Member Aku:

Khamis, 2 September 2010

Bulan Puasa...

Assalamualaikum...

Ramadhan kembali lagi... hehehehe tanpa jemu sentiasa menetapi masa. Manusia sentiasa sibuk dan masa berlalu tanpa jemu.. Pasar2 Ramadhan tumbuh seperti cendawan disana sini dan manusia yang sibuk macam aku nie memang tak lepas peluang untuk mencari juadah untuk berbuka..

Hmmm.. petang tadi sewaktu aku balik dari sebuah kilang dengan bos aku. Kami telah melalui satu kawasan pasar Ramadhan, jalan mula sesak dengan kereta. Tetiba bos aku tanya

"Bulan puasa u orang tak masak ke?"
"Masak.. tapi kalau beli lagi senang, pilihan pun banyak" jawab aku. Soalan bos aku tu buat aku terkenang dengan satu kenangan sewaktu aku kecik2 dulu.

Bulan puasa nie kira bulan rahmat dan yang paling meriah buat aku. Juadah berbuka nie tak payah nak cerita.. kat kampung siapa yang tak kenal dengan aku "Chop". Muka nie la bila tiba waktu petang dok hantar juadah ke rumah2 jiran sambil bertukar2 makanan. Bila tiba time berbuka.. tu dia.. penuh satu meja. Zaman berlalu dan manusia berubah mengikut peredaran.

Waktu malam setelah selesai berbuka mula la dok main 'polis sentri' habis sampai dlm jamban (tandas) org pun jadi tempat nyorok.. time itu hantu setan dah tak wujub buat aku.. Apakah anak2 aku nanti dapat merasa semua itu?

Kalau moreh makan dalam talam besar.. kuah aku pi kat hang, kuah hang mai kat aku.. itu pun tak kisah, langsung tiada perasaan jijik. Tiada perasaan hasad sesama kami.
Pagi raya setelah habis solat raya, kewajiban aku adalah pergi ke kubur arwah abah. Anak kecik yang dipimpin oleh seorang perempuan tua akan melalui di celah2 nisan untuk membersihkan pusara arwah abah dan anak kecik itu juga sentiasa mendapat perhatian orang ramai yang ada dikawasan itu.. Ihsan orang dapat la aku duit raya..

"Kenapa tiba2 aku terkenang balik peristiwa ini semua?"

4 ulasan:

hentian berkata...

"Kenapa tiba2 aku terkenang balik peristiwa ini semua?"

.
.
.

sebab bukan sahaja Ramadhan datang lagi. Malah dah nak pi. Syawal pula mengganti.

CD raya pun dah melambak kat kedai...

Dama-Ulan berkata...

Thank you Abg IM... hmmm dah dekat2 hujung nie ati lagi sayu rasanya..
mungkin sbb dh lama tak balik Kebun Sireh...

zakir932 berkata...

assalamualaikum...

dalam ramadhan terkenang saja,
mengimbau silam yang terdalam,
itulah harta jiwa dan raga,
buat muhasabah di setiap malam.

bagi aku pulak tak der maknanyer kenangan silam dalam hidup aku menyakitkan hati jer......

tapi kadang-kadang kenangan itu datang terjah secara automatik... bukan senang nak padam cakera lisut tu...

SALAM SALAMAT AIDILFITRI TUAN

Dama-Ulan berkata...

kenangan itu merupakan pengalaman dan pengalaman itu juga merupakan ilmu....:)

Yahudi musuh Islam