Member Aku:

Jumaat, 30 April 2010

Berkaca mata hitam...

Assalamualaikum,

Aku nk certa mai cikit pakai sunglasses.. hari minggu lepas aku dgn anak bini pi la ke Giant Tambun sbb bini aku nak cari barang... Dalam dok berjalan kat dalam tu tetiba bini aku disapa oleh promoter Focus Point utk membuat pemeriksaan mata percuma.. hmmm kami pun check la mata.. sbb free.. hahahahaha..

Promoter tu kata mata bini aku okey cuma dh ada power, tapi cikit.. Bila kena tang mata aku dia kata aku ada rabun jauh dan power dekat seratus lebih.. aduhh..
Aku pun bincang la dgn org umah aku.. biasa la org perempuan kalau dlm bab kesihatan nie depa memang kalut.. bini aku suruh juga buat cermin mata, siap dia nak tolong bayar lagi... ish..ish..ish.. org tua kata rezeki jangan di tolak.. aku pun setuju laa kira 50/50..

Baru aku tau kos nak buat cermin mata nie bukanlah murah.. mau dekat lima enam ratus.. bila promoter tu dh ambik order, aku pun siap bayaq deposit RM 100.00 dia ajak aku masuk bilik utk ambik power mata aku secara tepat sbb yg tadi tu guna mesin.. aku pun ikut laaa... test punya test.. last sekali dia kata mata aku tak dak power.. pulak. Dia minta mai balik esok pagi untuk check sekali lagi..

Esoknya aku pun pi la balik jumpa promoter tu.. kali nie bila test, result dia sama mcm semalam.. hmm..

"Saya tak nak buat cermin mata la Encik" kata aku

"Tak boleh nak cancel Encik, sebab kami dh key in dlm sistem" balas promoter tu plak... dah pulak dah..

"Kalau saya ganti order nie dgn sunglasses buleh tak? tanya aku lg..

"Nak tukar boleh, tapi Encik kena pilih sunglasses yg harga dia sama dgn order ni atau Encik kena ambik yg harga dia lebih dr order nie" kata-kata keramat promoter tu membuat darah aku mula naik..

"Okey.. sekarang saya nak cancel terus order nie.. boleh ke tak?.. awak tahu tak apa tu 'cooling period'?" nada suara aku dh lain.. pelanggan dlm kedai tu dah mula dok pandang kami.. gila ke ape.. nak aku cari sunglasses yg harga dekat RM600.00, kalau cermin mata aku tak kisah la harga yg cam tu...

"Relaks Encik, macam ni laa.. Encik pilih dulu sunglasses"

Aku pun pilih laaa... last sekali aku jumpa sunglasses Cheetah harga dlm Rm150.00. Bila pi balik kat kaunter nak bayaq.. dia minta aku RM150.00.. hai tak sekolah ka promoter nie.. yg deposit aku dok ada lg RM100.00 tu pi mana.. Last sekali aku cuma top up RM50.00 shj utk sunglasses tu...

Sebagai penguna kita kena tahu hak kita dan apa tu 'cooling period'.. Yang aku boleh tau pasai 'cooling period' nie sbb aku buat part time jual insurans.. Pelanggan boleh membuat pembatalan dan meminta balik bayaran penuh dalam tempoh 10 hari dari tarikh pembelian, itulah 'coolong period'. Kalau org yg jual barang tu nak kelentong juga kita, kita boleh bawa perkara tu ke Tribunal untuk membuat tuntutan..

Wasalam...

Rabu, 28 April 2010

Hai Mambang....

Salam,

Hihihihihi.... dh lama aku tak tulis kat sini.. pala otak dok serabut..hmm banyak masalah kebelakangan ini... biaq pi laaa..

Malam tadi Wak Lebai mai umah.. kami pi minum.. sambil dok bergebang pasai hal2 mistik nie... Apa yg aku nak ceritakan nie bukan hal perbincangan aku dgn Wak Lebai tetapi tentang kesihatan mak aku...

Rupa2nya org tua aku terkena buatan... hmmm org Melayu nie memang pandai2 dan ramai yg ada PDH (Perasaan Hasad Dengki).. Masalah org tua aku nie dh berlarutan dekat sebulan.. Cuma aku sebelum nie ingat dia sakit tua... zikir yg aku bagi pun dia tak buat... bila tanya dia kata lupa..pada hal zikir tu dua perkataan saja...

Hari Isnin malam Selasa yg lepas aku hello sorang brader nie dari Penang.. Aku kenai dia pun melalui sorang kawan yg lain... hehehehe... kerja Allah..
Jadi dia mai laa umah kakak aku untuk ihtiarkan mak aku nie... Dari gaya dan cara brader nie boleh laa aku terima pakai... tak yah nak kemiyian2, tak dak asap2.. dia cuma pakai jurus..

Alhamdullilah dengan izin Allah keadaan mak aku semakin baik.. Kalau tidak setiap hari time nak masuk Maghrib saja dia buat hal... diri dia rasa libang-libu.. nk kena bawa pi klinik dan setiap kali doktor check.. Doktor kata darah tinggi mak aku naik, bagi telan ubat pastu balik.. esok mai lagi, lusa mai lagi.. hari2 lagu tu..

Dari apa yg brader tu kata.. ada benda yg dok ganggu mak aku.. benda tu, ada org hantar.. hmm tu yg aku kata orang Melayu nie ada PHD... kalau nak test power pun jangan laa test dekat org tua yg dah uzur... tapi secara kebetulan kawasan perumahan tu pun memang banyak benda lain.. Itu aku setuju, sebab dah ada org yg dok jumpa benda yg suka terbang malam2 nie.. Benda yg org bela pun ada.. boleh dikatakan macam2 ada...

Bagi aku sehebat mana pun mahluk nie, dia tetap kena mendapat izin Allah bagi menggangu manusia... Jadi apa yang hebat?? Tak dak apa yg hebat melainkan Allah s.w.t saja yg maha hebat.......

Wallahualam.......

Sabtu, 17 April 2010

Planning......

Salam,

Hari Sabtu merupakan hari yg amat bosan buat aku... keje tak ade tp kena mai opis jugak.. hmmm.. nk wat cam ner dh keje aku cam nie... mai jugak laa melanggut depan PC..

Hari nie aku cuma nk kongsi gambar terbaru anak aku yg lahir pada 22/01/2010. Anak yg ke empat..7 tahun kawin dh ada 4 orang anak.. hehehe rezeki, takkan nk buang dlm tong sampah kot..

Ada org planning "merancang".. ada yg berjaga.. Tapi aku tak kisah, klu dh nk kena aku terima saje dgn hati terbuka sbb ada org dh bertahun khawin tp x dpt anak.. Aku yakin yg Allah Taala tu tidak bodoh.. Kalau dia cipta mahluk, sudah pasti dia akan sediakan rezeki utk mahluk itu.. Tak akan Dia cipta utk dipersiakan..


MUHAMMAD MUQRI


Pada tanggal 22/01/2010 jam lebih kurang 7.15 mlm dalam keadaan angin ribut yg kuat maka lahirlah putera aku yg ke empat. Muhammad Muqri selamat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.. Aku yg dok tunggu dari tengahari dengan 2 orang lagi hero aku.. biasa la perangai anak aku yg 2 orang tu bukan reti nak duduk diam.. Nak tinggal bini aku dlm labour room tak sampai hati.. bila dok tanya 'misi' dia kat belum lagi.. Dekat pukul 8.30 baru 'misi' beritahu yg bini aku dh selamat bersalinkan anak lelaki... Baru lega hati aku.. nak balik tidok pun dh senang hati sebab semua dah selamat... Bila bini aku dah ditempatkan ke dalam wad, baru aku balik dgn hero-hero aku..

Jumaat, 16 April 2010

Rabu, 14 April 2010

Resa....

Salam,

Minum lagii... hihihihi
Semalam aku pi pekena misai kucing.. amboi org zaman sekarang, minum pun yg pelik2...
Dalam dok minum bersembang cam biasa laa.. semalam ahli forum cuma 4 org saja.. dalam dok syok b'ceritakan pasai hal2 mandi nie... bukan mandi hadas tapi mandi utk ilmu p'silatan @ mandi bunga.. hmmm... aku cuma tumpang 'toi' saja..

"bila nk pergi, aku boleh minta kawan aku siapkan barang2 nk mandi" tanya Jaydin.

"saper yg nk mandi lagi" sampuk Cikgu Rahim.

"Ahh ramai ada.. kita collect sorang 10 inggit, Ali tu pun kena mandi sekali lagi.. dia dok asyik panas saje.. hari tu baru sekali, ni kita buat yg kedua pula.. kot boleh sejuk cikit" kata Jaydin.

"Haa.. kalau Ali tu tak cukup dengan mandi bunga saja.. kalau nak bawa dia kali ni kena ambik sikit ayaq Sg. Kinta" tambah aku.. Habis semua dok pakat gelak bila dengar ayat aku...

"Hang bila pulak nak mandi" tanya Jaydin pada aku..

"Saya nie bang ari2 dok mandi kat rumah.. siap dgn bau aromaterapi sekali" sambil ketawa..

"Jaydin boleh laa bagi mandi Ali tu.. tapi kena pakai cawat.. kalau tidak, tak kaw" kata-kata Cikgu Rahim tu membuat suasana malam tu gamat balik dengan riuh rendah ketawa kami..

Dalam dok gelak tu tetiba aku nampak seorang budak kena penampor jepun dari bapa dia laa kot.. Kejadian tu betul2 depan mata aku sebab famly tu baru sampai. Anak dia membelakangkan aku dan bapa dia menghadap aku.. Hmmm.. aku pun buat tak reti laa.. biasa laa tu.. anak aku pun kalau nakal sangat pun aku pukul.. yang pasti panampor bapa budak tu memang kuat.. mungkin sebab rasa geram kot.. Bapa dia dok marah2 kat anak dia depan public..

Kami yg tadi dok gelak macam keling mabuk tetiba pun diam.. Orang ramai semua pakat dok perati famly tu.. Dalam pada itu, anak kecil tadi pun memalingkan muka ke arah mak dia.. Ya Allah.. sedih rasa hati aku bila lihat keadaan budak tu..

"Celaka punya orang tua" kata2 itu yg secara spontan terkeluar dari mulut aku.. hati aku mula rasa panas.. perasaan marah mula membuak-buak dalam hati aku.. Aku cuma tunggu kalau2 bapa budak tu penampor lagi budak tu.. Kalau dia penampor kali ni, memang aku akan masuk campur sebab budak kecil itu sebenarnya "down sindrome". Penampor tadi yg dua liang tu pun kira dh kuat..

Budak sekecil tu yang sememang terdapat kecacatan pada fizikal dan mental, apa yg dia tau.. Reaksi budak tu pun selamba.. tak ada perasaan atau mungkin akalnya tak mampu utk membuat tafsiran pada kejadian itu.. Dia pun elok saje dok peluk mak dia sambil mak dia dok gosok muka dia yg kena penampak tadi... Tingkahlaku budak tu membuat hati aku terusik.. jauh di sudut hati aku memang rasa sedih yg teramat.. Aku pun memang pernah pukul anak.. tapi anak2 aku normal (Alhamdullilah) sebab kekadang tu degil.

Manusia.. tumpuan aku mula tertumpu pada wajah anak kecil itu yg sentiasa dalam dakapan mak dia sambil2 tu dia dok buat kacau juga.. Biasa la.. anak aku yg normal tu pun tak reti nak duduk diam..


Bukankah dia juga mahluk yg datang dari Allah s.w.t?


Bukankah ini juga kehendak Allah s.w.t kepada kita?

Aku pun dah tak berapa beri perhatian pada perbincangan kami untuk mandi bunga nie sbb aku pun memang tak berminat.. Pandangan aku sentiasa melihat pada wajah anak kecil tu.. Inilah ujian yg Allah Taala nk bagi pada ibubapa dia.. Maha suci Allah, Tuhan yg memerintah sekelian alam.. yg Maha Mengetahui... Ya Allah sesungguhnya amat sempurna kejadian alam ini... kerana ada yg cacat dan ada yg normal maka terbuktilah kesempurnaanNya.. kalau semua org normal, kira tak sempurna laa sbb kekadang yg normal pun ada kecacatan juga pada akal dan fikirannya...


Wallahualam....

Selasa, 13 April 2010

Dunia syurga tanpa sempadan...

Salam,

Semalam aku dok melepak lagi dgn geng aku... hehehehe.. aku pun ada geng, ingat hampa saja ka ada geng tapi geng aku nie kalau ajak gaduh mesti semua cabut lari.. al maklumlah semua dh veteran.. yang kami bincangkan semalam adalah perasaan takut tentang masa depan anak-anak kami..ada yg mempunyai anak lelaki dan ada yg anak perempuan..cam aku ni laki ada, pompuan pun ada..

Kesimpulan yg dapat aku buat hasil perbincangan semalam..(ewah..cam laporan mesyuarat plak). Apabila NAFSU (Iradat:kehendak) mengguasai hati sanubari kita sehingga menghilangkan hati nurani maka dunia ini kita akan lihat sebagai syurga yg sememangnya tiada sempadan. Jadi tidak hairanlah kalau kita lihat di surat khabar kisah "Lidah Berbisa" dan cerita tentang buang bayi. Fenomena ini dah mula nak menyerang generasi kita di Malaysia. Mungkin kita berasa jijik, mual, tak berselera dan sebagainya tetapi bagaimana dengan generasi anak cucu kita nanti??.. Pening pala aku bila dok fikir masa depan anak cucu aku (Nutfah, keturunan aku)..

Hari Ahad yg lepas 11.04.2010, aku melawat emak aku yg sakit tua di rumah kakak aku. Orang tua aku rasa tak tenteram.. hatinya bagai ada sesuatu yg kadangkala membuat dia berasa takut, sedih sehingga membuat dia ingin menjerit..
Melihat raut wajah dia yg dah semakin dimakan usia..rasa sedih dan sayang sentiasa bermain dihati kecilku kerana orang tua inilah yg membesarkan aku dalam keadaan yg susah payah seorang diri dan serba kekurangan setelah kematian bapa aku sewaktu aku baru berumur 4 tahun.

"Mak rasa lagu mana?"

"Tak tau laa nk habaq.. kadang2 rasa taku.. kadang2 rasa nak menjerit"

"Mak boleh sembahyang tak?"

"Boleh sembahyang duduk.. tapi bila malam mak susah nak tidoq"

"Selalu mak tidoq pukul berapa?"

"Kekadang sampai Subuh.. lepas orang bang (azan) Subuh baru boleh terlelap"

"Mak bacalah ayat2 apa yg boleh.. jangan dok layan sangat perasaan tu"

"Ehmm.. kekadang tu baca Fatihah pun tak boleh habeh.. dalam dok baca.. tata hilang lagu tu saja"
kata-kata mak, membuat aku betul2 sedih. Kerana beliau telah memasuki ke alam yg dh semakin tua sedangkan suatu masa dulu mak pernah manjadi guru mengajar budak2 mangaji Al Quran.

"Takpa la mak. Kalau susah nak baca ayat, tak payah baca. Sebab satu-satu surah tu panjang. Susah kita nak ingat dan nak baca.. La nie mak berzikir saja sebab zikir tu dah tentu tepat pada sebutan kita dari kita dok baca ayat yg kekadang kita pun dah tak pasti betoi ka salah."

"Hmmm.. nak zikir apa?"
tanya orang tua tu..

"Mak zikir Hu Allah dah cukup.. kalau mak rasa takut atau resah.. mak baca kat hati supaya setan dan iblis terbakar dan tak mampu nk ganggu mak.. kalau mak dok pikiaq yg bukan2, mak baca zikir ni dalam kepala (otak)."

Itulah hakikat bila dah hidup atas muka bumi nie.. Kalau hidup kat planet Marikh cam ner la plak...hihihihi... Yg muda jelita dengan cara hidup mereka yg lebih kepada keduniaan. Kebenaran dalam hidup ini hanya pada tanggungjawab.. Tanggungjawab kita pada Tuhan (Allah s.w.t) dan tangunggjawab pada diri sendiri. Sesungguhnya dunia ini hanyalah satu penipuan semata2 yg dicipta untuk menguji tahap antibodi manusia itu utk mengEsakan Allah s.w.t.. Sekiranya antibodi kita lemah maka dengan mudah dunia ini memakan kita dan merugikan kehidupan kita di muka bumi ini.. "Ya Allah, aku letakkan segala urusan aku kepadaMu"...amin..

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Wallahualam...

Jumaat, 2 April 2010

Devil Of Lucifer...... part 3

Salam,

Hari ini JUMAAT 02/04/2010 bersamaan 17 Rabiulakhir 1431..
Hari ini Jumaat bermakna semalam adalah malam Jumaat..huhuhuhu ramai org yg suka dengan malam Jumaat nie.. malam Jumaat adalah malam utk beramal ibadat.. hehehehe

Ada orang akan bersuluk, ada org akan berkhalwat, ada org akan melakukan solat sunat dan yg paling org suka buat adalah membunuh anak2 iblis... hmmm cam ner tu... kena tanya orang tua2 cam ner nk bunuh anak2 iblis nie.. hehehehe.. berbalik kpd cerita Wali Songo yg tak abeh2 lagi kerana penutup citer tu adalah pada malam Jumaat tetapi aku dh tak ingat berapa haribulan. Jadi akau ambil kesempatan hari ini utk menghabiskan citer nie...



Pada suatu malam Jumaat jam 11.00 malam, tetiba handfon aku berdering.. bila aku tengokkan nombor yg call adalah nombor Wak Lebai... ahhh sudah orang tua nie.. apa yg dia nk malam2 buta nie.. malam Jumaat plak tue..

"Waalaikumsalam Wak"

"Saya kat rumah nie.. tak keluar kot dh lewat nie.. saya pun dah pakai kain pelekat dh nie Wak"

"Kamu dtg la sekejap.. aku ada kecemasan nie" ayat Wak..

Arghhh... nak tak nak, aku pun keluar la juga tinggalkan isteri aku kat umah dgn anak2 yg dh tidor awal.. potong betul Wak nie.. jumpa la Wak kat tempat biasa.

"Ha.. awat Wak?.. tengok cam tak dak apa pun kecemasan.. kalau tak dak apa saya balik dululah Wak"

"Eh..eh nanti.. kamu nie susah betul.. tak lari gunung dikejar.. biar bini kamu rehat malam nie... kamu tengok nie"
sambil Wak pun menunjukan satu bungkusan plastik kat aku. Dalam tu dah siap bahan2 utk mandi la kot sebab siap ada kain tuala.

"Malam nie kita gi rumah Abg Razak.. aku dh tepon dia bagitahu yg kita nak datang" jelas Wak lagi..

"Malam lain tak bleh pi ke Wak?" tanya aku.. Dalam dok sembang dgn Wak, dia dah masuk ke dalam kereta dan mengarahkan aku jalan.. hmmm org tua nie memang cam nie kalau dengan aku. Oleh kerana terpaksa, aku pun jalanlah juaaa..huhuhuhu

Jam menunjukan pukul 12 suku.. Kami sampai di rumah Abg Razak.. Dia dh siap tunggu kami di depan rumah.. Setelah bersalam dengan dia dan b'sembang sekejap, kami pun dijemput masuk ke dalam rumah.. Segala peralatan dah siap dengan kemeyan, keris dan kain kuning yg disusun teratur didalam talam. Bungkusan Wak pun diambil dan diadun secukup rasa didalam sebuah baldi kemudian Wak pun mandi.. Aku dok la kat ruang tamu dok isap gudang garam sementara tunggu Brader Razak tu uruskan Wak. Dah selesai semua, Wak diminta duduk menghadap Brader nie dan diminta utk berzikir..

Tiba-tiba...

"Assalamualaikum... apa hajat kalian memanggil aku.. aku adalah Sunan Ampel Wali Songo darik Jawok" lebih kurang cam tu laa percakapan Brader Razak nie..

Dalam hati aku dah tahu yg Wali Songo nie bukan original tapi cetak rompak.. Sebab salam dia tak betul, itu adalah petua dari Guru aku dulu...

"Saya minta diajarkan ilmu persilatan" kata Wak Lebai...

"Bangun...bangun kamu... buka langkah.. ayuh..ayuh"


Wak pun mula la pasang kuda2.. siap dengan bunga semua cukup.. Aku dok perati ajee.. Memang cantik langkah Wak dan inilah kali pertama aku tengok org tua nie bersilat. Brader Razak dok berzikir tapi aku tengok dh cam org hilang ingatan.. hmmm oleh kerana 'gatal hati' aku pun nk jugak sembang dengan Wali Songo... ishh bukan senang tau..

Aku tepuk bahu kanan Brader Razak yg dah macam org kena sawan.. Dia pandang aku, mata dia tak berkelip2, mulut dia dh berhenti dari berkumat-kamit.. Rasa gerun mula terpancul dihati aku.. Wak dok sibuk bersilat.. sudahhh...

"Apa yg kamu mahu dari aku"

"Aku tak mau apa2 dari kamu, sebab kamu pun mahluk Allah juga macam aku"
secara spontan itulah yg keluar dari mulut aku yg belum beli insurans.. Aku pun tak tahu sebab apa aku boleh bertindak ke tahap yg cam tu.. Buatnya setan tu nak 'sudi' aku, mampos..
Dengan tiba2 Brader Razak rebah terbaring... pengsan... Aku pun melompat gi tarik Wak..

"Apa yg kamu buat pada dia?" tanya Wak..

"Tak buat apa pun Wak"

"Yang kamu gi tepuk bahu dia buat apa?"


"Aik cam ner Wak bleh tahu nie... Bukankah Wak tadi dok tengah 'zuk'?" tanya aku.. Wak pun senyum bila dengar soalan aku tadi.

"Nak buat apa ni Wak?.. dia mati ke?" aku pun takut juga.. Jangan main2 dengan pekara yg cam nie..

"Kamu gi ambik air segelas" arah Wak.. Aku pun terus pergi ke dapur Abg Razak utk cari segelas air dan berikan pada Wak.. Wak pun jampi air tu dan direnjis ke muka Brader tadi.. Kelihatan Abg Razak dah mula nk sedar.. Wak bingkas bangun dan ajak aku balik..

"Abg Razak tu Wak?"

"Biarkan dia.. moh kita balik.. ini rumah dia.. pandai2 la dia"
jelas Wak.

Kami pun balik laa dan tinggalkan Abg Razak yg masih dalam keadaan terpinga-pinga.. Aku sampai rumah pun dh dekat pukul 3 pagi.. Kalau tadi hanya anak2 aje yg tidor.. Nie sekali dengan mak pun dh tidor.. Gelihati pun ada, takut pun ada bila kenang balik apa yg berlaku di rumah Abg Razak.. Alhamdullilah tiada pekara yg tak diingini berlaku.. Rupa2nya Wak pun tak ada rasa apa2 bila bersilat.. bila tanya camnye dia bleh bersilat.. Dia kata itu silat sendeng yg dia belajar waktu kecik2 dulu.. Sekian saja cerita Wali Songo...

"Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu kehadapan mereka, niscaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui".
QS. al-An'am (6) : 111
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaithan-syaithan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan".
QS. al-An'am (6) : 112
"Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaithan) kerjakan".
QS. al-An'am (6) : 113



Wallahualam....

Yahudi musuh Islam