Member Aku:

Rabu, 15 Julai 2009

Tabligh ooh tabligh..jangan terbalik ! ! !


Salam,

Semalam aku minum dengan kekawan, secara tak sengaja terbuka topik Tabligh. Aku pun teringat kembali pengalaman satu masa dulu ketika aku di Pasir Gudang, Johor. Bukan nak mengutuk sesaper kerana niat aku cuma nak kongsi pengalaman apa yang pernah aku lalui selama hidup atas muka bumi ni..

Tabligh, kalau tak silap aku ia diasaskan oleh seorang Maulana yang bernama Maulana Muhammad Ilyas Khandalawi dari India dalam tahun 1920an. Aku tak ingat sangat tapi lebih kurang cam tu la.

Satu hari aku ke Pasir Gudang atas urusan kerja. Bila masuk waktu solat Asar aku pun cari la surau ke masjid untuk berjemaah. Kebetulan aku jumpa sebuah surau kat area perumahan, so aku pun berjemaah sekali. Lepas selesai aje solat Asar, aku pun lepak la kejap kat anjung surau tu dan aku ternampak satu group Tabligh (khuruj) kat satu sudut anjung tu.

Disebabkan aku sesorang aje, aku pun ambik la rokok dari poket ingat nak hisap sebatang lepas tu nak balik sambung kerja aku. Belum sempat aku nak cucuh rokok, tetiba aku dengar bunyi piss…piss…piss… Aku pun toleh. Oooo rupa-rupanya salah sorang Karkun panggil aku. Disebabkan cara dia panggil aku tak betul, aku pun buat bodoh dan terus aku nyalakan api. Kali ni aku dengar suara pulak …hoii..hoii. Oleh disebabkan panas telinga aku dengar panggilan yang cam tu, aku pun tak jadi nak cucuh rokok. Save duit aku, time itu rokok DUNHIL sebatang 35sen. Aku terus menuju ke arah Karkun yang tak ada bahasa tu dengan serban kat kepala dan mata bercelak.

“Assalamualaikum” sapa aku.

“Walaikumsalam” jawab Karkun tu dan jemaah dia.

“Nape bang panggil saya. Saya ada buat salah ke?”

“Ini tempat beribadat, tak boleh hisap rokok sebab haram. Dah la datang surau tak bersembahyang lepas tu nak buat bende yang haram pulak” kata si Karkun tu..

Fuhhh… berdesing telinga aku dengar kata-kata dia. Mula la aku nak bertukar rupa jadi gaban..huhuhuhu.. Aku tengok ke dalam mata dia dan akhirnya…

“Hanya sifat yang layak menyembah Zat. Memang tak ada manusia yang mampu bersembahyang tanpa Afaaltullah” balas aku. Lantas aku pun bangun belah tinggalkan karkun-karkun yang bangang tu dalam keadaan terpinga-pinga.

Disini aku nak katakan, apa ilmu pun yang kita ada jangan pandang rendah pada orang lain sebab kekadang tu kita nampak seseorang tu macam gila tapi mana tahu dia tu bertaraf Wali…huhuhu

Bukan aku nak kondem Jemaah Tabligh ni. Apa yang cuba dia orang usahakan tu bagus. Cuma kekadang tu ada sesetengah jemaah terlalu taksub sangat yang akan membuat dia rasa dia lebih bagus dari manusia yang lain.
Zaman sekarang ni mana ada orang buat aktiviti macam Tabligh buat seperti Khuruj, Ta’lim, Jaulah, Bayan, Mudzakarah, Karkuzari dan Musyawarah. Aku akui semua tu benar dan bagus demi memperjuangkan agama. Imam Al Ghazali ada menulis dalam sebuah kitab Ilyah Ulumuddin.. “pada manusia itu ada 2 jenis penyakit hati yang boleh membawa kesesatan didalam terang, iaitu riak dan suma’ah. Nauzubillah….

Tentang rokok pulak…ada yang kata haram dan ada yang kata makruh. Aku sendiri pun tak tahu apa hukum yang sebenar sebab dulu kat kampung Tok Guru aku pun hisap rokok gulung. Kalau haram tak payah jual, mansuhkan Akta Tembakau dan letak rokok bawah Akta Dadah.

Aku tak marah. Cuma terkilan aje dengan sikap dan sifat Karkun tu. Tak patut dia panggil aku cam anjing. Dari segi pakaian dan penampilan memang nampak bagus tapi cara pendekatan dia salah terhadap orang awam. Cam ner nak berdakwah kalau dah cam tu? Adakah itu yang diajar oleh Maulana dia.

Kalau ada salah dan silap aku minta maaf bebanyak dan tulisan aku ni bukan terhadap semua jemaah Tabligh tapi ini adalah kisah benar yang aku sendiri alami. Bukan fitnah atau umpatan.

WASALAM

“MA’ANI AKU HANYA MENGHARAP PADA NAFSIAH DAN SALBIAH. PUJIAN AKU HANYA PADA MAKNAWIYAH DAN ITULAH AFAALTULLAH”

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam

Minta maaflah kalau ada karkun yg buat sebegitu pada anda, Mungkin dia masih belum memahami nilai2 dakwah yg sepatutnya ..maklumlah kdg2 yg keluar tu mungkin baru kali pertama, Mungkin masih terbawa2 sikap sebelum join tabligh. Yg sebetulnya hikmah lah yg diutamakan ...

Apapun, jgn kerana nilai setitik rosak susu sebelanga, Insya Allah, masih ramai karkun2 yg hikmah di luar sana

Jazakallah

Dama-Ulan berkata...

Salam kepada saudaraku,

Bukan semua karkun macam itu. Selama ni pun aku memang sokong perjuangan Tabligh nie. Sebab yang kebaikan untuk Islam itu wajib kita sokong dan kemungkaran terhadap agama itu wajib kita tentang...

Kalau Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia dapat buat macam Tabligh ni, aku pasti ia akan memberi nama baik kepada pertubuhan itu sendiri. Kerana orang terbuka hati saja yang akan ikut...

Terima kasih dengan komen saudara.

Yahudi musuh Islam