Member Aku:

Sabtu, 10 Mac 2012

Politik vs Pembinaan Ummah

Assalamualaikum,

Hari ini rata-rata diantara kita sibuk berbicarakan tentang politik semasa tanah air. Bagi mereka yang terlalu taksub sudah pasti yang kelihatan pada pandangan mereka adalah kelemahan dan kehinaan pihak lawan. Sedar atau tidak pada hari ini kita hanya berlawan dan menentang semasa kita sahaja sedangkan masyarakat yang bukan Islam berpegang teguh dengan pendirian mereka supaya Malaysia ini dapat di pecah belah seperti mana pecahnya kekuatan empayar Othmaniah suatu masa dulu.

Bukan nak menyokong mana-mana pihak tetapi lewat hari ini kita boleh melihat masyarakat Islam dan bangsa Melayu semakin lemah disebabkan 'kemabukan' politik.

BN semakin tempang dengan kecelaruan dalaman yang berpuak-puak dan masalah rasuah tidak dapat dihapuskan 100%. Manakala PR juga tempang disebabkan DAP adalah parti yang tidak akan menerima Islam 100%.

Andaikata pihanraya pada bulan 5 atau 6 ini di menangi oleh PR,siapakah bakal akan jadi PM? Dan siapa pula akan jadi TPM? Adakah PM kita nanti dari parti PAS? Itu adalah amat mustahil sekali. Jika PM kita yang baru nanti dari PKR, adakah PKR berani untuk melaksanakan hukum Islam sepenuhnya? Juga mustahil kerana sudah pasti PKR akan menjaga sensitiviti DAP untuk sokongan akan datang. Jika calon PM kita tak dapat putuskan, apatah lagi untuk jawatan TPM.

Kerapuhan PKR adalah disebabkan tiada perjanjian asas dalam pembahagian kuasa jika Pakatan ini dapat menawan Putrajaya malah corak pentabiran akan semakin teruk dari BN dalam pembahagian kuasa. Apakah PAS sedar tentang perihal ini? Mungkin tidak, kerana keasyikan untuk menawan Putrajaya menjadi agenda utama mereka dan bukan corak pemerintah akan datang. Apakah kita sedar yang PAS bersendirian tidak akan berjaya mencapai objektif politik mereka. Jangan cuba berani bermain dengan api jika persedian kita hanya untuk jangkamasa pendek sahaja.

BN sememangnya tidak akan bertahan juga oleh disebabkan rasa tidak puas hati rakyat dalam banyak pekara. Rasuah adalah masalah utama kita selain dari masalah sosial yang lahir didalam masyarakat Melayu.

Apa yang penting pada hari ini kedua-dua parti utama ini (PAS dan UMNO) melihat kepimpinan untuk 20 tahun akan datang atau 50 tahun akan datang. Bermula hari ini juga mereka seharusnya berusaha melahirkan generasi baru masyarakat Melayu yang faham dan berpegang teguh pada Islam. Jawapan yang sebenar adalah melahirkan generasi Islam semula yang jitu dan kuat, kerana Islam adalah jawapan untuk semua permasalahan.

Sekiranya kita masih berpegang dengan pendapat sendiri yang dirasakan benar maka amat rugi jika masyarakat kita terus hanyut dalam kecelaruan dalam membina jati diri Islam yang sebenar.
Sama-samalah kita fikir dan sama-samalah kita pilih nanti....

Yahudi musuh Islam