Assalamualaikum...
Happy Valentine days utk rakan2 yg bukan beragama Islam.. Hari ini tanggal 14hb February merupakan hari sambutan kekasih. Apakah umat Islam di Malaysia faham berkenaan dengan sambutan hari ini? Terdapat komen dari golongan yg cerdik pandai didalam media cetak berkenaan dgn sambutan ini dan apa yg membuat aku geli hati adalah komen mereka serta kefahaman mereka tentang Valentine dan agama Islam itu sendiri. Terbukti terlalu cetek kefaham tentang Islam sehingga ada yg keluarkan komen bahawa sambutan hari Valentine ini boleh selagi tidak berlaku maksiat... huhuhu banggang!!!
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/12/nation/8054294&sec=nation
Biaq pi la... hampa nak sambut ka, tak mau. Apa yg membimbangkan lagi berkenaan sambutan ini adalah golongan anak muda kita yg menjadikan hari ini sebagai hari pengorbanan.. Aduhai.. masalah buang anak belum selesai lagi nak tambah lagi pengorbanan utk hari ini... Kekadang aku jadi benggong dengan pendapat sesetengah orang berkenaan sambutan ini. Zaman aku sekolah dulu memang meriah kalau Valentine Days nie tambah pula sekolah aku merupakan aliran Inggeris dengan pengetua sekolah pun dari golongan paderi Kristian. Cuma aku saja yg tak pernah berkesempatan utk sambut sebab tak de couple.. hihihi kat sekolah semuanya jantan, muka pun tak handsome memang aku tak pernah sambut walaupun teringin nak ada awek pada waktu itu.
Aku nak bercerita sikit tentang sejarah Valentine Days nie... Kebenarannya Valentine Day ni bukan hari kekasih tetapi hari memperingati Santo Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.
Berhati-hati kerana pada hari ini juga syaitan2 akan mudah utk menhasut hati kita utk merelakan perlakuan maksiat dgn alasan nama Valentine. Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menyambut perayaan ini kerana ia merupakan ikutan perayaan kafir dan dari segi hukum adalah haram sama ada kita lakukan atau tidak lakukan maksiat. Kepada Ketua Pemuda kita harapkan pulanglah ke pangkal jalan.
Member Aku:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan