Member Aku:

Isnin, 23 November 2009

PERINGATAN...!!!! ANDA SUKA MENARI POCO POCO ?

Salam,

OLEH KERANA 2-3 HARI NI PALA AKU ASYIK PENING-PENING DENGAN URAT TENGKUK DAH MULA TEGANG... AKU KETANDUSAN IDEA UNTUK BLOG AKU INI... SETELAH DOK MELAWAT BLOG PARA SAHABAT DAN AKU TERJUMPA ENTRY INI DARI BUJANG SUSAH.. WAT SUSAH-SUSAH AJE SI BUJANG SUSAH NI... MAKA AKU PUN MINTA IZIN UTK COPY & PASTE KAT BLOG AKU... SEMOGA IA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBACA BLOG AKU PULA...UCAPAN TERIMA KASIH AKU PADA BUJANG SUSAH


Poco-poco yg tersirat.....

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar..Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM....

3 ulasan:

zakir932 berkata...

kebanyakan church di filipina adalah berakidah gospel iaitu penyeruan ketuhanan jesus melalui seni muzik dan sedikit rentak digunapakai bersesuaian dengan irama. jadi tak hairanlah bilamana berlaku pergerakan tarian bagi menarik minat penganut agar terus bersatu di dalam church. seperti mana yoga di haramkan adalah kerana terdapat unsur peniruan perilaku dan mentera yang di lafazkan ketika melakukan upacara meditasi...

nabi saw bersabda ”Siapa yang meniru suatu kaum maka ia adalah bagian dari mereka.”

sesungguhnya islam melarang keras umatnya meniru berbagai prilaku yang menjadi bagian ritual keagamaan tertentu diluar islam atau mengenakan simbol-simbol yang menjadi ciri khas kafir seperti mengenakan salib dan pakaian khas mereka atau ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Sesungguhnya Islam menafikan fikroh salib, firman-Nya :

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِن شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُواْ فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلاَّ اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا ﴿١٥٧﴾

Artinya : “Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.” (QS. An Nisaa : 157)

jadi islam adalah tulen dengan nilai tersendiri yang membedakan dengan lain-lain keagamaan. namun perilaku peniruan ianya jadi harus jika terdapat unsur paksaan yang tidak terdaya untuk ditentang selagimana aqidah iman dan tauhid tidak tergugat. Lalu bertaubatlah dan terus bertaubat seandainya timbul was-was..

Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.” (QS. An Nisaa : 86)

sesungguhnya Allah tidak meredhoi adanya kekufuran terhadap hamba-hambaNya

“Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (QS. Al Kafirun : 6)

“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah Dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir Padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, Maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. (QS. An Nahl : 106)

nurayunni berkata...

dulu suke gak tarian p0c02 nie..

Dama-Ulan berkata...

Salam,

Terima kasih kepada sahabat2 blog aku yg sudi beri komen dan pendapat..

Sekurang-kurangnya kita dpt mengetahui sesuatu yg kita tidak tahu dan berbincang di dalam pandangan sudut yg berbeza..

Ilmu Allah s.w.t itu amatlah luas..

Terima kasih...

Yahudi musuh Islam