Member Aku:

Isnin, 28 Disember 2009

Asyura ...

Salam,

Aku masih ingat suatu masa dulu sewaktu aku masih budak di kampung orang ramai menyambut Hari Asyura. Siap dengan bubur Asyura lagi...perghh..Hari ini merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Sebelum masyarkat Islam mula berpuasa pada bulan Ramadhan. Nabi s.a.w telah mewajibkan masyarakat Islam berpuasa pada hari ini. Apabila baginda berhijrah ke Madinah dan baginda mendapati bangsa Yahudi juga berpuasa pada hari ini yang di sambut oleh mereka sebagai Yom Kippur. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

DI ANTARA SEJARAH PADA 10 MUHARRAM:
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Adam a.s. dicipta.
* Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
* Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
* Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
* Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
* Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
* Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
* Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
* Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
* Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA:
1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat.
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat.Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa Sunat Asyura.


WASALAM

3 ulasan:

zakir932 berkata...

bubur syura memang sedap siap mokcik2 kawasan rumah saya buat gathering ramai kacau bubur dengan bayaran rm25 sorang

zakir932 berkata...

terima kaceh tuan menyempurnakan post yang saya teruja sangat nak belek selalu sebagai peringatan....
paling saya teruja sekali bab MENAHAN MARAH sebabnya semalam saya memandu memang manyak sgt dugaan baran ni apabila orang lain memandu tanpa sivik sebaliknya aku pulak yang disalahkan. keter aku pulak yang kena hon bertalu-talu, macam lah aku ni pembuli jalanraya sedih siut..... kena makan snek perisa SABAR banyak-banyak....

bubur asyura memang sedap kawasan rumah aku ni mokcik2 buat gathering kacau bubur ramei2 tapi sekepaler wajib di caj RM25 sorang.

Dama-Ulan berkata...

Salam,

Saudaraku Zakir...
seronokkan klu dpr gotong royong buat bubur ni.. dulu sewaktu aku kecik2 kat kampung aku memang tiap2 tahun sambut perayaan Asyura...

Zaman dh berubah..kenangan hanya tinggal kenangan.. tu pun ramai yg tak tau bubur Asyura..

SABAR sebahagian drpd iman.. anggap aje apa yg terjadi pd kita adalah Afaal Allah s.w.t kerana pd Dia kita yakin segala urusan ini..

Wasalam...

Yahudi musuh Islam