Member Aku:

Khamis, 25 Februari 2010

Muhammad... segala kepujian

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Hari ini aku tak mau citer tentang Maulidur Rasul... Tetapi semperna hari keputaraan baginda aku nak citer tentang penjajahan Yahudi keatas dunia Islam. Mungkin sebab Nabi Muhammad s.a.w bukan dari kalangan Yahudi yang membuat mereka menolak Islam. Kalau Rasulullah dari golongan mereka, mungkin juga ramai Yahudi yang menjadi Islam.
Aku senaraikan nama-nama tokoh Yahudi yang ada sesetangahnya kita tahu tapi tidak kenal....

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi, Sigmund Freud melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi, begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia. Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama, Peter Schultz (kabel gentian optik), Charles Adler (lampu isyarat), Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel), Isador Kisee (sistem suara di pawagam), Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS), Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush), Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union), David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura), Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia), Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian), Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB), Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal), Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada), Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis), Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British), Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi? Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Khamis, 11 Februari 2010

Yahudi di Malaysia..... Subahanallah....

Salam,

Yahudi di Malaysia @ rakyat Malaysia yang macam binatang....
Hampeh betul pagi ni bila aku baca surat khabar... ini bukan isu politik atau isu liwat-meliwati... ini isu tentang manusia durjana yang sama taraf fikiran dengan binatang... nak aku jelaskan lg... binatang yang seperti babi, anjing.....

Manusia yang mempunyai akal tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya... ada nafsu pun tak digunakan dengan sempurna.. Jadi didalam setiap membuat keputusan mereka tidak akan membuat pertimbangan dengan baik.. biasa la kalau dah binatang..

Dalam minggu ini kalau tak silap aku dah ada 2-3 kes yang macam ni.. Tapi kes hari ni lagi sedih kerana seorang bayi perempuan mati digigit semut dihadapan sebuah masjid di Melaka.. Tak sanggup aku nak baca habis cerita ini..


Hanya Allah s.w.t yang dapat menghukum mereka ini....

Selasa, 9 Februari 2010

Biaq pi laa....

Salam,

Setelah lama aku tak update blog aku nie disebabkan sibuk dengan kerja dan keluarga. Hari ini aku luangkan sedikit masa untuk buat coretan yg tak seberapa nie...

Saban hari kita dok dengar pelbagai cerita... anak bunuh bapak la.. bapak bunuh anak laa.. isteri pukul suami laa.. bapak liwat anak sampai mati dan yang gempak sekali cerita pasai 'main bontot'.. hmmm... hampeh betul...

'Main bontot' ni bukan pekara yg boleh dibawa main dan bukan juga satu fenomena baru dalam tamadun manusia. Manusia 'main bontot' ni dah wujud dari dulu lagi malah dalam Al-Quran pun ada di ceritakan tentang kisah Nabi Luth a.s dan masyarakatnya yg suka sangat dok balas belakang nie. apakah manusia dewasa ini masih belum mendapat iktibar dari apa yang diterangkan didalam Al-Quran atau kitab Al-Quran itu hanya sekadar untuk dibaca tanpa memahami isi kandungannya?. Jadilah Al-Quran itu hanya sekadar untuk pertandingan siapa yang dapat membaca dengar merdu dan Al-Quran terus dilupakan oleh manusia yang munafik.

Nak aku cerita ke tentang Nabi Luth a.s?
Tak payah...

Mungkin apabila Malaysia dilanda Tsunami sekali lagi baru semua orang nak sedar kot.. Atau bumi Malaysia ni diterbalikkan menjadi laut mati baru orang nak taubat.. Fitnah sana.. Fitnah sini..
Demi kepentingan dan kekayaan didunia ini manusia sanggup buat apa saja.. Fitnah sudah menjadi pekara biasa buat masyarakat Malaysia zaman sekarang nie mahupun dari zaman-zaman Nabi yang terdahulu lagi.. Biaq pi laa... depa nak buat apa pun.. Aku dengan agama aku, kamu dengan agama kamu...huhuhu.. yang Hak tetap Haq.. tak boleh nak ubah-ubah... cuma orang bodoh dan dungu saja yang rasa mereka dapat memiliki dunia ini melalui kekuasaan mereka...

Yang kena fitnah tu bersabaq laa.. Ini adalah kehendak Allah s.w.t juga dan pasti ada hikmah disebalik segala kejadian... Tapi bila satu hari nanti kita duduk kat tempat depa, jangan dok buat pula kat orang lain macam mana orang dok buat kat kita...... BIAQ PI LAAA...

Yahudi musuh Islam