Member Aku:

Jumaat, 30 April 2010

Berkaca mata hitam...

Assalamualaikum,

Aku nk certa mai cikit pakai sunglasses.. hari minggu lepas aku dgn anak bini pi la ke Giant Tambun sbb bini aku nak cari barang... Dalam dok berjalan kat dalam tu tetiba bini aku disapa oleh promoter Focus Point utk membuat pemeriksaan mata percuma.. hmmm kami pun check la mata.. sbb free.. hahahahaha..

Promoter tu kata mata bini aku okey cuma dh ada power, tapi cikit.. Bila kena tang mata aku dia kata aku ada rabun jauh dan power dekat seratus lebih.. aduhh..
Aku pun bincang la dgn org umah aku.. biasa la org perempuan kalau dlm bab kesihatan nie depa memang kalut.. bini aku suruh juga buat cermin mata, siap dia nak tolong bayar lagi... ish..ish..ish.. org tua kata rezeki jangan di tolak.. aku pun setuju laa kira 50/50..

Baru aku tau kos nak buat cermin mata nie bukanlah murah.. mau dekat lima enam ratus.. bila promoter tu dh ambik order, aku pun siap bayaq deposit RM 100.00 dia ajak aku masuk bilik utk ambik power mata aku secara tepat sbb yg tadi tu guna mesin.. aku pun ikut laaa... test punya test.. last sekali dia kata mata aku tak dak power.. pulak. Dia minta mai balik esok pagi untuk check sekali lagi..

Esoknya aku pun pi la balik jumpa promoter tu.. kali nie bila test, result dia sama mcm semalam.. hmm..

"Saya tak nak buat cermin mata la Encik" kata aku

"Tak boleh nak cancel Encik, sebab kami dh key in dlm sistem" balas promoter tu plak... dah pulak dah..

"Kalau saya ganti order nie dgn sunglasses buleh tak? tanya aku lg..

"Nak tukar boleh, tapi Encik kena pilih sunglasses yg harga dia sama dgn order ni atau Encik kena ambik yg harga dia lebih dr order nie" kata-kata keramat promoter tu membuat darah aku mula naik..

"Okey.. sekarang saya nak cancel terus order nie.. boleh ke tak?.. awak tahu tak apa tu 'cooling period'?" nada suara aku dh lain.. pelanggan dlm kedai tu dah mula dok pandang kami.. gila ke ape.. nak aku cari sunglasses yg harga dekat RM600.00, kalau cermin mata aku tak kisah la harga yg cam tu...

"Relaks Encik, macam ni laa.. Encik pilih dulu sunglasses"

Aku pun pilih laaa... last sekali aku jumpa sunglasses Cheetah harga dlm Rm150.00. Bila pi balik kat kaunter nak bayaq.. dia minta aku RM150.00.. hai tak sekolah ka promoter nie.. yg deposit aku dok ada lg RM100.00 tu pi mana.. Last sekali aku cuma top up RM50.00 shj utk sunglasses tu...

Sebagai penguna kita kena tahu hak kita dan apa tu 'cooling period'.. Yang aku boleh tau pasai 'cooling period' nie sbb aku buat part time jual insurans.. Pelanggan boleh membuat pembatalan dan meminta balik bayaran penuh dalam tempoh 10 hari dari tarikh pembelian, itulah 'coolong period'. Kalau org yg jual barang tu nak kelentong juga kita, kita boleh bawa perkara tu ke Tribunal untuk membuat tuntutan..

Wasalam...

2 ulasan:

zakir932 berkata...

assalamualaikum....

cooling period.... nanti saya pun nak jadi pengguna celik hak...

kisah aku nih...,
punyalah susah hati suatu ketika mata aku jadi rabun sangat nak tengok makhlauk cantik2 pun tak nampak dah, apa lagi bila memandu langsung tak nampak nombor plate kreter depan... suatu subuh lepas habis sembahyang subuh mak aku panggil katanya ambil air masak secebuk(isi dalam gayuh mandi) kemudian mak aku baca mandrem dia suruh aku celikkan mata dalam air tu... selepas seminggu mengamalkannya mata aku sah pulih sedia kala. happy lembu jugaklah.. bacaan itu ialah ayat lau anzal na.... lagi satu apabila kedengaran azan semasa tiba pada ashaduannamuhammadarasulullah cepat-cepat ketemukan kedua ibu jari lalu selawat 3 kali kemudian kucup ibu jari yang dicantumkan itu lalu di calit lembut pada mata insyaallah. memang mujarab aku amali hingga kini. ceriteranya semasa adam a.s salam atas syurgawi dia teringin sangat nak tengok wajah Muhammad.saw. lalu allah wahyukan kepada adam a.s pandanglah wajahnya di dalam pertemuan kedua ibu jari mu... wallahualam...

memang mujarab...

klu wahabbi tengok sah di cop bidaah...

Dama-Ulan berkata...

Salam Zakir,

hihihihi... doa Ibu itu memang cepat di makbul oleh Allah dan terima kasih kerana petua diatas semoga ia dpt memberi manafaat kpd pemcaba blog ini..

Terima kasih sekali lagi krn sudi memberi komen disini..

Wasalam.

Yahudi musuh Islam