Member Aku:

Selasa, 27 Oktober 2009

Hikayat tiga bedul

Salam,


Minta nyawa...minta nyawa..minta nyawa... wakakakakaka

Lawak btul, tapi dlm lawak ada kebenaran kerana manusia dari dulu sampai sekarang memang dok minta nyawa supaya dipanjangkan usia agar dapat menikmati kehidupan didunia yang penuh penipuan ini..

Dialog diatas aku ambik dari cerita Tiga Abdul arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dari usia kecik sampai la sekarang memang aku suka tengok citer beliau yang penuh dengan mesej yang tersendiri.

Rentetan dari entry aku "Babi dalam makanan" hari ni, aku nak citer tentang hikayat tiga bedul... huhuhuhu... citer dia sama dengan tiga abdul cume citer ini aku sendiri yang karang..wakakakaka...

Manusia sentiasa tamak.. tamakkan harta kebendaan yang menjurus kepada kekufuran... kenapa??? Kerana mereka tidak pernah b'syukur dengan nikmat yang Allah s.w.t telah berikn?. Atau mungkin fakto kesibukan membuat manusia lupa kepada kejadian dan matlamat kejadian manusia di muka bumi ini?.

Materialistik merupakan salah satu penyebab yang membolehkan manusia itu melalukan apa saja pekerjaan walaupun ianya bertentangan dengan akidah umat Islam. Apa yang nak dihairankan pada zaman yang serba canggih ini perbuatan maksiat telah menjadi rencah dalam kehidupan kita.. So apa nak hairan kalau ada sang isteri yang sanggup meninggalkan suami tanpa keizinan demi memenuhi kehendak sendiri untuk mencari kesenangan.. Adakah menjadi keganjilan jika orang yang kaya semakin kaya dan miskin terus miskin? Pecah amanah, rasuah, tiada kejujuran dan tiada jati diri menjadi satu virus baru didalam kehidupan manusia yang dikatakan semakin maju. Namun adakah kita sedar tentang pekara ini?

Sanggupkah manusia itu hidup dalam kemiskinan? Pastinya tidak... kerana kemiskinan juga boleh membawa kepada kekufuran. Itulah kata-kata mereka yang jahil dan buta kepada kebenaran tentang kejadian oleh Allah s.w.t. Jika pada diri manusia itu tidak diisi dengan benteng ketahanan yang kuat maka sememangnya kemiskinan membawa kepada kekufuran. Menurut pengarang Tuhfath al-Ahwazi Syarh Jami` Tirmizi ketika menghuraikan hadis ke 3525 Tirmizi, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu`aim dalam al-Hilyah daripada Anas sebagaimana tersebut dalam al-Jami` al-Saghir. Al-Munawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa sanadnya adalah amat lemah (wahin). Al-Qari pula mentafsirkan kefakiran itu sebagai kefakiran jiwa dan hati bukannya kefakiran harta. Kefakiran jiwa sememangnya membawa kepada kekufuran.


"Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian." (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no
2924)


NANTIKAN SAMBUNGAN 'HIKAYAT TIGA BEDUL' DI EPISOD AKAN DATANG

"JANGAN MARAH HAA.. NANTI KENA JUAL DAN SEGALA HARTA ANDA AKAN DIRAMPAS"

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam