Member Aku:

Selasa, 10 November 2009

PATI di bumi Palestine

Salam,

Yahudi merupakan bangsa pendatang di Palestine. Pada tahun 1944, setelah tamat perang dunia ke 2 sekumpulan pendatang Yahudi telah mula mendarat di negara Palestine yang pada waktu itu diduduki oleh bangsa Arab.

Permulaan pendaratan mereka hanya sebagai pendatang. Setelah kumpulan ini menjadi satu komuniti yang besar mereka mula berperang dengan penduduk tempatan dengan alasan penduduk Palestine memberi ancaman terhadap kehadiran mereka. Bertitik tolak dari situlah maka Perang Arab-Israel 1948 tercetus. Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, Genesis 32:28 dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite). Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Isra'il. Secara etiomologi, Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkan Isra'il adalah nama asli Nabi Ya'akub a.s. Baginda adalah putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang. Sejarah Israel ada juga yang diseleweng.

Penubuhan Zionisme telah mencetuskan imigrasi kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa. Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron. Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang imigrasi kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940. 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi.

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa. Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Dalam jangkamasa 70 tahun rejim Zionis telah berjaya menjadikan rakyat Palestine sebagai pelarian dan pendatang dibumi sendiri.

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam