Member Aku:

Selasa, 2 Mac 2010

Apabila buta mata.....

Salam,

Sejak dua menjak ni aku dok sibuk... sibuk dgn kerja dan keluarga.. lumrah kehidupan di dunia nie... Ada yang sibuk menggumpul kekayaaan dan ada yang sibuk akan hal2 duniawi.. Dah lebih kurang cam aku nie jugak... huhuhuhuhu (padan muka aku)

Masa berjalan tanpa henti, begitu jugak laa perbezaan zaman. Jika nak banding zaman dulu dan sekarang banyak perubahannya. Jika dilihat dari segi hakikat pula, aku rasa lebih kurang sama saja... "aik mana mai perkataan hakikat nie"

Jika dulu orang jahilliah suka bunuh anak.. zaman sekarang pun dah ada..hmmmm
kalau dulu bapa sedara Nabi s.a.w adalah orang yang paling gila dalam sambut hari kelahiran baginda... zaman sekarang pun belambak juga manusia yang dok ikut tanpa fahaman... biaq pi laaa..

Aku nak citer cikit pasal 'hakikat', oleh kerana dah terkeluar perkataan nie maka aku nak ulas cikit laa. Bukan bermaksud nak kata aku ni pandai.. hanya sekadar memberi pandangan dari apa yang aku faham sahaja...

Manusia itu terbahagi kepada tiga (kalau tak silap laa) iaitu Diri Terdiri, Diri Teperi dan Diri Sebenar Diri.. Diri Terdiri itu adalah diri zahir atau batang tubuh kita juga dikenali sebagai Diri Terdiri. Diri Teperi adalah diri yang batin atau diri yang tak dapat dilihat dengan mata zahir kecuali dengan ilmu. Akhir sekali Diri Sebenar Diri...hahahahha.. diri yang nie kalau nak tau kena cari guru mursyid sebab aku cuma nak citer tentang Diri Teperi sahaja buat masa nie...

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ "sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." Surah AT-TIN : AYAT 4
Maka fahamlah kita bahawa yang sebaik2 itu adalah manusia.. tetapi yang dok buat onar pun manusia jugak.. Kesimpulannya yang dimaksudkan 'sebaik2' itu adalah kesempurnaan kejadian keatas manusia..

Jika dilihat pada ilmu sifat 20 yang mana sesetengah ulama mengatakan bahawa Diri Teperi itulah tergolong dalam Sifat Maani dan dikenali juga sebagai Rohul Yaqazah.. Pada Rohul Yaqazah ini terdapat Roh, Nafsu, Akal.. 3 elemen ini yang membentuk keperibadian seseorang manusia itu. Jika dilihat pada jalan ketuhanan, Roh, Nafsu dan Akal itu wajib dicuci dan dibersihkan dengan zikirullah. Itu adalah amalan para ulama dahulu yang selalu melakukan amalan suluk dan khalwat.

Dunia dah semakin moden pekara yang sebegini dianggap remeh temeh... Amat kurang ilmu ke jalan ketuhanan yang di ajar lagi. Maka manusia terus menjadi buta mata hati untuk melihat kepada kebenaran. Zaman moden ramai yang bertuhankan kepada kebendaan, kemewahan dan keduniaan. Tidak hairanlah segala permasalah sosial didalam masyarakat semakin menjadi-jadi.

Seharusnya kita wajib kembali ke jalan asal. Jika nak pikir cara logik, kemana akhirnya cerita hidup kita? Adakah Manusia itu akan mati?

Akhir kita akan kembali kepadaNya yang maha Esa.. Manusia itu akan mati tetapi diri kita tidak akan mati sehingga Rohul Yaqazah itu dibersihkan... Yang kembali itu adalah nyawa kita (Rohul Hayat). Yang akan diazab dan diseksa (dibersihkan dari dosa) itu adalah Rohul Yaqazah kecuali orang kafir dan murtad yang akan terus kekal bersama syitan didalam nereka jahanam. Yang mati dan dikebumikan itu hanyalah batang tubuh kita (Diri Terdiri) apabila nyawa kita diamabil kembali.


Pada yang sama-sama nak berfikir, fikirlah dengan sebaik-baiknya. Pada yang tak mahu fikir, korang punya pasal. Aku hidup dengan agama aku dengan Tuhan aku, kamu hidup dengan agama kamu dan Tuhan kamu... Aku mohon maaf jika ada salah dan silap.. kalau tak betul, aku mohon para pembaca untuk memberi komen..

4 ulasan:

zakir932 berkata...

assalamualaikum tuan dama ulan yang berbulan menyepi dari taulan....

musykil tentang diri....
diri terperi yang memerintah diri terdiri atau diri sebenar diri yang menakluki diri terdiri

Dama-Ulan berkata...

Salam Zakir,

Soalan cepu emas nie... aku pun x pandai.. ini hanya pandangan aku saja ok...

Seharusnya Diri Teperi yg wajib kita pelihara. Disini aku rasa tak ada siapa yg perintah siapa.. Kerana jika Diri Teperi itu sememangnya telah terpelihara maka kita dapat melihat pada Diri Terdiri seseorang itu Nur yang bercahaya...

Disebabkan itu maka ulama dulu2 suka b'suluk dan b'khalwat... Tujuan adalah utk mencuci diri... Kalau kita pakai pakaian yg bersih, dh tentu kita tak malu bergaul dgn org... tapi klu pakaian kita kotor, nk gi mkn kenduri pun segan... Lebih kurang cam tu laaa Zakir...

Allah maha mengetahui yg baik dan yg buruk...

zakir932 berkata...

assalamualaikum......

lagi banyak berfikir tentang diri banyak....banyak...banyak...sangat soalan dalam kepala hotak tak tau nak tuju kat siapa...... hmmmm lama-lama hilang semangat lerrr. hmmmm....hmmmm....furrr

Dama-Ulan berkata...

Salam Zakir,

Dalam persoalan ini tak payah nak pening pala.... Jalan paling mudah adalah dengan menyerahkan sagala urusan pada Allah s.w.t (Afaaltullah).

Kita yakin bahawa Allah s.w.t yg memerintah sekalian alam, maka wajib kita berpegang (TAUHID) bahawa segala urusan adalah kerja Allah s.w.t atau lebih tepat lagi 'Afaal Allah'. Kerana yg baik dan buruk tu dari Allah jua.. Apakah daya dan kuasa manusia utk melakukan segala pekara?

Tetapi Allah s.w.t telah mencipta 1 mahluk dgn penuh kesempurnaan iaitu manusia. Sebagai manusia wajib kita mengunakan AKAL utk berfikir. AKAL yg tidak mahu berfikir secara Haq adalah mereka yg dalam kerugian...

Perjalanan kita atas dunia ini hanya sebagai satu ujian dan juga satu penipuan kpd mereka yg mahu memilikinya... Akhir cerita kita kemana? (sila rujuk en3 saya tentang wayang kulit).. siapa belulang? siapa Pak Dalang? siapa yg nak jadi penonton?.. hehehehe...

fikir2kanlah... dalam diri itu masih ada diri yg membuat AKUan. Apa perjanjian kita? Kerana itu yg akan dipersoalkan suatu masa nanti..

Sekian, terima kasih..

Yahudi musuh Islam