Member Aku:

Khamis, 22 Julai 2010

Gawat... gayat...

Assalamualikum...

2-3 minggu yang lepas aku rasa hidup ni cam dh tak cukup nyawa.. Nasib baik aku ni muda lagi, tak dak penyakit lemah jantung kalau tak dah lama aku pi... Ni semua berpunca dari agensi kerajaan. Orang dah bagi amanah, buat la kerja elok2 cikit..org Melayu tu yg susah bila dh ada jawatan... sombong nak mampuih.

Aku bukan nak berpolitik tetapi apa yg cuba aku nak luahkan kat sini adalah rasa tidak puas hati aku tentang cara dan layanan jabatan kerajaan ni (bukan semua jabatan). Menteri kata lain tapi yang dok kat bawah ni dok buat benda lain. Bila ada pangkat cikit abeh dia jadi "perak buih". Lagu tu tak boleh, lagu ni tak boleh, nak kena ikut lagu dia juga. Kalau benda yg dia minta tu boleh dapat, tak pa.. nie dia minta yg bukan2.. Serabut perut betoi dengan kerenah birokrasi nie..

Dari pengalaman aku yang baru setahun jagung nie, mai aku nak cerita cikit.. Ipoh nie bukan besaq mana pun dan industri di Ipoh nie pun tak banyak mana. Tahun 1997 sewaktu ekonomi Asia tengah gawat, kami didalam industri perkapalan nie rasa tak banyak terjejas sebab waktu itu negara A.S dan Eropah tidak terjejas teruk. Eksport waktu tu kira maintain lagi. Tapi krisis ekonomi kali nie aku dapat rasakan yang paling buruk sebab A.S dan sekutu dia pun teruk terkena. Di Eropah ada negara yang hampir bankrup..hmmm...


Oleh disebabkan faktor yang sebegini maka 'order' (pesanan) dari Eropah dan A.S dah semakin berkurangan dan pengeluar (pengilang) di sini terasa terjejas sampai ada yang kilang kerja seminggu 3 hari saja..gaji potong. Syarikat2 perkapalan antarabangsa pun ada yang gulung tikar, jual kapal dan sesetengah tu bergabung untuk menghadapi senario krisis ekonomi kali ini..


Cuma satu saja yang aku nak ingatkan kepada mereka yang berkenaan.. Menteri hari2 dok keluaq TV dok kata ekonomi kita semakin baguih..semakin meningkat.. Menteri2 kita sanggup pi luaq negara buat perjanjian dengan negara2 luar untuk tingkatkan eksport negara supaya ada putaran ekonomi setempat bagi rakyat jelata dan menambah pelaburan luar supaya masuk ke Malaysia.. Yang buat aku geram dan nak tercabut jantung aku nie dengan sesetangah agensi2 kerajaan. Depa nie lebih pandai pulak dari Menteri... Aduh haii... sepatutnya kita kena profesional dan ada intergriti pada diri. Ambik contoh cam Singapore... kenapa rasuah di Singapore tak teruk? Sebab mereka telus dan ruang untuk makan rasuah nie kecik. Tak cam Malaysia.. dapat jadi Pegawai kerajaan dah cukup untuk kita gubal undang2 sendiri, belum jadi Pengarah lagi tu... lain kali aku ceritakan secara detail tentang masalah aku dan agensi yang terbabit.

2 ulasan:

hentian berkata...

Ooo.. kau kerja kat Ipoh, ya! Adik IM ada kerja kat Ipoh Cargo.

Tapi kat kerja IM di Penang ni, nampak bisnes macam bagus je. Ambil pekerja ramai pulak tu. Tak cukup dari Malaysia, ambil dari Mymar, Vietnam, Indon, Bangla dan Thailand.

Macam mana tu, ek..

Dama-Ulan berkata...

hihihihi... si mamat tu memang member baik saya... ICT tu tempat lepak saya...

memang sejak dari tahun lepas sehingga pertengahan tahun ni ada peningkatan.. memang ada pertumbuhan ekonomi..so kita kena la rebut peluang yg dok ada.. jangan laa dalam waktu yg cam ni pun kita nak wat perangai... menyusahkan orang lain ajee...

Yahudi musuh Islam