Member Aku:

Selasa, 17 November 2009

郑和

Salam,


郑和 (Zheng He 1371 - 1435) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dikenali juga sebagai Mah Sam Po, beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" atau "Zheng He ke Lautan Barat".

Dilahirkan dengan nama Ma Ho di Yunnan, sebuah provinsi Mongol. Zheng He bukannya orang Cina, tetapi merupakan orang Muslim Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382 dan hidup dalam era maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402.


Mah Sam Po merupakan nama Islam Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah mengetuai armada Cina. Ma Ho merupakan nama asalnya. Apabila Ma Ho bertugas dengan Maharaja Ming, dia di beri nama "Cheng" dan lantas dipanggil, Cheng Ho. Beliau kemudiannya diberi pangkat "Sam Poh" dalam bahasa Hokkien yang bermakna "tiga permata" dan seterusnya dipanggil, Sam Poh Tai Chien atau dalam bahasa Inggeris, The Grand Eunuch Sam Poh.

Baru-baru ini, sejarawan merumuskan ahli pelayaran China yang telah menemui benua Amerika. Ini disokong pelbagai artifak yang berkaitan terutama mangkuk Dinasti Ming. Malahan Laksamana Cheng Ho sendiri adalah ahli pelayaran yang mendahului Vasco Da Gama, Ferdinand Magellan, Alfonso D' Albuquerque dan Christhoper Columbus.



Berbangalah kita dengan kehebatan umat Islam terdahulu...Jangan asyik leka dengan penyelewengan yang dibuat oleh Nasrani dan Yahudi... Kemajuan umat Islam telah mendahului kemajuan bangsa lain di dunia ini.

2 ulasan:

zakir932 berkata...

dinasti ming adalah dinasti islam yang banyak menyumbang kepada kebangkitan populasi cina HUI iaitu cina islam... tetapi malangnya kejatuhan dinasti ming adalah kerana berlakunya campur aduk islam dan budaya penyembahan nenek moyang yang menyebabkan banyak pembesar melakukan kroni rasuah dan zaman kegemilangan dinasti ming adalah kerana rajanya adalah islam...

Dama-Ulan berkata...

Salam,

Terima kasih saudara Zakir atas sumbangan anda... Materialistik merupakan racun yang amat bahaya kpd manusia. Disebabkan desakan meterialistik manusia sanggup buat apa saja walaupun terpaksa menggadai maruah dan agama.

Tujuan kita hidup hanya untuk mengenal diri dan seterusnya berjalan di bumi yang gersang ini sebagai insan.

Wallahu alam...

Yahudi musuh Islam