Member Aku:

Sabtu, 24 Oktober 2009

Najib semakin matang...BAJET2010

Salam,




Dalam kemelut politik yang tak menentu baik di pihak BN mahupun di pihak PR.. Namun semalam Datuk Najib kita telah membuat satu perubahan pandangan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan beliau..

Belanjawan yang dibentang oleh beliau semalam di Parlimen menampakan kematangan beliau didalam arena politik negara. Oleh kerana rata-rata rakyat merasakan beberapa barangan akan dinaikan harga berikutan kenaikan cukai dan duti kastam namun belanjawan semalam menafikan dakwaan yang seumpama itu. Mungkin beliau juga memahami keadaan politik dalaman BN yang semakin tenat dan mula ditolak oleh rakyat maka diharap belanjawan semalam dapat menambat hati rakyat semula.

Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak:

* RM100 juta untuk kegunaan dalam bidang pendidikan sahaja dimana 48juta bagi mengubah kemudahan & kurikulum pra sekolah, 32juta bagi meningkatkan kadar literasi & numerasi bagi murid-murid Tahun 1 dan 20juta lagi bagi meningkatkan pretasi sekolah tinggi dan geran autonomi kepada pengurusan sekolah bagi melahirkan pelajar cemerlang.

* Pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan individu drpd 27% kpd 26%.

* Pelepasan cukai peribadi dinaikkan drpd RM8,000.00 kpd RM9,000.00.

*Peningkatan dalam pelepasan cukai peribadi sebanyak RM6,000.00 yg disumbangkan kpd KWSP dan premium insuran nyawa kpd RM7,000.00.

* Pelepasan sebanyak RM1,000.00 yg diberi dalam skim pembayaran premium anuiti kpd syarikat-syarikat insurans.

* Pelepasan cukai bagi langganan jalur lebar sebanyak RM500.00.

* Menyediakan klinik kesihatan didalam komuniti perumahan.

* Pengurangan defisit negara.

Manakala terdapat juga cukai yang diperkenalkan semula seperti:

* Cukai pendapatan hartanah.

* Cukai perkhidmatan kad kredit & kad caj sebanyak RM50.00 dan RM25.00 setahun.

Walau bagaimana pun pelaksanaan saluran pembelanjaan selepas ini yang memainkan peranan kerajaan untuk membuktikan ketelusan yang mana "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Jika pelaksanaan saluran belanjawan masih mengikut trend lama, maka rakyat tetap akan terus menolak UBN dimasa hadapan.

Namun jika dilihat kembali kepada belanjawan PakLah untuk 2009 terdapat satu peruntukan sebanyak 35 bilion untuk sekto perkhidmatan pengangkutan awam bagi tempoh 2009 sehingga 2014. Pada hari ini sekto pengangkutan awam yang masih tidak menunjukan tanda-tanda penambah baikan?.

Najib seharusnya memberi penerangan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi kerana didalam pembentangan bajet2010 tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan penukaran corak ekonomi dari 'lowage' kepada 'high income economi'?. Pada 23 Okt lalu, kerajaan bersama MIER dalam peringkat akhir kajian bagi pelaksanaan dan implikasi GST kpd rakyat.


"MASIH TERDAPAT TANDA TANYA DALAM PELAKSANAAN BELANJAWAN 2010"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A'kum..maafkan patik pacar yang hina..rasanya ada sedikit pembetulan pada data dana peruntukan pendidikan di dalam blog tuan:

i) RM 30 bilion bagi pendidikan rendah dan menengah untuk manfaat 5.5 juta pelajar.

ii) RM 100 juta bagi perlaksanaan Program Permata

iii)RM 1.6 bilion bina 80 sekolah baru serta 1,100 blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah.

iv)RM 1.1 bilion ubah suai dan naik taraf sekolah.

v)RM1.3 bilion biayai pengurusan dan naik taraf politeknik serta kolej komuniti.

Sekian,terima kasih.

Dama-Ulan berkata...

Salam,

Terima kasih atas pembetulan diatas. Bagaimana pn kerajaan haruslah telus dan jujur dalam melaksanakan pembelanjaan yang dibentangkan..

Sekian.

Yahudi musuh Islam