Member Aku:

Isnin, 16 November 2009

Tak pa......

Salam,

Kiamat yang semakin hampir... Tergerak hati aku untuk mengupas satu topik iaitu tentang kiamat. Rata-rata manusia di zaman sekarang terlalu lalai dan ambil mudah dalam perjalanan kehidupan seharian... Manusia bersedia menjadi pembunuh demi untuk mendapat kemewahan (meterialistik) untuk masa depan. Apa yang aku maksudkan sebagai pembunuh adalah dari satu artikel dalam Harian Metro hari ini:

Gugur kandungan berusia sebulan
SAYA baru berusia 21 tahun dan mendirikan rumah tangga Mac lalu. Untuk pengetahuan puan, saya masih belajar di universiti manakala pengajian baru bermula dan dijangka tamat pada 2013.
Pada Ogos lalu, saya disahkan hamil, tetapi saya belum bersedia dari segi fizikal dan mental. Begitu juga suami. Selepas berbincang, kami sepakat menggugurkan kandungan ketika ia berusia hampir sebulan.

MEL,
Sepang, Selangor.


Begitu mudah dan murahnya moral manusia itu yang sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Ini belum kita sentuh tentang masalah anak di luar nikah dan pekerjaan maksiat yang dilakukan oleh anak remaja zaman sekarang. Apakah kuasa seseorang manusia itu untuk menentukan masa depan mereka? Manusia semakin lupa dan manusia mula menjadi Tuhan. Tidak hairan zaman yang semakin moden ini ramai isteri yang nusyuz dan derhaka kepada suami demi kerana tuntutan meterialistik yang akhir sekali kesalahan itu diletak ke bahu suami kerana gagal mendidik sang isteri.

Tanda-tanda kiamat besar:
*Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
*Lahirnya Dajjal.
*Keluar asap tebal.
*Turunnya Nabi Isa a.s.
*Kemunculan Imam Mahdi.
*Matahari terbit dari ufuk barat.
*Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
*Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
*Runtuhnya Ka'abah
*Terdengar tiupan sangkakala pertama.
*Ada azan tak di jawab
*3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Oleh kerana tiada lagi tanda-tanda kiamat besar maka manusia dengan mudah berkata:
Tak pa...boleh buat, Tak pa...demi masa depan, Tak pa...inilah masa depan kamu.

Manusia telah mula hilang nilai diri oleh kerana hasutan dunia. Materialistik membuat manusia buta untuk melihat kepada kebenaran. Tidak hairan mengapa sebuah empayar Islam yang besar akhirnya dengan mudah hacur lebur dan menjadikan Islam itu terus lemah dan diperlekehkan. Hiduplah manusia didalam kesesatan sehingga terjadinya tanda kiamat besar barulah manusia itu sedar yang hidup mereka hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t sahaja....

Siapakah kita untuk mencipta hukum sendiri demi kepentingan diri sendiri???

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam