Member Aku:

Jumaat, 7 Ogos 2009

BABI....

Salam,




babi..babi..babi...
Babi punya pasal manusia yang susah..hehehehe
Ada orang kata sebab manusia tu terlalu jauh tersasar dari landasan kehidupan maka Allah s.w.t turunkan bala..betoi tu...betoi.. Yang baik dan yang buruk dari Allah s.w.t juga..

Selesema babi juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Kes - Kes Baru: 16
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 16
Kes Kematian: 3
Jumlah Kes di Malaysia: 1,492 dengan jumlah kematian 14 orang.



Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.



Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.
Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam. Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A jenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.

Walau apapun kesimpulannya, penyakit ini adalah sebagai ingatan kepada kita...



"Kembalilah ke jalan Allah s.w.t"

Di tepian simpang ini
Sejenak Aku terhenti
Terbayanglah bagaimana
Pengembaraanku bermula
Aku tinggalkan segala yang
Aku sayang dan ku cinta
Hanya untuk mencari
Satu identiti diri yang murni
Setelah terjerat dalam
Dilema aku mengerti
Bagaimana sukarnya
Mengenal diri sendiri
Hanyutlah aku dalam arus
Hidup yang tak menentu
Maka timbul kesedaran
Yang aku selama ini keliru

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam