Member Aku:

Selasa, 5 Oktober 2010

Siapa yang sembahyang???

Barangsiapa menyembah Allah kerana suatu yang diharapnya daripadaNya atau kerana menolakkan ia dengan taatnya akan datang siksa daripadanya, maka tiadalah ia berdiri pada Haq segala SifatNya kerana bahawasanya Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah... dah cam khutubah jumaat plak... bantai ajeee...

Dimaksudkan "Menyembah Allah" bukanlah semata-mata dengan maksud mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan menlaksanakan hak-hak yang dituntut oleh syarak, dan bukanlah pula hanya bermaksud kepada pengabdian diri yang berkaitan dengan seluruh hal-ehwal diri sama ada yang berkaitan dengan makhluk atau pun yang bersangkutan dengan ketuhanan, bahkan jika benar-benar ditahqiq maksud penyembahan itu ialah sesuatu yang melampaui kepada setiap tilikan dan pandangan hati kita. Sesuatu, sebagaimana yang terisyarat di sebalik firman Allah;

"Ke mana sahaja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah".

Dengan itu adalah tidak wajar sekali bagi kita yang kadang2 dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang yang ala kadar itu mengandungi bersama sesuatu hajat kebaikan, kononnya sebagai penghargaan kepada apa yang telah kita kerjakan. Walaupun bukan kejahatan yang ditujui bahkan kebaikan diri yang diharapkan namun adalah tidak patut sekali kita pertaruhkan harapan yang baik itu sebagai galang-ganti (balasan/pahala) di atas amal taat yang kita buat... ini cuma nasihat... nak dengar pun boleh, tak mau pun boleh....

Dan adalah tidak wajar juga, dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang dipelihara itu kita dasarkan keinginan untuk keselamatan diri di dunia, kesejahteraan hati, keberkatan hidup, keistimewaan-keistimewaan tertentu yang kononnya boleh menyelamatkan diri kita daripada bala musibah dan azab siksaNya di Hari Kiamat nanti.

Sekiranya dalam diri kita masih ada perasaan seperti diatas didalam ibadat.Kamu belum lagi berada di atas jalan ibadat yang lurus, jalan yang tidak dimurkai, jalan yang diredhoiNya. Apa yang sepatutnya ditiliki oleh seorang hamba yang sempurna Ubudiyahnya ialah kepada Keesaan Zat itu dengan Kesempurnaan Segala Sifat-SifatNya Yang Indah. Ini adalah kerana Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah yakni Haq Ketuhanan yang wajib dilaksanakan oleh hamba-hambaNya yang ta'bud kepadaNya ialah memerhati dan memandang kepada Segala Keindahan SifatNya Yang Kamalat (Yang Maha Sempurna) itu. Memerhati sesuatu dengan disandarkan itulah kenyataan Sifat-Sifat Tuhan Yang Qahar, Yang Qhani, Yang Rahim dan lain-lain Sifat yang disedari olehnya.

Mereka sembahyang kerana sedar kepada kenyataan Sifat-SifatNya Yang Maha Tinggi dan Agung; Mereka berpuasa kerana sedarnya kepada kenyataan Sifat-Sifat Yang Menahani, Yang Menyempitkan dan Yang Empunya Kehendak. Mereka berzakat kerana sedar tentang Sifat-SifatNya, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah, dan Yang Maha Adil . Mereka mengerjakan Haji kerana sedar tentang Panggilan Dan Seruan TuhanNya menghadapNya.
Inilah Haq Tuhan atas segala hambaNya iaitu Menghendaki bahawa menyembah mereka itu akan Dia adalah kerana sedar akan nyata wujudnya segala Sifat Allah yang Jamiilah di setiap yang terzahir pada amal ketaatannya.

Jika kita hendakkan syurga sebagai ganjaran dari amal-ibadatmu, di manakah kemurahan Tuhan di situ?.

Jika amal yang kita hendakkan ganjaran itu pun bukan kepunyaan kita, bagaimanakah mungkin anda pandang kepada amal anda itu?

Dengan demikian barangsiapa menyembah Allah kerana inginkan sesuatu selain dariNya, maka mereka adalah hamba kepada sesuatu yang diingini itu, dan tertutuplah pandangan mata hati mereka daripada memandang Keesaan Allah.

Inginkan barakah, hamba bagi barakah. Ingin nama, kedudukan dan kemasyhuran di sisi manusia, maka jadilah hamba bagi manusia. Inginkan terbuka alam ghaib, hamba bagi alam. Inginkan balasan pahala, hamba bagi pahala. Inginkan syurga, hamba bagi syurga.
Di mana semuanya itu adalah makhluk Allah. Memandang kepada makhluk dengan melupakan Yang Ampunya Haq menjadikan mereka terhijab daripada maksud ibadat yang sebenarnya yakni memandang kepada Segala Sifat-SifatNya Yang Jamil. Maka sayugianya atas hamba itu bahawa mengerjakan amal ia bagi TuhanNya 'Azzawajalla, kerana JalalNya dan 'AzomahNya, dan barang yang atasNya daripada segala Keelokan SifatNya yang tiada sekutu dalamNya.

Di sisi ahli sufi ialah Wajib. Maka wajib atas mereka mengerjakan amal-taat yang dituntut oleh syarak, dengan kerana sedar dan dapat memandang Keagungan dan Kebesaran Tuhan dengan segala KesempurnaanNya daripada segala Keelokan SifatNya yang Esa. Bukan kerana inginkan itu dan bukan dengan kerana inginkan ini, bukan pula dengan maksud itu dan maksud ini, tetapi semata-mata tunduk dan sedar kepada KeagunganNya. Jika tidak maka selama-lamanya diri akan berdosa dan menderhakai Allah dengan kerana masih bersyirik dalam amal taat yang dikerjakan.

Jika mereka masih tagihkan itu dan ini, mahukan itu dan ini kerana merasa punya sedikit kebaikan yang dilakukan, maka yang demikian itu semata-mata kerana ingin memenuhi bahagian nafsunya yang tersembunyi. Amat perlu sekali disedari bahawa segala keinginan selain daripada memandang Allah itu adalah daripada runtunan keperluan hawa nafsunya. Jika sudah berdiri kepada bahagian nafsu mereka, maka sama sekali tidak akan berdiri pada Haq Sifat TuhanNya.
Bukankah memilih keinginan nafsu dengan meninggalkan Haq KetuhananNya menunjukkan betapa mereka ini adalah termasuk ke dalam golongan mereka yang Jahil dan Qaflah dan tiada kasihnya bagi TuhanNya dan tiada makrifatnya. Tidak kenal kepada TuhanNya. Yang Bersyirik dan yang menyembah diri mereka sendiri.

Sungguhpun begitu, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia Mengatur dan Menyusun aturan kehidupan hamba-hambaNya mengikut maqam dan martabat yang dikehendakiNya. Dengan itu perbezaan akan sentiasa ada. Sama ada dari segi maqam atau martabat atau tahap pemahaman dan kesedaran mereka terhadap Allah. Berlainan maqam, maka berlainan lah hal ehwal dan pengertian mereka kepada hakikat.

Maka barangsiapa menyembah Allah kerana mengharapkan pahalaNya dan takut siksaNya, maka sah ibadatnya pada hal ijtima'. Ini berkenaan khilaf atau perbezaan pendapat mengenai apakah akan diterima amal-ibadat mereka yang mengharapkan pahala dan siksa Allah???.
Kita bersyukur kerana melalui ijtima' ulama di atas, mereka yang masih bersyirik dengan pahala dan siksaNya masih berpeluang diterima ibadatnya . Sesungguhnya ini adalah satu kebaikan dan limpah kurnia yang besar dari Allah 'Azzawajalla.

Namun demikian tersangat jauhlah beza keikhlasan dan siddiq amalan mereka yang menyembah kerana Allah dengan mereka yang menyembah Allah kerana bahagian dirinya.
Maka jauh lah antara orang yang menyembah kerana Allah dan antara orang yang menyembah akan Dia kerana bahagiannya.

Memang berbeza kerana percakapan mereka pun berbeza, hal-ehwal mereka pun banyak bezanya, mengikut kehampiran dan kefahaman mereka berkenaan dengan Allah Taala. Maka orang yang Muhaqiq itu iaitu orang yang menyembah akan Dia kerana malu dan ta'zim.

"Mai la kita sama2 pikiaq akan hal diatas... memang ramai yang sembahyang dan merasakan diri mereka dah cukup sempurna oleh kerana ibadat itu... sedarkah kita siapa yang memberi kuasa untuk kita bersolat? Apakah ibadah itu dari kita?"

7 ulasan:

zakir932 berkata...

assalamualaikum...

sejuk hati mendengar kalam buah bicara si dama ulan. Menutur ilmu meruntun hati bagai semalam kita berbicara.

zakir cukup terpaut pada kata-kata ini:-
......Amat perlu sekali disedari bahawa segala keinginan selain daripada memandang Allah itu adalah daripada runtunan keperluan hawa nafsunya......

ingin pulak bertanya:-
adakah hawa nafsu di miliki sepenuhnya diri sedangkan segala afaal kepunyaan Maha Pemberi.

Dama-Ulan berkata...

Salam Zakir...

Terima kasih krn sudi memberi komen.

Tentang Nafsu tu... boleh saya tahu kita mempunyai berapa diri?

Nafsu itulah yg akan diazab dikemudian hari. Jika hidup manusia didunia ini berlandaskan nafsu maka ia akan diazab. Kita harus faham yang mana hak kita dan yang mana hak Allah Taala.

Afaal memang merangkumi segala kejadian dan Afaal Allah keatas kita sebagai sebaik2 kejadian sbb itu kita juga diberi akal (Ilmu) utk kita gunakan atas muka bumi ini sebagai penapis utk berbuat baik dan buruk..

Sekiranya kita gunakan Afaal sebagai alasan utk berbuat jahat maka Al Quran itu tidak benar yg menceritakan tentang hari pembalasan.


Wallahualam

hentian berkata...

kekadang memikir terlalu dalam tentang sesuatu boleh mengalpakan kita kepada sesuatu yang lain yang juga penting dalam hidup.

alam roh dan alam fana adalah tanggungjawap kita bersama melihat dan menjaganya...

Dama-Ulan berkata...

Salam Abg Im...

Tepat sekali komen Abg Im.. tetapi rata2 manusia hanya lihat pada keindahan dunia sahaja dan melekat padanya...

zakir932 berkata...

ohhhh i see.....

terima kasih...

nak tanya banyak-banyak boleh tak

ada email tak

Dama-Ulan berkata...

ulamak dulu2 sibuk dgn suluk/khalwat/zikir dan sebagainya.. tujuan utama adalah utk mencuci nafsu..

Jika dilihat dalam sifat 20... nafsu itu tergolong dlm Sifat Ma'ani. Ia ada pada Zat dan juga pada baharu..

Dari mana datangnya Nur Muhammad? Adakah Nur Muhammad itu Zat @ sifat baharu?

zakir932 berkata...

Dari mana datangnya Nur Muhammad? Adakah Nur Muhammad itu Zat @ sifat baharu?

....entah tak tahu agak-agak zat kut....

siapa pulak sifat baharu... ada ker tak ada

Yahudi musuh Islam