Member Aku:

Khamis, 4 November 2010

Sejarah baru nak mula

Assalamualaikum..

Kebelakangan ini aku mula x aktif nak update blog aku. Banyak sangat urusan yang nak kena bagi selesai dulu. Hari nie aku nak komen cikit berkenaan saranan Tim. PM kita yang berucap sewaktu perhimpunan sarkas baru2 nie.. Aku memang sokong sangat kalau matapelajaran sejarah menjadi subjek wajib lulus. Cayalah TPM...

Aku berharap sangat kerajaan dapat menitik berat tentang fakta2 sejarah negara dan Islam untuk memberi pengetahuan kepada para anak2 kita supaya bila besar tak buta sejarah.. Kalau boleh ajaq sekali tentang sejarah diri... tapi mau ka depa nak ajaq? hahahaha...

Kenapa aku sokong? Sebab aku juga buta sejarah suatu masa dulu walaupun SPM aku dapat kredit subjek sejarah.. Dulu aku tak kenal pun Yahudi. Siapa Yahudi, dari mana mai Yahudi nie semua tu aku tak pernah tahu.. Akhirnya bila berlaku perang Teluk pertama baru aku perasan wujudnya bangsa Yahudi. Dalam subjek Pendidikan Islam ada sentuh tentang bangsa Yahudi tetapi tidak dijelaskan secara formal.. Aku terpaksa laa belajaq sendiri tentang sejarah Islam dan dunia baru aku tau Yahudi laknatullah nie adalah pendatang haram di bumi Palestine...

Bila sidang sarkas baru2 nie TPM kata nak wajib lulus subjek sejarah. Akulah orang pertama yang setuju dan sokong. Nampaknya PRU akan datang kena pangkah dacing laa.. hihihihi... Harapan aku kerajaan Malaysia suatu hari nanti dapat memperbetulkan beberapa fakta sejarah baik yang didalam negara mahu pun luar negara supaya dapat melahirkan generasi intelek. Kalau setakat sejarah Melaka cikit, Tanah Melayu cikit, Negeri2 Selat... aku rasa tak ada subjek tu pun tak pa.. sebab tak ada perbezaan.

Masyarakat kita seharusnya berpandangan jauh kehadapan.. untuk melihat jauh ke hadapan kita seharusnya tahu tentang sejarah silam supaya pandangan itu tidak menjadi sekadar angan2 dan sejarah tidak berulang lagi...

Akhir kata.. pelajarilah sejarah diri... hihihihi... ilmu tu untuk sepanjang zaman.

3 ulasan:

Puteri berkata...

saya pon sokong subjek sejarah jadi subjek wajib..
sebab dulu memang minat sejarah
selalu skor..
dapat A.. hehehe
PMR, SPM.. A belaka..
hihihi
bukan riak atau menunjuk2.. sekadar berkongsi.. tak salah kan? :)

tapi kan.. kalo diorg jadikan sbjek ni sbjek wajib... kalao setakat salah satu alternatif nak promot BN.. saya rasa tak payah dan langsung tak setuju.

buku2 sejarah yang dari zaman ibu ayah kita belajar tu, yang tu jugak lah kita belajar..
(ayah saya yang cakap macam tu masa saya study buku sejarah tingkatan 2 atau 3 dahulu)..

lepas tu, silap2.. pomot yang BN umno ni la yang dok perjuangkan kemerdekaan, rakyat Malaysia, tanah air bla3...

dan kompem depa takkan sentuh merekalah yang meng-anak-yatim-kan (bukan lagi meng-anak-titi-kan) bahasa Melayu di negara sendiri...

ops.. terpanjang pulak komen. hehe.. tuan tapak jangan marah yer..

psssttt...
kalo jadi MB nanti ofer2 la den.. nak jugok jadi menteri.. paling kurang jadi kroni pon okey ape...

[merujuk kepada komen di BujangSusah]

assalamualaikum
salam satu iman
salam satu akidah
salam satu Islam..

peace! (^^)
-puteri-

hentian berkata...

masa IM belajar dulu subjek Ilmu Alam dengan Sejarah adalah partner. salah satu mesti lulus.

IM suka ilmu alam sebab itu tak minat sejarah...

Dama-Ulan berkata...

bagi pendapat saya sejarah itu penting utk kita ketahui supaya tidak ada fakta yg dapat diseleweng. Masalah sekarang ramai yg tidak tahu sejarah maka mereka mengambil sikap mudah dengan buat "bodo"...

spt sejarah UMNO.. klu bukan krn Dato' Onn adakah UMNO itu dpt wujud pd hari ini.. hihihihi.. takut jadi cam PKMM, API dll...

krn sejarah tidak diajar dgn fakta yg betul maka kes Memali pn ramai yg x tahu... rakyat terus diperbodohkan..

Yahudi musuh Islam