Member Aku:

Isnin, 9 November 2009

Berduyun-duyun orang ke Makkah....

Salam,

Sekarang ni orang ramai dok sibuk untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Korban (Aidul Adha) dan tak lupa juga kepada para jemaah haji bagi mengerjakan rukun Islam yang ke lima. Pada hari kemerdekaan bagi umat Islam keseluruhannya dapatlah kita lihat peristiwa sekali dalam setahun bagaimana usaha sesetengah jemaah haji dari segala pelusuk dunia akan datang mengunjungi Baitullah Al-Haram.


Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Tidak kesemua para jemaah itu merupakan orang yang kaya dan ada sesetengah mereka yang terpaksa memerah keringat setiap hari untuk mencapai matlamat untuk menunaikan haji. Ada orang yang terpaksa menabung bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke tanah suci. Boleh dikatakan bahawa umat Muhammad itu akan terus berusaha untuk menunaikan ibadah haji.

Kekuatan serta peganggan umat Muhammad zaman sekarang bertambah kuat jika dilihat dari keazaman mereka dalam melakukan ibadah haji. Aku terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang ibadah haji ini. Tidak kira apa bangsa sekali pun, asal usul keturunan dan bahasa pertuturan ibadah haji hanya boleh dikerjakan di Makkah sahaja. Begitu juga dengan kiblat kita, dengan erti kata lain umat Islam sedunia hanya menuju ke satu arah sahaja. Tiada dua atau tiga seperti mana sesetangah agama yang membolehkan mereka menyembah tuhan mereka mengikut arah masing-masing. Tidakkah umat Islam itu bersatu?

Persoalannya mengapakah sehingga hari ini umat Islam sedunia tidak boleh bersatu terutamanya Liga Arab جامعة الدول العربية‎. Liga Arab mempunyai seramai 22 buah negara anggota dan 2 negara pemerhati yang ditubuhkan pada 22 Mac 1945. Tidak cukup dengan itu ditambahkan lagi dengan OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organization of the Islamic Conference) yang ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Maghribi yang dianggotai 57 buah negara dan 5 buah negara sebagai pemerhati. Namun penindasan terhadap umat Islam masih dapat dilihat sehingga ke hari ini seperti di Palestine.

Permasalahan ini adalah disebabkan oleh pengaruh Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat. Boleh dikatakan 95% ekonomi Amerika dan 70% ekonomi dunia dimonopoli oleh Yahudi. Hasil tindakan kejam oleh rejim Nazi dalam kejadian Holokus pada 1941 yang memberi peluang kepada Yahudi untuk meraih simpati dunia terutama dari British dan Amerika Syarikat yang membuka peluang kepada mereka menjadi pendatang haram ditanah Palestine.

Jika lihat pada sejarah sememangnya bangsa Yahudi ini setiasa menjadi pelarian dan merekalah bangsa yang tidak mempunyai negara sendiri. Tetapi hasil dari ketekunan mereka merangcang dan merangka fahaman Zionisme oleh seorang wartawan dari Austria-Hungary berbangsa Yahudi iaitu Benjamin Ze'ev (Theodor) Herzl (2 Mei 1860 - 3 Julai 1904) maka pada hari ini dapat dilihat negara Palestine ditukar nama kepada Israel.
Liga Arab dan OIC hanya mampu melihat akan ketidak adilan yang berlaku disana.



Mengapa Liga Arab dan OIC tidak melihat tentang komitmen yang ditunjukkan oleh umat Islam dunia?
Apakah negara Islam akan terus berharap supaya PBB dapat berlaku adil?
Mengapa negara-negara Islam yang kaya dengan hasil bumi terus membiarkan sekutu Yahudi ini terus mengambil kesempatan terhadap mereka?
Tidak dinafikan bahawa bangsa Yahudi ini merupakan bangsa yang paling cerdik didunia, namun dimana pulak kekuatan negara Islam dunia?
Mengapa A.S beriya-iya untuk menceroboh ke Iraq, Afghanistan dan mencapuri urusan politik negara-negara Islam seperti Pakistan, Afrika dll?
Sekutu Yahudi kena memastikan tiada satu pun negara Islam dunia dapat berdaya saing, sekiranya ada pasti A.S akan membuat serangan tehadap negara-negara ini. Dunia hanya dapat melihat tanpa boleh melakukan sesuatu.


Iraq dan Saddam Hussien merupakan negara dan pemimpin Islam yang jitu pada zaman moden ini. Aku berkata begitu adalah disebabkan Saddam sahaja pemimpin Islam dunia yang mempunyai pendirian dalam memerangi Yahudi. Sewaktu Perang Teluk Parsi (2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991) yang pertama, berapa banyak peluru berpandu Scud yang telah memasuki wilayah Israel dan Saddam menggatakan bahawa mereka tersalah tembak peluru itu sehingga memasuki wilayah Israel. Selepas tamat perang A.S mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iraq dan negara Islam jati ini juga mengambil pendirian untuk tidak menjual minyaknya ke pasaran dunia selama sekatan dikenakan. Dapat dilihat sebelum A.S menyerang Iraq buat kali kedua harga minyak dunia mula tidak menentu dan A.S terpaksa juga menyerang Iraq demi kepentingan sekutunya iaitu Yahudi. Dunia Islam hanya melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.

Seharusnya Saddam Hussien itu wajib diberi anugerah Nobel dunia Islam. Namun siapa yang berani untuk bersuara?...

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam