Member Aku:

Khamis, 25 Mac 2010

Devil Of Lucifer...... part 2

Salam,


huhuhu...
nk citer cikit tentang pengalaman aku berhadapan dengan JIN yg di kategorikan sebagai syaitan Khanzab dan Walhan.. rasa cam tok bomoh plak waktu itu.. walhal dlm dada aku ni kosong dan tak ada ilmu apa-apa pun. Hanya berbekalkan rasa yakin aku pada Allah s.w.t yang membuat aku berasa berani pada ketika itu...
Cerita dia lagu nie...

Ada la dikalangan kawan aku yg dok taksub dengan benda-benda ghaib nie.. bagi aku, itu pekara biasa yg tak ada apa2 keistimewaan pun.. sehingga satu hari sampai satu perkhabaran kepada aku yg seorang 'polan' nie hebat sangat sampai wali songo bleh masuk ke dalam badan dia... hehehehe hebat...

Bila dah dengaq cerita yg cam tu, maka berdetik dlm hati aku.. "ish.. tak bleh jadi nie..tak pa..aku nak jumpa dengan wali songo nie"
aku pun pesan la kat kawan yg sorang ni, aku berminat nak jumpa dengan wali songo.. kekawan yg lain dok perati aje aku atas bawah, atas bawah..

"awat yg dok tengok saya lagu tu"

"aku heran tengok hang, selalu kalau bab yg cam nie hang mesti tolak, tapi kali ni nampak cam hang betul2 serius"
kata Wak Lebai..

"hihihihi... sebab yg nie power Wak" kata aku sambil senyum2 kambing. Dalam hati aku dok kata "power cap setan".

"kalau macam tu aku pun nak ikut sama. Li kamu setkan tarikh perjumpaan dengan orang tu" pesan Wak Lebai pada si Rosli ayam (memang champion bab tangkap ayam hutan).

Maka perbincangan kami pada malam itu di pekan Tambun hangat memperbincangkan cerita2 mistik nie.. selalunya aku ni hanya jadi pendengar sahaja.. tak reti aku nak cerita atau mereka cerita yg cam tu.. Kekawan aku kebanyakkan semua dah separuh abad, veteran dan majoriti adalah datuk... hihihihi... datuk bukan dato'.

Inilah aktiviti aku di masa lapang kalau tak ada aktiviti dengan keluarga aku.. Melepak dekat kedai kopi bersembang kekadang sampai ke pagi.. pernah aku bersembang dengan Wak Lebai nie sampai azan subuh.. punya asyik sehingga tak sedar udah ke subuh.. Wak Lebai memang ngam dengan aku.. umur dia 70 lebih... ilmu banyak.. kalau kami dh mula sembang bab ilmu.. memang boleh sampai ke subuh...

Selang beberapa hari selepas itu, Cikgu Rahim call aku..
"Nak jumpa.. dekat mana.. ooo orang tu mai ka?"

"Li Ayam ajak jumpa.. Tambun pot biasa.. sebab orang yg dia cerita mlm tu pun nak mai"
kata Cikgu Rahim..

"Ok..set"

Maka dengan izin Allah pada malam tu aku dapat la berjumpa dengan Abang Zambri.. Tengok dari air muka.. hmmm no komen.. kami dok cerita laa bab itu dan ini.. Wak Lebai bukan main mesra dengan brader nie.. cam dh kenal 50 tahun... hmm Wak memang cam tu sikap dia mudah mesra... Jadi pada malam itu tak dapat la aku nak berjumpa dengan wali songo.. cuma dapat jumpa dengan Abg. Zambri ajee.. Tak kiasah laaa.. dia pun dok citer cam ner dia bleh dapat wali songo dan cam ner wali songo tu datang pada dia.. Aku pun dok dengar citer dia..sambil mata aku sesekali dok pandang pada Wak Lebai.. yg Wak pun sesekali dok pandang aku.. hihihihi.. geli gak hati nie.. perangai aku memang tak elok.. kena pula dlm bab yg cam nie.. kira nak pekena orang ajee..

Sebenarnya brader Zambri nie bleh berubat selain mengajar silat secara ghaib.. Wak pun bertanyalah perkakas yg perlu kalau berhajat nk berubat ke atau mandi silat.. Kesimpulan yg bleh aku wat pada malam tu..perjumpaan kami tak sia-sia.. sebab contact brader tu kami dapat, peralatan pun kami dah tau.. hehehehe... perjumpaan pada malam itu habis cam tu ajee.. bila masing2 pun pakat nak balik sebab esok nak kerja... Tapi sebelum aku nak balik Wak ada bisik pada aku..

"Wak ada projek.. engko jangan gtau sesaper.. nanti Wak call..ko stanby ajee" kata-kat Wak tu membuat jantung aku dh cam nak berhenti... aduhh... projek ape plak orang tua nie...

BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam