Member Aku:

Selasa, 4 Ogos 2009

Sedihnyee.....

Salam,


Sedih...sedih....sedih....itulah apa yang aku rasa bila tengok apa yang jadi pada 1hb Ogos lepas... Tak abeh-abeh dengan demonstrasi jalanan.. udah-udah la tu.. menyusahkan orang ajee...


ISA (Internal Security Act)..kalau korang nak tahu ISA ni di draf pada tahun 1960 oleh seorang Yahudi British iaitu Reginald Hugh Hickling.. Undang-undang ni memang zalim dan tak ada perikemanusiaan.. Sebab dibawah arahan seorang Menteri Dalam Negeri sahaja seseorang itu boleh ditangkap dan dipenjarakan selama 60 hari yang pertama tanpa perbicaraan dan boleh disambung sehingga 2 tahun.. Yang lebih zalim lagi tahanan 60 hari itu akan diseksa dari segi mental dan fizikal... Alamakk...manusia ke binatang yang suka dok buat kerja cam ni ? ? Yang sedih lagi mangkuk hayun ni la yang mendrafkan Perlembagaan Malaya, Deklarasi Merdeka dan Kod Tanah Kebangsaan. Alamak sedih betoi laa... tak ada ke anak-anak Melayu waktu itu yang boleh buat... Dalam erti kata lain, kemerdekaan yang Tunku dapat waktu itu pun bukan 100% hak kita laa...sebab draf undang-undang dan perlembagaan disiapkan oleh orang Yahudi...tak heran laa aku bila ada demonstarsi jalanan dah jadi cam kat Palestin dengan Israel....huhuhuhu..

Tu pasal la rakyat pun keluar ke jalan untuk tunjuk perasaan.. Tapi nasihat aku la kepada pemimpin PR ni...jangan la dok buat kerja cam nie lagi...menyusahkan orang tau tak...yang dok meniaga tepi-tepi jalan tu cam mana ? ? ? lagi pun apa yang hampa dapat ? ? ? dapat kena pukul dengan polis dan hujan asid... ishh ishhh ishh tu yang buat aku sedih sangat tengok apa yang jadi di Kuala Lumpur..

Zaman sekarang dah tak boleh guna cara yang cam ni lagi..PR harus ambil hati rakyat supaya pilihanraya nanti boleh pegang tapuk negara..lepas tu nak tukaq ISA ka..nak mansuh kaa..hampa buat.. jangan dok ajak orang ramai-ramai dok pi tunjuk perasaan.. yang kena tangkap tu sapa yang nak jamin ? ? ?

Harus diingat jangan bagi peluang pada UBN untuk pergunakan isu ini sebagai modal dia orang berkempen.. Memang ISA tu kejam tapi tindakan PR tak betoi dan tak berbaloi.. UBN memang dah tak dapat tempat dihati rakyat lagi sebab rakyat dah jelak dengan sikap UBN...apa yang buat PR menang besar dalam pilihanraya lepas pun sebab rakyat nak tunjuk protes pada kerajaan...jangan disebabkan isu remeh temeh cam ni boleh membuat rakyat jemu pulak dengan PR..



"Jangan...jangan... nanti orang benci pada PR"

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam