Member Aku:

Sabtu, 15 Ogos 2009

Nak ke mana tuuu....

Salam,

Aku masih tertanya kemana arah tuju ahli politik kita ? ? ?....
Sekian hari aku tengok pergolakan politik negara semakin tenat...kepada sesiapa saja yang bergelumang dengan permainan politik nie, nasihat aku sudah-sudah laa..kita belajar la dari sejarah...

Parti Islam Se-Malaysia (ڤرتي اسلام س-مليسيا) juga PAS, ditubuhkan sebelum merdeka lagi setelah pengharaman Hizbul Muslimin oleh penjajah seawal 1948.Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih menonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Bertambahan ramai lagi pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan



Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama. Tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

Zaman sekarang ni yang buat aku pelik ialah kenapa kita nak gaduh sesama sendiri? ? ? Kenapa UBN tolak PAS sekeras-kerasnya ? ? ? Apakah faktor UBN buat cam tu ? ? ? Kalau dulu UBN dah tolak Dato' Onn dari UMNO dan hari ni UMNO tolak PAS...

Perjuangan UBN dalam menegakkan sebuah negara Islam masih samar dan tak menampakkan arah tuju..dah berapa lama UBN memerintah negara..tak ada perubahan yang dibuat dan semakin hari PAS dipandang sebagai ancaman kepada UBN...aku tak paham...adakah kejadian Memali akan berulang kembali demi kepantingan politik sahaja ? ? ?

Lihatlah kepada dunia...belajarlah dari kejadian dunia...Apakah akan terjadi puak-puak di Malaysia yang akhir sekali berperang sesama sendiri ? ? ?

Aku yang bertanya "Nak ke mana tuu"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Sebenarnya UMNO tidak memperjuangkan agama Islam. Jika perjuangan UMNO berlandaskan Islam. Ana percaya yang masalah rasuah dapat dihapuskan. Disebabkan tiada perjuangan serta fahaman Islam yang diterapkan oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri maka apa yang kita lihat pada hari ini itulah UMNO walaupun ahli UMNO itu beragama Islam.

Dama-Ulan berkata...

Salam,

Terima kasih diatas pandangan ente.
Lain kali taruh la nama supaya ana boleh kenal ente...

Wasalam..

Yahudi musuh Islam