Member Aku:

Selasa, 1 Mac 2011

Apa ada pada Islam???

Assalamualaikum...

Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan peristiwa rampasan kuasa sesebuah negara melalui tunjuk perasaan oleh rakyat. Sebelum ini Thailand merupakan negara Asia yang cuba menolak pemimpin semasa mereka melalui penunjuk perasaan secara besar-besaran tetapi keadaaan berbeza yang berlaku di Timur Tengah dimana beberapa buah negara berjaya digulingkan melalui tunjuk perasaan.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah kebangkitan Islam melalui naluri dan sanubari setiap insan yang dikuasai oleh Allah s.w.t supaya keadilan dapat ditegakan semula dan pemimpin yang kejam dijatuhkan. Jika dilihat semula sejarah negara-negara yang bergolak di Timur Tengah kebanyakannya merupakan negara boneka Yahudi dan Nasrani. Pastinya pemimpin Yahudi dan Nasrani semakin gelisah apabila melihat senario baru yang berlaku di Timur Tengah dan sekiranya benar berlaku perubahan dan corak politik yang telus serta para pemimpin yang bakal dipilih itu benar-benar bertaqwa maka semakin tidak senang duduk parasit Yahudi dan Nasrani ini.

Persoalan aku disini amat mudah, “apa ada pada Islam, apakah kelebihan Islam?” Persoalan ini bagi menjawab kepada persoalan yang lain iaitu, mengapa Yahudi dan Nasrani amat takut pada Islam yang sebenar? Islam amat mudah untuk diperkatakan dan diakui akan tetapi sejauh mana kita benar-benar berpegang pada Islam itu sendiri yang memberi beza.

Sesungguhnya kita beruntung kerana menghuni bumi Malaysia yang aman damai ini. Oleh kerana itu dengan mudah juga kita mengakui Islam itu agama kita walaupun agama itu hanya sekadar syarat bagi pelengkap dalam kehidupan. Setidak-tidaknya kita punyai agama, betul tak?

Berbalik kepada soalan aku tadi. Kepada para pembaca blog ini tolong la bagi komen, input, infor... kepada soalan cepu emas ini... Apa ada pada Islam? (korang tak payah susah payah nak kupas insiden yang berlaku pada dunia luar, tolong jawab soalan aku berpandukan gambar dibawah, sekian terima kasih)


Inilah sikap dan sifat penyokong kerajaan kita...

Apa ada pada Islam???

p/s: gambar ini aku copy paste dari blog Pak Karamu...

3 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

xnak komen.. nak copy jer.. kah..kah..kah..kah..

Unknown berkata...

Salam Dama,
Yang ni la kot yang pemimpin depa dok kata ketuanan Melayu tu... khakk tuiihh...

akuHAMBA berkata...

Berkempen, Jangan Sampai Ke Neraka!

Saya banyak menahan diri daripada menulis menghentam budaya politik longkang yang diamalkan UMNO/BN dan cuba bersikap matang dalam menangani isu. Saya diam apabila kerajaan Perak dirampas oleh UMNO/BN, saya sepi bila masjid-masjid dirobohkan,termasuk Masjid Jubli Perak di Bangi satu ketika dulu dan saya tidak menzahirkan penentangan secara terbuka bilamana harta dan hak rakyat dirobek. Tetapi bilamana wujud manusia yang begitu berani mengolok-olok ulama' sehingga ke tahap 'mencadangkan' seorang ulama' diliwat oleh tokoh politik lain, saya katakan, CELAKA ADA BATASNYA!

Saya banyak mendampingi pimpinan PAS dan melalui close encounter ini saya sentiasa dipahatkan dengan keyakinan tentang penjagaan rapi pimpinan terhadap amalan kerohanian, khususnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Justeru saya yakin bahawa sebarang kekeliruan dan percanggahan yang timbul adalah atas dasar ilmu dan dibimbing oleh Allah. Kalau hendak dibandingkan dengan hampas yang mereka gambar ini, saya yakin 2 juta peratus bagai langit dengan bumi!


Mari mengaminkan doa ini;

Ya ALLAH peliharakanlah maruah ulama'-ulama' pewaris para anbiya', dan timpakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh mereka dan musuh-musuhMu, sekiranya mereka terus tetap di atas jalan yang Engkau murkai. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Yahudi musuh Islam