Member Aku:

Sabtu, 21 November 2009

Human is not perfect..... ye ke?

Salam,


Hanya sekadar renungan dan pandangan dari aku yang masih cetek ilmu.. Kepada sesiapa yang nak beri komen berkenaan entry aku ini dipersilakan....

MANUSIA TIDAK SEMPURNA...
TIDAK SEMPURNA
yang membawa maksud: tidak lengkap, terdapat kecacatan, tidak cukup sifat dll....

Dari maksud tidak sempurna itu dapat kita memahami apakah yang dikatakan tidak sempurna itu. Aku terpanggil untuk menulis topik ini kerana manusia apabila melakukan kesilapan dengan mudah guna ayat ini sebagai alasan.

Tahukah kita yang manusia itu sesempurna kejadian yang bersifat lemah?

Apakah hukum jika kita dengan mudah berkata: "biasala manusia kan tak sempurna"?

Antara perkara paling berharga yang telah dibekalkan oleh Allah kepada kita ialah kehidupan itu sendiri dimana ciri utamanya pula ialah kesihatan dan kesejahteraan. Inilah kesempurnaan kejadian manusia ciptaan Allah seperti yang diFirmankan di dalam Surah At-Tin ayat 4 yang menyebut bahawa kejadian manusia itu adalah lengkap dan sempurna. Apakah kesempurnaan itu pada diri seorang manusia....

ROH... setiap manusia mempunyai roh yang ditiupkan sewaktu awal kejadian Adam di suatu alam sebelum kita keluar ke dunia. Roh yang memberi kuasa (Kudrat) kepada manusia yang selalu kita dengar tentang ilmu kebatinan.

NAFSU... setiap manusia mempunyai nafsu (Iradat). Tanpa nafsu manusia akan mati kerana untuk kita menjamah makanan pun memerlukan nafsu dan dengan erti kata lain manusia memerlukan nafsu untuk hidup di atas dunia ini supaya tamadun manusia itu dapat membangun dan berkembang.

AKAL... setiap manusia mempunyai akal (Ilmu). Kerana pada akal terdapat ilmu dan di situlah gedung segala ilmu. Bagaimana kita dapat mengunakan teknologi jika tanpa ilmu?

NYAWA... setiap manusia pasti ada nyawa (Hayat). Tanpa nyawa manusia akan mati.

PENDENGARAN... setiap manusia boleh mendengar (Sama') untuk menyokong manusia itu hidup dengan sempurna. Bagaimana untuk kita mendapat ilmu jika kita tidak boleh mendengar?.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar (Kaunuhu sami'an)....

MELIHAT... setiap manusia boleh melihat (Basar) untuk menikmati alam yang fana ini.

BERKATA-KATA... setiap manusia boleh berkata-kata (Kalam) dalam bahasa mereka sendiri sebagai alat komunikasi dan penyampaian..

Apa yang aku terangkan spt di atas tidak semua dinikmati oleh setiap manusia dan terdapat juga manusia yang tidak sempurna dari segi nafsu, akal, ilmu, pekak, buta dan bisu.. Golongan inilah yang kita katakan tidak sempurna dan tidak wajib bagi mereka untuk beribadat kpd Allah s.w.t

Sesungguhnya yang baik dan buruk itu dari Allah jua... maka untuk membuktikan Esanya Allah Ta'ala itu maka dijadikan juga diantara manusia itu yang tidak sempurna. Tetapi manusia yang tidak sempurna itu adalah dalam jumlah yang amat sedikit berbanding dengan manusia yang sempurna.

7 sifat diatas juga dikenali sebagai sifat Ma'ani didalam sifat 20. Sifat Ma'ani lazim melazimi dengan Sifat Maknawiyah.. Oleh itu hidup manusia itu tidak ubah seperti wayang kulit...huhuhuhu

Nasihat aku... jangan mudah untuk kita guna ayat "manusia tidak sempurna" untuk melepaskan diri dari kesilapan yang dilakukan. Kerana takut ia boleh menjadi syirik dan terbatal Islam seseorang itu. Tetapi jika benar terdapat kecacatan pada manusia itu maka bolehlah kita kata "tidak sempurna".

Sampai disini untuk entry aku kali ini...

Wasalam... perjuangan yang tak sudah..

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam