Member Aku:

Sabtu, 10 Julai 2010

Pentas

Terbit matahari memberi cahaya,
Cahaya memulakan kehidupan,
Manusia jaga melihat dunia,
Yang tak pernah cukup,
Rakus dan tamak bernama nafsu,
Akal dipajak dan digadai,
Demi kenikmatan dunia penipu,

Cahaya yang terang tak dihiraukan,
Kerana cahaya hanyalah cahaya,
Nafsu dikuasai,
Dunia dimiliki,
Segala hajat akan dituruti,
Tiada hukum dapat menghalang,
Hidup didalam sumbang,

Anak haram dijalanan,
Merintih kasih ibu dan ayah,
Nilai nyawa tiada harga,
Demi maruah yang nak dijaga,
Bila sedap segalanya alpa,
Sedap nafsu dari akal sedemikian rupa,
Bila kaki tersadung,
Kepala dah terhantuk,
Dan air mata menjadi lautan,
Kerana takut dan malu bermain difikiran,
Bukan kesal yang membawa kemaafan,

Hanyutlah anak Adam itu bersama cahaya,
Putaran mentari yang menghitung masa,
Bertapa besarnya keagungan yang maha Esa,

4 ulasan:

zakir932 berkata...

dalam gelita mereka buta,
ketika terang mereka rabun,
tiada seorang muhammad itu leka,
melainkn mengangkat diri sbg tuhan.

Dama-Ulan berkata...

mengangkat diri sebagai tuhan?..
tak berapa faham maksud ayat tu...

zakir932 berkata...

assalamualaikum.....

ketika semua manusia itu mengenal diri sebagai muhammad mana mungkin lagi berbuat hari biru

ketika manusia itu telah berbuat sesuka nafsu tanpa ada sempadan maka dialah tuhan yang mempertuhankan diri. jika ada terbit takut akan perbuatannya maka adalah sekelumit cahaya muhammad... jadilahkan daripada tak ada..

Dama-Ulan berkata...

apakah cahaya Muhammad itu dimiliki oleh semua umat manusia?

Yahudi musuh Islam