Salam,
Aktiviti malam aku cam biasa kalau dh x de bende nk wat kat umah.. mana lagi.. hehehehe.. lepak kat kedai kopi di pekan Tambun.. sembang tentang pelbagai hal dunia mahupun politik.. wakakakaka... kalah President Amerika..
Tapi malam nie ada komen yg tak berape sedap aku dengar yg terkeluar dari mulut Jaydin...
"biasa la, tu semua bakal ahli neraka" kata Jaydin kpd golongan orang yg tak sembahyang..
"Tuhan ke kamu nie?" tanya aku
"betul laa apa yg aku cakap.. kalau kamu Islam tapi tak sembahyang.. apa tu?" Jaydin cuba pertahankan fakta
"kalau kamu.. kamu SEMBAH yang mana?" tanya aku lagi.
"aik kamu nie..." Jaydin mula tak puas hati dengan aku..
"jangan la marah... aku gurau aje.. cuma pandangan kamu tu kurang memuaskan ati aku.. hidup kita ni kepunyaan Allah" balas aku dengan senyuman.
"apa la daya upaya kita nie atas dunia" celah Wak
"betul tu Wak.. tiada daya upaya kita.. tp apakah humkumnya kalau orang tak sembahyang?" sampuk Cikgu Rahim.
Jaydin mula membisu, mulut umpama terkunci rapat. Keadaan menjadi sunyi sekejap. Bagi aku ada pekara yg boleh kita bicarakan, ada yg boleh dibuat jenaka (halwa) dan ada yg tidak boleh dibuat sebagai mainan.
"haram.. kerana sembahyang itu adalah wajib walau dalam apa keadaan sekali pun" jawab Wak lagi.
"betul la apa yg saya kata tadi" Jaydin masih nak menang juga.
"haram juga hukumnya pada kita utk menghukum sesorang tanpa usul periksa. Kamu kata jiran kamu tak pernah sembahyang, tak pernah ke surau selama 5 tahun kamu berjiran dengan dia. Adakah kamu tu sentiasa dengan dia?" balas aku, memang aku tak boleh b'tolak ansur dalam bab yg cam nie.
"memang la aku bukan sentiasa dengan dia. Tapi dia memang tak pernah ke surau, time orang azan pun dia boleh selamba kaluar rumah"
"aku sayang ko Din.. aku takut nanti dia tak masuk neraka tapi ko yg masuk neraka.. bab neraka dan syurga nie biar Allah Taala saja yg tentukan.. Islam dan kafir pun bukan hak kita sebab kembalinya anak Adam itu bukan kpd kita tapi kpd Allah s.w.t dan tak akan ada seorang pun orang Islam yg dijanjikan syurga kecuali kpd org yg beriman.. biarkan dia dan lebih baik kamu doakan utk dia semoga t'buka pintu hati utk b'jemaah dgn korang"
Jaydin mula tersenyum, menandakan yg dia juga b'setuju dengan jawapan aku. Kekadang nie susah bila kita b'hadapan dengan org yg lebih tua drpd kita. Malah lebih buruk kalau org tua yg merajuk. Walau apa pun mereka ini adalah sahabat aku dan tempat utk aku bertukar fikiran. Malam yg agak tegang pada awalnya mula menampakkan wajah ceria apabila Jaydin dengan tetiba saja membayar duit minum kami semua.
Wak Lebai pula melemparkan senyum kambing ke arah aku. Bukan mudah untuk kita menghukum seseorang dari luaran sahaja tanpa bukti dan saksi yg boleh dipercayai. Takut tuduhan itu merupakan satu fitnah yg akhir sekali memakan diri kita sendiri. Sembahyang itu hanyalah satu lakonan kita sebagai seorang mahluk utk menyaksikan kewujudan Zat yg Maha Kuasa (Afaaltullah) dan perlakuan itu adalah kerana Sifatnya yg berkeinginan utk menyembah Zat yg Maha Esa (Wahdaniah).
Wallahualam.....
Member Aku:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan