajar lagi. Maka manusia terus menjadi buta mata hati untuk melihat kepada kebenaran. Zaman moden ramai yang bertuhankan kepada kebendaan, kemewahan dan keduniaan. Tidak hairanlah segala permasalah sosial didalam masyarakat semakin menjadi-jadi.

Seharusnya kita wajib kembali ke jalan asal. Jika nak pikir cara logik, kemana akhirnya cerita hidup kita? Adakah Manusia itu akan mati?

Akhir kita akan kembali kepadaNya yang maha Esa.. Manusia itu akan mati tetapi diri kita tidak akan mati sehingga Rohul Yaqazah itu dibersihkan... Yang kembali itu adalah nyawa kita (Rohul Hayat). Yang akan diazab dan diseksa (dibersihkan dari dosa) itu adalah Rohul Yaqazah kecuali orang kafir dan murtad yang akan terus kekal bersama syitan didalam nereka jahanam. Yang mati dan dikebumikan itu hanyalah batang tubuh kita (Diri Terdiri) apabila nyawa kita diamabil kembali.


Pada yang sama-sama nak berfikir, fikirlah dengan sebaik-baiknya. Pada yang tak mahu fikir, korang punya pasal. Aku hidup dengan agama aku dengan Tuhan aku, kamu hidup dengan agama kamu dan Tuhan kamu... Aku mohon maaf jika ada salah dan silap.. kalau tak betul, aku mohon para pembaca untuk memberi komen..

Isnin, 1 Mac 2010

Apakah logik penjenayah dilindungi oleh Jabatan Kebajikan?

Salam,

Cuaca paneh dan bertanbah panas lagi hati aku ni bila baca suratkhabar tentang kematian seorang kanak-kanak bernama Syafiah Humairah (dah lebih kurang nama anak aku ajee). Ini bukan kes pertama dan bukan juga kesilapan pertama yang kanak-kanak dibunuh oleh teman lelaki kepada ibu kandung sendiri.

Apa yang boleh aku katakan ialah pembunuhnya termasuk ibu kepada kanak-kanak itu sendiri secara tidak langsung...

Tak payah kita nak pikir dalam-dalam kerana secara logik ibu kepada Syafiah Humairah ini sepatutnya peka dan lebih tahu bagaimana keadaan anaknya diperlakukan oleh teman lelakinya.. Mengapa tiada tindakan yang diambil oleh si ibu terhadap teman lelakinya sewaktu itu? Adakah kerana nafsu, maka pekara seperti deraan terhadap anaknya didiamkan sahaja?

Secara logik fikiran aku ini, si ibu terlebih dahulu telah mengetahui bahawa anaknya telah didera oleh teman lelakinya dan secara logik fikiran aku juga berpendapat bahawa si ibu itu sendiri telah melindungi jenayah teman lelakinya sebelum ini. Mengapa setelah si anak yang tidak berdosa itu mati baru timbul perasaan "terkilan @ menyesal" dan dengan mudah si ibu mengaku akan kesilapannya sebelum ini.

Seharusnya pihak kerajaan tidak memandang remeh akan pekara ini dan si ibu sepatutnya harus didakwa kerana melindungi seorang pembunuh..

satu petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 01/03/2010...
“Sepanjang saya kenal dia (teman lelakinya), dia seorang yang agak kelakar. Depan saya, dia begitu menyayangi anak saya, sebab itu saya tak pernah curiga dengan dia.
“Dia melayan Syafiah seperti anaknya sendiri, memanjakan dia, belikan dia baju. Anak saya pula memang tak pernah mengadu kena pukul,” katanya.


Sehingga ke hari ini si ibu masih cuba melindungi si pembunuh.. kenapa? Sedangkan Syafiah Humairah sepanjang kehidupannya telah beberapa kali didera oleh suspek dan terdapat saksi yang mengatakan si anak itu takut akan teman lelaki ibunya..

Apakah releven pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melindungi penjenayah seperti ini..

Jabatan Kebajikan Masyarakat seharusnya mencari para ibu tunggal diluar sana yang mempunyai tanggungan untuk dilindungi dan memberi khidmat nasihat dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran ini bukan dengan melindungi seorang ibu tunggal yang berstatus pembunuh... kejadian telah pun terjadi.. tiada apa yang perlu ditangisi lagi... nyawa tiada ganti.. seharusnya si ibu dan pembunuh harus dihukum mati...

"Masih ramai rakyat Malaysia yang perlu prihatin pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat"

Yahudi musuh Islam