Member Aku:

Selasa, 9 Februari 2010

Biaq pi laa....

Salam,

Setelah lama aku tak update blog aku nie disebabkan sibuk dengan kerja dan keluarga. Hari ini aku luangkan sedikit masa untuk buat coretan yg tak seberapa nie...

Saban hari kita dok dengar pelbagai cerita... anak bunuh bapak la.. bapak bunuh anak laa.. isteri pukul suami laa.. bapak liwat anak sampai mati dan yang gempak sekali cerita pasai 'main bontot'.. hmmm... hampeh betul...

'Main bontot' ni bukan pekara yg boleh dibawa main dan bukan juga satu fenomena baru dalam tamadun manusia. Manusia 'main bontot' ni dah wujud dari dulu lagi malah dalam Al-Quran pun ada di ceritakan tentang kisah Nabi Luth a.s dan masyarakatnya yg suka sangat dok balas belakang nie. apakah manusia dewasa ini masih belum mendapat iktibar dari apa yang diterangkan didalam Al-Quran atau kitab Al-Quran itu hanya sekadar untuk dibaca tanpa memahami isi kandungannya?. Jadilah Al-Quran itu hanya sekadar untuk pertandingan siapa yang dapat membaca dengar merdu dan Al-Quran terus dilupakan oleh manusia yang munafik.

Nak aku cerita ke tentang Nabi Luth a.s?
Tak payah...

Mungkin apabila Malaysia dilanda Tsunami sekali lagi baru semua orang nak sedar kot.. Atau bumi Malaysia ni diterbalikkan menjadi laut mati baru orang nak taubat.. Fitnah sana.. Fitnah sini..
Demi kepentingan dan kekayaan didunia ini manusia sanggup buat apa saja.. Fitnah sudah menjadi pekara biasa buat masyarakat Malaysia zaman sekarang nie mahupun dari zaman-zaman Nabi yang terdahulu lagi.. Biaq pi laa... depa nak buat apa pun.. Aku dengan agama aku, kamu dengan agama kamu...huhuhu.. yang Hak tetap Haq.. tak boleh nak ubah-ubah... cuma orang bodoh dan dungu saja yang rasa mereka dapat memiliki dunia ini melalui kekuasaan mereka...

Yang kena fitnah tu bersabaq laa.. Ini adalah kehendak Allah s.w.t juga dan pasti ada hikmah disebalik segala kejadian... Tapi bila satu hari nanti kita duduk kat tempat depa, jangan dok buat pula kat orang lain macam mana orang dok buat kat kita...... BIAQ PI LAAA...

1 ulasan:

zakir932 berkata...

wah... emosi yang terisi dengan ambisi akan menjadi visi

Yahudi musuh Islam