Salam,
Minum lagii... hihihihi
Semalam aku pi pekena misai kucing.. amboi org zaman sekarang, minum pun yg pelik2...
Dalam dok minum bersembang cam biasa laa.. semalam ahli forum cuma 4 org saja.. dalam dok syok b'ceritakan pasai hal2 mandi nie... bukan mandi hadas tapi mandi utk ilmu p'silatan @ mandi bunga.. hmmm... aku cuma tumpang 'toi' saja..
"bila nk pergi, aku boleh minta kawan aku siapkan barang2 nk mandi" tanya Jaydin.
"saper yg nk mandi lagi" sampuk Cikgu Rahim.
"Ahh ramai ada.. kita collect sorang 10 inggit, Ali tu pun kena mandi sekali lagi.. dia dok asyik panas saje.. hari tu baru sekali, ni kita buat yg kedua pula.. kot boleh sejuk cikit" kata Jaydin.
"Haa.. kalau Ali tu tak cukup dengan mandi bunga saja.. kalau nak bawa dia kali ni kena ambik sikit ayaq Sg. Kinta" tambah aku.. Habis semua dok pakat gelak bila dengar ayat aku...
"Hang bila pulak nak mandi" tanya Jaydin pada aku..
"Saya nie bang ari2 dok mandi kat rumah.. siap dgn bau aromaterapi sekali" sambil ketawa..
"Jaydin boleh laa bagi mandi Ali tu.. tapi kena pakai cawat.. kalau tidak, tak kaw" kata-kata Cikgu Rahim tu membuat suasana malam tu gamat balik dengan riuh rendah ketawa kami..
Dalam dok gelak tu tetiba aku nampak seorang budak kena penampor jepun dari bapa dia laa kot.. Kejadian tu betul2 depan mata aku sebab famly tu baru sampai. Anak dia membelakangkan aku dan bapa dia menghadap aku.. Hmmm.. aku pun buat tak reti laa.. biasa laa tu.. anak aku pun kalau nakal sangat pun aku pukul.. yang pasti panampor bapa budak tu memang kuat.. mungkin sebab rasa geram kot.. Bapa dia dok marah2 kat anak dia depan public..
Kami yg tadi dok gelak macam keling mabuk tetiba pun diam.. Orang ramai semua pakat dok perati famly tu.. Dalam pada itu, anak kecil tadi pun memalingkan muka ke arah mak dia.. Ya Allah.. sedih rasa hati aku bila lihat keadaan budak tu..
"Celaka punya orang tua" kata2 itu yg secara spontan terkeluar dari mulut aku.. hati aku mula rasa panas.. perasaan marah mula membuak-buak dalam hati aku.. Aku cuma tunggu kalau2 bapa budak tu penampor lagi budak tu.. Kalau dia penampor kali ni, memang aku akan masuk campur sebab budak kecil itu sebenarnya "down sindrome". Penampor tadi yg dua liang tu pun kira dh kuat..
Budak sekecil tu yang sememang terdapat kecacatan pada fizikal dan mental, apa yg dia tau.. Reaksi budak tu pun selamba.. tak ada perasaan atau mungkin akalnya tak mampu utk membuat tafsiran pada kejadian itu.. Dia pun elok saje dok peluk mak dia sambil mak dia dok gosok muka dia yg kena penampak tadi... Tingkahlaku budak tu membuat hati aku terusik.. jauh di sudut hati aku memang rasa sedih yg teramat.. Aku pun memang pernah pukul anak.. tapi anak2 aku normal (Alhamdullilah) sebab kekadang tu degil.
Manusia.. tumpuan aku mula tertumpu pada wajah anak kecil itu yg sentiasa dalam dakapan mak dia sambil2 tu dia dok buat kacau juga.. Biasa la.. anak aku yg normal tu pun tak reti nak duduk diam..
Bukankah dia juga mahluk yg datang dari Allah s.w.t?
Bukankah ini juga kehendak Allah s.w.t kepada kita?
Aku pun dah tak berapa beri perhatian pada perbincangan kami untuk mandi bunga nie sbb aku pun memang tak berminat.. Pandangan aku sentiasa melihat pada wajah anak kecil tu.. Inilah ujian yg Allah Taala nk bagi pada ibubapa dia.. Maha suci Allah, Tuhan yg memerintah sekelian alam.. yg Maha Mengetahui... Ya Allah sesungguhnya amat sempurna kejadian alam ini... kerana ada yg cacat dan ada yg normal maka terbuktilah kesempurnaanNya.. kalau semua org normal, kira tak sempurna laa sbb kekadang yg normal pun ada kecacatan juga pada akal dan fikirannya...
Wallahualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan