Member Aku:

Sabtu, 6 Mac 2010

Devil Of Lucifer......

Salam,

Ari ni aku nk kupas cikit tentang satu persoalan iaitu tentang devil, setan, iblis, syaitan, satan dan sebagainya....

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu asal setan nie.. asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut iblis laknatullah.. Fuhh hebat..hebat... ciptaan Allah s.w.t sememangnya hebat.. oleh kerana rasa hebat maka Malaikat Azazel ini berasa angkuh, sombong, bongkak, riak... yang akhir sekali memakan diri sendiri.

Setan ni ada 7 peringkat.. .Tsabr, A'war, Miswath, Dasim, Zaknabur, Khanzab dan Walhan. Setiap nama ini mempunyai tugas2 yg berbeza dalam usaha utk sesatkan manusia, nasihat aku kepada para pembaca kalau nak bubuh nama anak jangan bubuh dengan 7 nama diatas. Nanti kalau anak tu perangai mcm setan saper yg salah?

Setan dan hantu adalah sama... kerana setan ni pun lebih kurang mcm jin juga yg dijadikan drpd api... Jin yg suka ganggu manusia itulah setan, ada orang yg tak berapa faham tentang jin... Walaupun jin adalah mahluk yg paling taat, tetapi jin yg paling tak boleh percaya..
"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Oleh kerana manusia itu ketandusan ilmu maka dengan mudah setan ni mempengaruhi sesorang itu... Bukan susah pun, sekali bagi 'nombor ekor' yg boleh kena 1st prize... dh tentu lepas tu berduyun2 manusia mai nk minta nombor... Sesatlah manusia2 itu didalam terang... "ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)
"Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka." (7:27)

"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah," (4:119)

"Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir," (2:102).




Yang paling teruk sekali apabila manusia itu mudah percaya kpd yg ghaib... itulah masalah manusia yg dungu... Diri yg ghaib tak mau cari... mahluk ghaib yg dok sibuk cari kononnya mereka itu dari kalangan para wali dan anbia... susah nak citer... terutama orang Melayu nie... Semua itu adalah karut hasil drpd kerja setan... bukan aku kata tak betul.. Memang betul sbb org Melayu juga hebat dlm bab ilmu batin nie. Cuma kebanyakan itu adalah tipu muslihat setan sahaja...
"Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (7:30)

"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (43:36-37)








BERSAMBUNG......

2 ulasan:

zakir932 berkata...

assalamualaikum..
khariah saya dahulu lewat 2 tahun lepas masjid al khairiah ni terdapat kubur2 lama peninggalan orang lamer2.... suatu malam ada beberapa gerombolan prgi menurun nombor ekor dengan tok ketuanya seorang sikh... akhirnya atas nasihat polis mereka di minta pergi tak kembali lagi.... tahniah tok siak yang lepak kat situ mencegah kemungkaran.

Dama-Ulan berkata...

walaikumsalam.....

no komen... manusia klu dh berkehendakan duniawi ape2 pun sanggup wat...

kat mana tempat tu?

Yahudi musuh Islam