Member Aku:

Isnin, 30 November 2009

Berkorban apa saja.....

Salam,

BERKORBAN APA SAJA..
HARTA ATAUPUN NYAWA...


Kata-kata punjangga, manusia sedang mabuk bercinta.. LAUTAN API SANGGUP AKU RENANGI.. bertapa taksubnya manusia apabila dilamun cinta.. entry aku kali ini nak citer tentang dunia percintaan remaja zaman sekarang..

Trend dalam "bercinta" zaman sekarang seperti menjadi satu kemestian kepada mahluk yang bernama manusia. Apa yang dapat dilihat dari perilaku remaja sekarang kebanyakan tidak memberi erti yang sebenar dalam percintaan yang akhirnya membawa kepada kemaksiatan.

Kerana rasa kasih dan sayang aku kepada remaja yang seagama dan sebangsa maka aku tuliskan entry ini untuk tatapan bersama..

KEWANGAN
Rata-rata remaja yang sedang mabuk bercinta akan menghadapi masalah ini. Nak khawin bukan senang, banyak belanja yang nak kena pakai. Kalau baru keluar IPTA/IPTS dan baru nak kerja...mana nak cekau duit bebanyak yoep...

ADAT
Ini pun salah satu masalah besar.. sebab pepatah Melayu ada sebut 'bior mati anak, jangan mati adat' memang betul.. rata-rata mak bapa tak kisah kalau anak perempuan mereka di usung kesana sini asalkan majlis penikahan ikut adat. Anak buat maksiat pun tak pe... janji bakal menantu mampu bayar hantaran beribu-ribu...

BERKORBAN
Hahahahaha....ini lagi satu masalah. Sebab perempuan ni bila dah suka sanggup berkorban apa saja... no komen lebih2...

KESIMPULAN mudah saja seperti mana Islam itu pun mudah.. kalau dah suka sama suka tak payah la nak ikut adat sangat sebab yang penting adalah maruah dan harga diri.. kekadang pekara yang tak bersangkutan dengan agama itu kita titik beratkan sedangkan pekara yang mengikut lunas agama kita abaikan. Kalau yang jenis 'liar' itu memang dah tak boleh nak buat apa lagi kecuali hidayah dari Allah s.w.t. saja ubatnya.. Yang aku bimbang ni golongan yang terpedaya dengan istilah cinta.. hihihihi... memang Adam a.s pun terpedaya dengan syaitan tetapi itu bukanlah alasan. Jika dilihat sewaktu Adam bersama Hawa apakah telah wujud kitab Al Quran, Hadith dan Sunnah sebagai rujukan ilmu?

Aku tak maksudkan kepada semua perempuan diluar sana.. tak semua yang cam tu, hanya sesetengah dan kesalahan ini pun bukan disebabkan kaum hawa saja kerana kaum adam pn memainkan peranan jugak... Cuma sedih berdetik di hati bersama perasaan marah dengan sifat manusia yang tidak mahu melihat dengan mata hati. Akhirnya lahir generasi yang terus karam dilautan ciptaan sendiri dan generasi itu akan terus menerus bersambungan maka jadilah generasi yang sentiasa rugi hanya 'gah' pada nama dan gaya sahaja.


AKU YANG PAPA, MISKIN, DAIF DAN HINA....

2 ulasan:

zakir932 berkata...

salam dari zakir si fakir nusantara....,

cinta adalah keasyikan bagi kekasih dan cinta juga adalah hijab kepada pencipta...

Hadist riwayat Al-Bazaar dengan sanad hasan dari Abdullah bin Amr, ia berkata: Rasulullaah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Siapa yang mencintai seseorang karena Allah, kemudian seseorang yang dicintainya itu berkata, “Aku juga mencintaimu karena Allah.” Maka keduanya akan masuk surga. Orang yang lebih besar cintanya akan lebih tinggi derajatnya daripada yang lainnya. Ia akan digabungkan dengan orang-orang yang mencintai karena Allah.”
.
.
.
.
Fudhail r.a berkata, "Jika kau ditanya, apakah kau mencintai Allah? maka diamlah. jika kau jawab tidak, maka kafirlah engkau. jika kau jawab ya, maka itu bukan adab orang muhibbin" iaitu adakah amal perbuatan mu menunjukkan kamu mencintai allah iaitu adakah kamu sanggup menuruti segalanya perintahnya dengan tanpa bosan dan keluh kesah apabila tiada mendapat hikmah darinya.....?

nurayunni berkata...

Klu da mabuk cinta mcm2 bleh jadi...

Yahudi musuh Islam