Member Aku:

Selasa, 13 April 2010

Dunia syurga tanpa sempadan...

Salam,

Semalam aku dok melepak lagi dgn geng aku... hehehehe.. aku pun ada geng, ingat hampa saja ka ada geng tapi geng aku nie kalau ajak gaduh mesti semua cabut lari.. al maklumlah semua dh veteran.. yang kami bincangkan semalam adalah perasaan takut tentang masa depan anak-anak kami..ada yg mempunyai anak lelaki dan ada yg anak perempuan..cam aku ni laki ada, pompuan pun ada..

Kesimpulan yg dapat aku buat hasil perbincangan semalam..(ewah..cam laporan mesyuarat plak). Apabila NAFSU (Iradat:kehendak) mengguasai hati sanubari kita sehingga menghilangkan hati nurani maka dunia ini kita akan lihat sebagai syurga yg sememangnya tiada sempadan. Jadi tidak hairanlah kalau kita lihat di surat khabar kisah "Lidah Berbisa" dan cerita tentang buang bayi. Fenomena ini dah mula nak menyerang generasi kita di Malaysia. Mungkin kita berasa jijik, mual, tak berselera dan sebagainya tetapi bagaimana dengan generasi anak cucu kita nanti??.. Pening pala aku bila dok fikir masa depan anak cucu aku (Nutfah, keturunan aku)..

Hari Ahad yg lepas 11.04.2010, aku melawat emak aku yg sakit tua di rumah kakak aku. Orang tua aku rasa tak tenteram.. hatinya bagai ada sesuatu yg kadangkala membuat dia berasa takut, sedih sehingga membuat dia ingin menjerit..
Melihat raut wajah dia yg dah semakin dimakan usia..rasa sedih dan sayang sentiasa bermain dihati kecilku kerana orang tua inilah yg membesarkan aku dalam keadaan yg susah payah seorang diri dan serba kekurangan setelah kematian bapa aku sewaktu aku baru berumur 4 tahun.

"Mak rasa lagu mana?"

"Tak tau laa nk habaq.. kadang2 rasa taku.. kadang2 rasa nak menjerit"

"Mak boleh sembahyang tak?"

"Boleh sembahyang duduk.. tapi bila malam mak susah nak tidoq"

"Selalu mak tidoq pukul berapa?"

"Kekadang sampai Subuh.. lepas orang bang (azan) Subuh baru boleh terlelap"

"Mak bacalah ayat2 apa yg boleh.. jangan dok layan sangat perasaan tu"

"Ehmm.. kekadang tu baca Fatihah pun tak boleh habeh.. dalam dok baca.. tata hilang lagu tu saja"
kata-kata mak, membuat aku betul2 sedih. Kerana beliau telah memasuki ke alam yg dh semakin tua sedangkan suatu masa dulu mak pernah manjadi guru mengajar budak2 mangaji Al Quran.

"Takpa la mak. Kalau susah nak baca ayat, tak payah baca. Sebab satu-satu surah tu panjang. Susah kita nak ingat dan nak baca.. La nie mak berzikir saja sebab zikir tu dah tentu tepat pada sebutan kita dari kita dok baca ayat yg kekadang kita pun dah tak pasti betoi ka salah."

"Hmmm.. nak zikir apa?"
tanya orang tua tu..

"Mak zikir Hu Allah dah cukup.. kalau mak rasa takut atau resah.. mak baca kat hati supaya setan dan iblis terbakar dan tak mampu nk ganggu mak.. kalau mak dok pikiaq yg bukan2, mak baca zikir ni dalam kepala (otak)."

Itulah hakikat bila dah hidup atas muka bumi nie.. Kalau hidup kat planet Marikh cam ner la plak...hihihihi... Yg muda jelita dengan cara hidup mereka yg lebih kepada keduniaan. Kebenaran dalam hidup ini hanya pada tanggungjawab.. Tanggungjawab kita pada Tuhan (Allah s.w.t) dan tangunggjawab pada diri sendiri. Sesungguhnya dunia ini hanyalah satu penipuan semata2 yg dicipta untuk menguji tahap antibodi manusia itu utk mengEsakan Allah s.w.t.. Sekiranya antibodi kita lemah maka dengan mudah dunia ini memakan kita dan merugikan kehidupan kita di muka bumi ini.. "Ya Allah, aku letakkan segala urusan aku kepadaMu"...amin..

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Wallahualam...

2 ulasan:

zakir932 berkata...

assalamualaikum.....,

insyallah pastinya segalanya mudah dengan izinNya... sebagai anak yang handsome dan soleh TUAN sedekahkan buat emak terlovely dengan al ikhlas 100,000 ajerk

NUFTAH ker NUTFAH

Dama-Ulan berkata...

Salam,

Adoi..ko x yah la nak berTuan dgn aku... geli aku..

hehehe...kesilapan la tu..yg betolnya NUTFAH bukan NUFTAH.. terima kasih yer... nanti aku edit balik en3 aku...

Terima kasih saudaraku Zakir

Yahudi musuh Islam