Member Aku:

Khamis, 8 Oktober 2009

Babi dalam makanan


Salam,

Hahahaha... dah memang betul babi buat ape nak sorok.. cume kekadang tu ramai yang tak tahu dan tak sedar.. setahu aku memang babi..dan babi..

Ni aku nak citer tentang babi.. walaupun haiwan ini adalah mahluk Allah s.w.t tetapi ia adalah haiwan yang bernajis atau haram kepada umat Islam... mungkin zaman berubah kekadang orang tak berapa kisah sangat bab halal/haram.. bagi aku adalah wajib untuk aku memberitahu setakat yang aku tahu supaya dapat dimanafaat oleh umat Muhammad yang lain..
Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya. Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Di bawah ini aku senaraikan 'E-CODES' yang diperolehi daripada Syeikh Sahib yang bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan:
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481,E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam