Member Aku:

Rabu, 18 November 2009

Wayang kulit.... Part 2

Salam,

SAMBUNGAN...


Wayang kulit merupakan salah satu subjek yang amat menarik perhatian aku. Mudah-mudahan entry aku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog aku...

Aku bukan nak citer tentang asal kejadian insan atau kejadian baharu alam. Cuma pengertian kehidupan manusia di muka bumi ni aje.. Sebab asal kejadian semua mahluk adalah sama saja pada asasnya cuma sesetengah mahluk ada kelebihan dan kekurangan kecuali manusia (sifat) adalah ciptaan yang sempurna.

Seperti wayang kulit yang memerlukan cahaya untuk menampakan jalan cerita, sama juga dengan manusia yang memerlukan cahaya sebagai petunjuk dalam kehidupan. Pentas wayang dan dunia adalah sama saja. Jika pentas dan belulang itu hak kepunyaan Pak Dalang maka manusia dan baharu alam itu adalah kepunyaan Tuhan.

Apakah motif Adam diturunkan ke bumi?
Sedangkan Adam dan Hawa pada asalnya berada di syurga.

"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

Turun Adam a.s ke bumi adalah sebagai kahlifah yang pertama walaupun Adam telah melakukan kesalahan sewaktu di syurga namun kesalahan dan dosa Adam a.s telah diampunkan Allah s.w.t sebelum ia di turunkan ke bumi. Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al-A'raaf ayat 11 sehingga 25.

Kesimpulannya bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental mereka tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Seperti mana yang telah terjadi pada diri Nabi Adam walaupun baginda telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Baginda telah lupa dan mengingkari perintah Allah kepadanya mengenai pohon terlarang itu dan mengenai Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidakkah sepatutnya mereka berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat serta tidak akan mengulanginya . Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya kecuali syirik sekalipun dosa besar asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa kepada kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya sehingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga dia menganggap dan memandang rendah Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah SWT.

"Manusia yang tidak bertaubat atas dosa yang dilakukan dan merasa bangga dengan darah keturunannya serta berasa sentiasa benar (sombong) walaupun melakukan kesilapan tanpa rasa berdosa maka samalah martabat manusia itu dengan Iblis. Dunia tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada manusia. Seperti belulang yang akhirnya akan disimpan ke dalam peti oleh Pak Dalang"

Jangan sia-siakan kehidupan kita atas muka bumi ini.

Wallahu alam...

1 ulasan:

Dama-Ulan berkata...

Salam,

Terima kasih kpd bujang susah. Sesamalah kita b'tukar buah fikiran dan ilmu. Aku masih mentah untuk mengenali diri sendiri..

Jika ada salah dan silap minta diperbetulkan.

Wasalam...

Yahudi musuh Islam