Member Aku:

Isnin, 1 Mac 2010

Apakah logik penjenayah dilindungi oleh Jabatan Kebajikan?

Salam,

Cuaca paneh dan bertanbah panas lagi hati aku ni bila baca suratkhabar tentang kematian seorang kanak-kanak bernama Syafiah Humairah (dah lebih kurang nama anak aku ajee). Ini bukan kes pertama dan bukan juga kesilapan pertama yang kanak-kanak dibunuh oleh teman lelaki kepada ibu kandung sendiri.

Apa yang boleh aku katakan ialah pembunuhnya termasuk ibu kepada kanak-kanak itu sendiri secara tidak langsung...

Tak payah kita nak pikir dalam-dalam kerana secara logik ibu kepada Syafiah Humairah ini sepatutnya peka dan lebih tahu bagaimana keadaan anaknya diperlakukan oleh teman lelakinya.. Mengapa tiada tindakan yang diambil oleh si ibu terhadap teman lelakinya sewaktu itu? Adakah kerana nafsu, maka pekara seperti deraan terhadap anaknya didiamkan sahaja?

Secara logik fikiran aku ini, si ibu terlebih dahulu telah mengetahui bahawa anaknya telah didera oleh teman lelakinya dan secara logik fikiran aku juga berpendapat bahawa si ibu itu sendiri telah melindungi jenayah teman lelakinya sebelum ini. Mengapa setelah si anak yang tidak berdosa itu mati baru timbul perasaan "terkilan @ menyesal" dan dengan mudah si ibu mengaku akan kesilapannya sebelum ini.

Seharusnya pihak kerajaan tidak memandang remeh akan pekara ini dan si ibu sepatutnya harus didakwa kerana melindungi seorang pembunuh..

satu petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 01/03/2010...
“Sepanjang saya kenal dia (teman lelakinya), dia seorang yang agak kelakar. Depan saya, dia begitu menyayangi anak saya, sebab itu saya tak pernah curiga dengan dia.
“Dia melayan Syafiah seperti anaknya sendiri, memanjakan dia, belikan dia baju. Anak saya pula memang tak pernah mengadu kena pukul,” katanya.


Sehingga ke hari ini si ibu masih cuba melindungi si pembunuh.. kenapa? Sedangkan Syafiah Humairah sepanjang kehidupannya telah beberapa kali didera oleh suspek dan terdapat saksi yang mengatakan si anak itu takut akan teman lelaki ibunya..

Apakah releven pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melindungi penjenayah seperti ini..

Jabatan Kebajikan Masyarakat seharusnya mencari para ibu tunggal diluar sana yang mempunyai tanggungan untuk dilindungi dan memberi khidmat nasihat dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran ini bukan dengan melindungi seorang ibu tunggal yang berstatus pembunuh... kejadian telah pun terjadi.. tiada apa yang perlu ditangisi lagi... nyawa tiada ganti.. seharusnya si ibu dan pembunuh harus dihukum mati...

"Masih ramai rakyat Malaysia yang perlu prihatin pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat"

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam