Member Aku:

Selasa, 8 Februari 2011

Indahnya kehidupan ini......

Assalamualaikum....

Kesibukan kebelakangan ini membuat aku ketandusan idea utk menulis di ruangan blog aku. Sibuk dengan tahun baru, sibuk dengan anak-anak yg mula nk sekolah, sibuk dengan itu dan ini. Namun syukur aku pada Ilahi kerana semuanya berjalan lancar dan syukur kerana jasad aku masih bernyawa utk meneruskan tanggungjawab diatas muka bumiMu ini ya Allah.

Cerita aku kali ini agak ketinggalan tetapi aku tetap mahu ia menjadi satu catitan dalam diari hidup ini supaya ia dapat menjadi tatapan anak2 aku bila dh besar nanti. Tiada yang indah di alam dunia ini bagi aku melainkan melihat anak2 yg sedang membesar dan belajar dari pengalaman hidup untuk menjadi matang serta bertanggungjawab.

Anak sulung aku telah memasuki alam sekolah rendah tahun 1. Mursyidden yg sudah biasa ke sekolah sejak umur 5 tahun tidak memberi masalah besar kpd aku. Segalanya berjalan dengan lancar seperti yg dirancang. Anak kedua aku yg berumur 5 tahun telah aku hantar ke tadika sebagai permulaan baginya menimba pengalaman bersekolah. Oleh kerana dua org yg nk bersekolah dan ibu mereka tidak dapat mengambil cuti kerana tugasan sebagai guru juga memerlukan beliau bertugas maka aku yg mengambil cuti 3 hari.

Kalau Mursyidden tidak memberi masalah tetapi anak kedua aku pula yg buat hal. Pada awal pagi sewaktu aku menghantar Muhaimin ke sekolah kelihatan beberapa orang murid yg sedang menangis dimuka pintu kelas. Alhamdulillah Muhaimin memberi respon baik pada pagi itu. Setelah segalanya terkawal maka aku bergegas pula ke sekolah Mursyidden. Rupa2nya tanggapan aku meleset kerana Muhaimin telah lari dari kelas setelah ketiadaan aku.. huhuhuhuhu...(nasib baik tak lari jauh) Namun segalanya terkawal dan hari2 berikutnya berjalan dengan baik.

Mungkin keghairahan dalam diri ini membuat aku sentiasa hadir ke sekolah Mursyidden setelah tamat waktu persekolahan untuk melihat beliau mengguruskan diri utk ke kelas tahfiz pada sebelah petang sehingga kekadang itu beliau sempat berpesan supaya aku tidak perlu hadir namun naluri seorang bapa sentiasa mendesak supaya aku ke sekolah untuk melihat anak aku. Suatu masa dulu aku tidak punyai pengalaman seperti ini tetapi hari ini aku memberi pengalaman ini kepada anak2 aku selagi nyawa dikandung badan.

Apa yg aku harapkan supaya mereka semua membesar dan menjadi harta kepada aku di akhirat kelak kerana bukan harta dunia yg harus mereka cari untuk aku kerana harta dunia adalah utk mereka supaya mereka dapat berdikari. Apa yg aku harapkan supaya mereka menjadi seorang insan di muka bumi ini bukanlah menjadi seorang manusia yg tidak mengenal akan diri. Mungkin kita sendiri tidak mampu untuk memenuhi kesempurnaan untuk bergelar insan. Dalam usaha kehidupan, keinginan itu boleh diwarisi kpd anak cucu dan generasi akan datang agar tercapai... Insya Allah... segala-galanya Afaal Allah jua...

Sorong paku tarik paku,
Tarik paku dalam dulang,
Carilah aku didalam aku,
Carilah aku didalam terang....

Tiada ulasan:

Yahudi musuh Islam