Member Aku:

Isnin, 14 Mac 2011

Khifarah.....


Apakah manusia mampu untuk melawan takdir Allah s.w.t?
Secanggih mana pun kita, sesungguhnya Allah Taala yang berkuasa keatas segala2nya...



Dunia yang kita kejar dan cintai... musnah dalam sekelip mata... CINTA yang tidak abadi...




Harta benda yang musnah...


Kuasa ciptaan manusia.. utuh lagi kukuh...


Akhirnya tidak mampu melawan kuasa Allah...ciptaan kita yang akan membinasakan kita


Subahanallah... Maha Suci Allah....


Subahanallah... Allah yang Maha Berkuasa...

Subahanallah... Allah tuhan sekelian alam....


Wahai sekelian manusia sedarlah bahawa Zat Allah itu wujud...


Ingatlah bahawa Islam itu benar...


Sedarlah bahawa Allah itu yang berkuasa...


Sesungguhnya tiada daya upaya keatas kita melainkan dengan AfaalNya sahaja....

Insaflah bahawa dunia ini sudah semakin tua dan tidak kekal...


Islam itu adalah kebenaran dalam kehidupan...........

p/s: gambar2 nie aku paste and copy ajee... so aku ambil kesempatan disini utk ucapkan ribuan terima kasih kpd blogger2 yang menyumbang gambar2 diatas... Gambar diatas menceritakan tentang kejadian Tsunami di Jepun 11th March, 2011...

Isnin, 7 Mac 2011

Pemikiran songsang... a.k.a BAGANG.

Assalammualaikum,


Manusia sentiasa diberi peringatan serta ilmu melalui Al Quran, Hadith serta Sunnah dari peninggalan Rasulullah s.a.w sebagai bekalan didunia dan diakhirat kelak. Namun apa yang terjadi pada hari ini seolah membelakangkan segala ajaran Islam yang dituntut malah manusia itu terus lalai oleh kerana perihal dunia sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi kepentingan duniawi.

Mungkin sebab penyakit 'pelupa' yang ada pada kita atau mungkin kerana Allah s.w.t tidak mahu memberi hidayah(hijab) kepada kita sebagai mahluk baharu ciptaanNya. Jika itulah yang sebenarnya berlaku maka bertapa ruginya manusia-manusia yang terus hanyut dek dunia yang sementara ini.

Aku bukanlah ahli politik dan aku juga bukanlah wakil rakyat mana-mana parti politik, aku hanya seorang pengundi yang tak dikenali. Apa yang berlaku saban hari membuat aku resah tentang nasib generasi aku yang akan datang. Melihat fenomena politik di Timur Tengah membuat aku semakin runsing dengan kancah politik di negara sendiri, ini adalah disebabkan bermulanya penolakan oleh umat Islam terhadap fahaman 'sekular'. Ulama terbahagi kepada dua golongan, golongan yang memperjuangkan Islam yang jitu(Haq) dan ada golongan yang memperjuangkan Islam demi perut sendiri sehinggakan agama itu dapat dijual beli dengan wang ringgit serta kemewahan dunia.

Apa yang aku harapkan adalah terbentuknya sebuah kerajaan Islam Sunni yang mantap di Malaysia. Oleh kerana pemikiran 'sekular' majoritinya terdapat dalam kerajaan sekarang, apakah negara kita juga bakal menjadi sebuah negara seperti Timur Tengah? Provokasi yang dimainkan oleh pihak penyokong kerajaan semakin menjadi-jadi dan mereka semakin berani menyentuh sentiviti serta sentimen peribadi seseorang....

Ini dapat dilihat apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.

RALAT
Bagaimanakah pihak akhbar dapat menyiarkan artikel ini? Malah tuduhan serta fitnah yang dilemparkan tidak kena pada tempat dan orang.... Fikir-fikirkanlah jika mereka ini bakal menjadi pewaris pemimpin sekular di negara kita..!!!!!





DIMANA ULAMA KERAJAAN YANG SEPI TANPA BERITA??? YANG SELAMI NIE DOK SIBUK BUAT CERAMAH PERDANA MASUK T.V... TOLONG LA KOMEN BERKENAAN PERKARA INI....ADA BERANI... sesungguhnya Islam itu menyuruh kita untuk bercakap BENAR

Rabu, 2 Mac 2011

Renungan.....

Assalamualaikum....


Kalau susah sangat otak tu nak berfikir jom kita renung-renungkan Hadith dibawah nie ajee.. Usah pikir-pikir wat sakit otak ajee...

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w,"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".(Hadis Riwayat Ibnu Ady)

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w, ” Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi

Berkata Ali bin Abi Talib,“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid”
Riwayat Nasai

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran ” Riwayat Ahmad

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” Riwayat Ahmad

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” Riwayat Thabrani

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” Riwayat Ahmad dan Muslim

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” HR Muslim

Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ; “Dunia tidak akan berakhir sehingga orang-orang Arab dipimpin oleh seorang laki-laki dari ahli baitku namanya serupa dengan namaku.” HR. Abu Dawud

Selasa, 1 Mac 2011

Apa ada pada Islam???

Assalamualaikum...

Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan peristiwa rampasan kuasa sesebuah negara melalui tunjuk perasaan oleh rakyat. Sebelum ini Thailand merupakan negara Asia yang cuba menolak pemimpin semasa mereka melalui penunjuk perasaan secara besar-besaran tetapi keadaaan berbeza yang berlaku di Timur Tengah dimana beberapa buah negara berjaya digulingkan melalui tunjuk perasaan.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah kebangkitan Islam melalui naluri dan sanubari setiap insan yang dikuasai oleh Allah s.w.t supaya keadilan dapat ditegakan semula dan pemimpin yang kejam dijatuhkan. Jika dilihat semula sejarah negara-negara yang bergolak di Timur Tengah kebanyakannya merupakan negara boneka Yahudi dan Nasrani. Pastinya pemimpin Yahudi dan Nasrani semakin gelisah apabila melihat senario baru yang berlaku di Timur Tengah dan sekiranya benar berlaku perubahan dan corak politik yang telus serta para pemimpin yang bakal dipilih itu benar-benar bertaqwa maka semakin tidak senang duduk parasit Yahudi dan Nasrani ini.

Persoalan aku disini amat mudah, “apa ada pada Islam, apakah kelebihan Islam?” Persoalan ini bagi menjawab kepada persoalan yang lain iaitu, mengapa Yahudi dan Nasrani amat takut pada Islam yang sebenar? Islam amat mudah untuk diperkatakan dan diakui akan tetapi sejauh mana kita benar-benar berpegang pada Islam itu sendiri yang memberi beza.

Sesungguhnya kita beruntung kerana menghuni bumi Malaysia yang aman damai ini. Oleh kerana itu dengan mudah juga kita mengakui Islam itu agama kita walaupun agama itu hanya sekadar syarat bagi pelengkap dalam kehidupan. Setidak-tidaknya kita punyai agama, betul tak?

Berbalik kepada soalan aku tadi. Kepada para pembaca blog ini tolong la bagi komen, input, infor... kepada soalan cepu emas ini... Apa ada pada Islam? (korang tak payah susah payah nak kupas insiden yang berlaku pada dunia luar, tolong jawab soalan aku berpandukan gambar dibawah, sekian terima kasih)


Inilah sikap dan sifat penyokong kerajaan kita...

Apa ada pada Islam???

p/s: gambar ini aku copy paste dari blog Pak Karamu...

Yahudi musuh Islam