Member Aku:

Jumaat, 2 April 2010

Devil Of Lucifer...... part 3

Salam,

Hari ini JUMAAT 02/04/2010 bersamaan 17 Rabiulakhir 1431..
Hari ini Jumaat bermakna semalam adalah malam Jumaat..huhuhuhu ramai org yg suka dengan malam Jumaat nie.. malam Jumaat adalah malam utk beramal ibadat.. hehehehe

Ada orang akan bersuluk, ada org akan berkhalwat, ada org akan melakukan solat sunat dan yg paling org suka buat adalah membunuh anak2 iblis... hmmm cam ner tu... kena tanya orang tua2 cam ner nk bunuh anak2 iblis nie.. hehehehe.. berbalik kpd cerita Wali Songo yg tak abeh2 lagi kerana penutup citer tu adalah pada malam Jumaat tetapi aku dh tak ingat berapa haribulan. Jadi akau ambil kesempatan hari ini utk menghabiskan citer nie...



Pada suatu malam Jumaat jam 11.00 malam, tetiba handfon aku berdering.. bila aku tengokkan nombor yg call adalah nombor Wak Lebai... ahhh sudah orang tua nie.. apa yg dia nk malam2 buta nie.. malam Jumaat plak tue..

"Waalaikumsalam Wak"

"Saya kat rumah nie.. tak keluar kot dh lewat nie.. saya pun dah pakai kain pelekat dh nie Wak"

"Kamu dtg la sekejap.. aku ada kecemasan nie" ayat Wak..

Arghhh... nak tak nak, aku pun keluar la juga tinggalkan isteri aku kat umah dgn anak2 yg dh tidor awal.. potong betul Wak nie.. jumpa la Wak kat tempat biasa.

"Ha.. awat Wak?.. tengok cam tak dak apa pun kecemasan.. kalau tak dak apa saya balik dululah Wak"

"Eh..eh nanti.. kamu nie susah betul.. tak lari gunung dikejar.. biar bini kamu rehat malam nie... kamu tengok nie"
sambil Wak pun menunjukan satu bungkusan plastik kat aku. Dalam tu dah siap bahan2 utk mandi la kot sebab siap ada kain tuala.

"Malam nie kita gi rumah Abg Razak.. aku dh tepon dia bagitahu yg kita nak datang" jelas Wak lagi..

"Malam lain tak bleh pi ke Wak?" tanya aku.. Dalam dok sembang dgn Wak, dia dah masuk ke dalam kereta dan mengarahkan aku jalan.. hmmm org tua nie memang cam nie kalau dengan aku. Oleh kerana terpaksa, aku pun jalanlah juaaa..huhuhuhu

Jam menunjukan pukul 12 suku.. Kami sampai di rumah Abg Razak.. Dia dh siap tunggu kami di depan rumah.. Setelah bersalam dengan dia dan b'sembang sekejap, kami pun dijemput masuk ke dalam rumah.. Segala peralatan dah siap dengan kemeyan, keris dan kain kuning yg disusun teratur didalam talam. Bungkusan Wak pun diambil dan diadun secukup rasa didalam sebuah baldi kemudian Wak pun mandi.. Aku dok la kat ruang tamu dok isap gudang garam sementara tunggu Brader Razak tu uruskan Wak. Dah selesai semua, Wak diminta duduk menghadap Brader nie dan diminta utk berzikir..

Tiba-tiba...

"Assalamualaikum... apa hajat kalian memanggil aku.. aku adalah Sunan Ampel Wali Songo darik Jawok" lebih kurang cam tu laa percakapan Brader Razak nie..

Dalam hati aku dah tahu yg Wali Songo nie bukan original tapi cetak rompak.. Sebab salam dia tak betul, itu adalah petua dari Guru aku dulu...

"Saya minta diajarkan ilmu persilatan" kata Wak Lebai...

"Bangun...bangun kamu... buka langkah.. ayuh..ayuh"


Wak pun mula la pasang kuda2.. siap dengan bunga semua cukup.. Aku dok perati ajee.. Memang cantik langkah Wak dan inilah kali pertama aku tengok org tua nie bersilat. Brader Razak dok berzikir tapi aku tengok dh cam org hilang ingatan.. hmmm oleh kerana 'gatal hati' aku pun nk jugak sembang dengan Wali Songo... ishh bukan senang tau..

Aku tepuk bahu kanan Brader Razak yg dah macam org kena sawan.. Dia pandang aku, mata dia tak berkelip2, mulut dia dh berhenti dari berkumat-kamit.. Rasa gerun mula terpancul dihati aku.. Wak dok sibuk bersilat.. sudahhh...

"Apa yg kamu mahu dari aku"

"Aku tak mau apa2 dari kamu, sebab kamu pun mahluk Allah juga macam aku"
secara spontan itulah yg keluar dari mulut aku yg belum beli insurans.. Aku pun tak tahu sebab apa aku boleh bertindak ke tahap yg cam tu.. Buatnya setan tu nak 'sudi' aku, mampos..
Dengan tiba2 Brader Razak rebah terbaring... pengsan... Aku pun melompat gi tarik Wak..

"Apa yg kamu buat pada dia?" tanya Wak..

"Tak buat apa pun Wak"

"Yang kamu gi tepuk bahu dia buat apa?"


"Aik cam ner Wak bleh tahu nie... Bukankah Wak tadi dok tengah 'zuk'?" tanya aku.. Wak pun senyum bila dengar soalan aku tadi.

"Nak buat apa ni Wak?.. dia mati ke?" aku pun takut juga.. Jangan main2 dengan pekara yg cam nie..

"Kamu gi ambik air segelas" arah Wak.. Aku pun terus pergi ke dapur Abg Razak utk cari segelas air dan berikan pada Wak.. Wak pun jampi air tu dan direnjis ke muka Brader tadi.. Kelihatan Abg Razak dah mula nk sedar.. Wak bingkas bangun dan ajak aku balik..

"Abg Razak tu Wak?"

"Biarkan dia.. moh kita balik.. ini rumah dia.. pandai2 la dia"
jelas Wak.

Kami pun balik laa dan tinggalkan Abg Razak yg masih dalam keadaan terpinga-pinga.. Aku sampai rumah pun dh dekat pukul 3 pagi.. Kalau tadi hanya anak2 aje yg tidor.. Nie sekali dengan mak pun dh tidor.. Gelihati pun ada, takut pun ada bila kenang balik apa yg berlaku di rumah Abg Razak.. Alhamdullilah tiada pekara yg tak diingini berlaku.. Rupa2nya Wak pun tak ada rasa apa2 bila bersilat.. bila tanya camnye dia bleh bersilat.. Dia kata itu silat sendeng yg dia belajar waktu kecik2 dulu.. Sekian saja cerita Wali Songo...

"Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu kehadapan mereka, niscaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui".
QS. al-An'am (6) : 111
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaithan-syaithan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan".
QS. al-An'am (6) : 112
"Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaithan) kerjakan".
QS. al-An'am (6) : 113



Wallahualam....

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam