Member Aku:

Isnin, 7 Mac 2011

Pemikiran songsang... a.k.a BAGANG.

Assalammualaikum,


Manusia sentiasa diberi peringatan serta ilmu melalui Al Quran, Hadith serta Sunnah dari peninggalan Rasulullah s.a.w sebagai bekalan didunia dan diakhirat kelak. Namun apa yang terjadi pada hari ini seolah membelakangkan segala ajaran Islam yang dituntut malah manusia itu terus lalai oleh kerana perihal dunia sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi kepentingan duniawi.

Mungkin sebab penyakit 'pelupa' yang ada pada kita atau mungkin kerana Allah s.w.t tidak mahu memberi hidayah(hijab) kepada kita sebagai mahluk baharu ciptaanNya. Jika itulah yang sebenarnya berlaku maka bertapa ruginya manusia-manusia yang terus hanyut dek dunia yang sementara ini.

Aku bukanlah ahli politik dan aku juga bukanlah wakil rakyat mana-mana parti politik, aku hanya seorang pengundi yang tak dikenali. Apa yang berlaku saban hari membuat aku resah tentang nasib generasi aku yang akan datang. Melihat fenomena politik di Timur Tengah membuat aku semakin runsing dengan kancah politik di negara sendiri, ini adalah disebabkan bermulanya penolakan oleh umat Islam terhadap fahaman 'sekular'. Ulama terbahagi kepada dua golongan, golongan yang memperjuangkan Islam yang jitu(Haq) dan ada golongan yang memperjuangkan Islam demi perut sendiri sehinggakan agama itu dapat dijual beli dengan wang ringgit serta kemewahan dunia.

Apa yang aku harapkan adalah terbentuknya sebuah kerajaan Islam Sunni yang mantap di Malaysia. Oleh kerana pemikiran 'sekular' majoritinya terdapat dalam kerajaan sekarang, apakah negara kita juga bakal menjadi sebuah negara seperti Timur Tengah? Provokasi yang dimainkan oleh pihak penyokong kerajaan semakin menjadi-jadi dan mereka semakin berani menyentuh sentiviti serta sentimen peribadi seseorang....

Ini dapat dilihat apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.

RALAT
Bagaimanakah pihak akhbar dapat menyiarkan artikel ini? Malah tuduhan serta fitnah yang dilemparkan tidak kena pada tempat dan orang.... Fikir-fikirkanlah jika mereka ini bakal menjadi pewaris pemimpin sekular di negara kita..!!!!!





DIMANA ULAMA KERAJAAN YANG SEPI TANPA BERITA??? YANG SELAMI NIE DOK SIBUK BUAT CERAMAH PERDANA MASUK T.V... TOLONG LA KOMEN BERKENAAN PERKARA INI....ADA BERANI... sesungguhnya Islam itu menyuruh kita untuk bercakap BENAR

2 ulasan:

hentian berkata...

tentang gambar dulu dan sekarang, mungkin dia dah berubah. itu ok...

tentang pandangan dia mungkin dia terpengaruh dengan idealisma musuh nik aziz. atau mungkin juga paper yag putar belit kenyataan dia..

Dama-Ulan berkata...

Salam Abg Im,

klu dia betul dh berubah alhamdullillah... syukur... tapi klu betul dh berubah apakah patut dia keluarkan pandangan yg macam tu?...

sy bukan org politik.. tetapi sy tak sanggup bila melihat seorang alim ulama diperbuat sebegitu.. maka saya rasa wajib utk bangun dan melawan...

Yahudi musuh Islam